Friday, August 17, 2018

2D1N at Bangi-Putrajaya Hotel



Cerita transit kami di Bangi pada 13-14 Julai lepas..
Tujuan sebenar ke Bangi adalah untuk menziarah abang ipar dan biras yang akan menunaikan Haji dengan penerbangan KT01 tempohari, alang2 naik Bangi, singgah beli stok kilang sekali, dan alang2 tu juga transit semalaman untuk berjumpa dengan family ayah Damia keesokan harinya.. Tu saya dah combined kan video2 kat IG Story masa tu untuk dijadikan kenangan kami anak beranak akan datang.


Kami check in pun dah lambat...dalam kul 5 baru check in sebab busy gi beli stok kilang dulu. Masing2 memang dah kelaparan. So sampai2 je hotel ada welcoming drinks pula. Memang pucuk dicita, ulam mendatang lah jawabnya..


Cantik sangat hotel ni. Tak silap dulu namanya Equatorial Bangi. Pernah datang ke sini dulu2 untuk hi-tea. Sekarang dah tukar nama Bangi-Putrajaya hotel pula.


Anak2 walaupun kepenatan, pabila nampak swimming pool, terus cerah jadi mata ya. Saya suka dengan scenery kat sini. Sejuk dan tenang mata memandang.


Yeayy, dah masuk bilik..
Masing2 berebut nak rebahkan badan. Maklumlah dari pagi ke hulu hilir kepenatan ya.
Yang paling kecik tu je tak reti2 penat..huhu


Luas biliknya...ada balkoni dan kerusi serta meja kecil untuk santai2 di ruang balkoni..


Wajib simpan 1-2 bawa balik untuk dijadikan koleksi ni..


Kelaparan yang amat...So kita bungkus makan dalam bilik je senang dan lebioh selesa..
Siap ada roti titab lagiu uolss...
Fuhhh Daim punya suka makan menu ni sampai jilat jari..
Udang goreng tepung pun ada juga buat ratah..


Ni menu makanan Kelantan semuanya. Beli kat Restoran Mak Su Nab Bangi tak silap..alahai lupa pula nama kedai tu ater dah sebulan perginya..


Lepas makan, kami pun tidur sekejap...lepaskan penat sekejap..
Lepas tu dalam 6 lebih, saya temankan anak2 main pool pula..
Kesian diaorang sebab dapat main kejap je..pukul 7 pool dah tutup ..


Sekejap pun tak pe lah janji anak2 happy kan..


Antara kupon drinks yang tak sempat nak redeem..huhu..


Malamnya abang ipar saya ajak makan malam bersama ahli keluarga yang lain di Ikan Bakar Ana Petai..


Esok paginya, saya bersama Daim dah ayah Damia pick up keluarga family in law yang sampai dari Kelantan di KLIA2. Manakala both Damias masih guling2 dan golek2 kat hotel lagi. 
Lepas dah hantar family in law ke rumah abang ipar, baru saya balik hotel semula untuk check out dan ambil both Damias ke rumah abang ipar.
Ni suasana sebelum abang ipar dan biras saya nak turun rumah ke KLIA..


Buat pengetahuan semua, bermula tahun 2018, jemaah haji tidak lagi berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, tapi berkumpul di Kompleks Tabung Haji KLIA yang lebih besar, luas dan selesa. Hotel Movenpick pun ada untuk kemudahan jemaah haji dan ahli keluarga untuk bermalam dan berehat.


Lepas dah selesai semua, kami pun ke Dengkil untuk makan tengahari. Lokasi cari je dalam Waze tempat2 menarik untuk makan tengahari. Memang sedap dan berbaloi..


Kebetulan musim buah durian.. Sebelum tu dah 4 hari berturut2 makan durian tau. Ni makan lagi...
Syokk makan kat tepi hutan suasana kampung. Dapat juga kami merasa durian bukit.


Semua kami try, durian kampung, durian IOI, durian Bukit dan durian Udang Merah..


Budak ni hantu durian...menurun dari ayahnya yang suka makan durian..


Fuhhh ramai yang berhenti makan dan beli durian disini..

Dan selepas tu, kami pun terus gerak balik JB...
Sampai pun dah malam so kami decided makan kat kedai siap2 senang..


The End.

Tq sudi membaca..
Kalau tanya saya nak gi lagi tak hotel Bangi-Putrajaya tu, jawapan saya SURE sebab hotelnya luas dan pemandangan cantik.

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment