Thursday, September 13, 2018

Jemputan sebagai penceramah


Pesan guru: 
"Ayu, kalau sudah ada ilmu, tidak baik simpan untuk diri sendiri saja. Kongsikan ilmu itu supaya orang lain pun boleh dapat manfaat.” 

Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Johor atas jemputan sebagai penceramah kepada pegawai-pegawai Agen pengembangan Industri Asas Tani seluruh daerah Johor. Semoga ilmu dan perkongsian yang dikongsi dapat disalur semula secara bermanfaat kepada usahawan2 bimbingan lain pula.

Saya bukan guru pemasaran, tapi saya kongsi ilmu pemasaran based on the real business. Bermula tahun pertama berniaga 2003 dulu, pemasaran saya hanyalah print flyers banyak2 dan edarkan dikawasan pasar2 malam, kemudian suami (belum lagi jadi suami masa tu) naik motor masukkan flyers2 ke dalam peti surat rumah ke rumah sampai kena kejar anjing, sehinggalah trend pemasaran terkini iaitu dominasi secara online.

Tapi alhamdulillah, kini branding dan pemasaran boleh bergerak sendiri dengan apron2 edutour yang dibawa balik, dengan gambar2 maskot yang ada, dengan goodies2 edutour yang lengkap penjenamaan, responds baik dari mulut kemulut serta cikgu2 tak putus2 sharing gambar2 sepanjang edutour mereka. Bila dah share, berjangkit2 lah rantaian pemasaran tu.

Jadi usahawan kena KREATIF!
Tapi tanya pegawai2 tadi semua surrender nak jadi usahawan 😁. 

Terima kasih Allah.

#cocodamia #gojbchocolate #janganberhentibuatpemasaran

No comments:

Post a Comment