Day 1
Gerak dari JB jam 5 pagi, solat subuh di Masjid Kota Tinggi, jam 8 pagi dah sampai Jeti Tanjung Leman.
Wahhh..masing2 dah tak sabar sangat nak explore the other side of the island in Johor ni.
Kita wefie 1 kali dalam MPV ni semasa sampai di jeti. Btw ini adalah Company Trip GO JB Chocolate ya. Saya pernah buat entry teaser kat sini..
Speed boat kami jam 9 pagi. So ada masa 1 jam lah untuk kami breakfast di jeti ni dan juga sambil2 tunggu speed boat, sambil2 bergambar sampai lebam.. haha..cam mana ni...tak sampai destinasi pun kamera dan handphone masing2 dah penuh dengan gambar. Oh ya kat sini tak banyak sangat pilihan kedai makannya..ada 1-2 je, tapi KFC ada uolsss..tak buka lagi masa kami sampai tu...mungkin jam 10 pagi KFC baru buka.. Kalau tak nak naik speed boat, feri pun ada. Tapi rasanya jenuh nak sampai ke resort masing2. Bayangkan feri dah jalan 1/2 jam awal dari kami yang tunggu speed boat ni, tapi kami pula yang dapat lintas feri tu di tengah lautan..
Yeahhh..speed boat dah sampai...tazabar masing2 ya..
Kalau naik speed boat, dalam 20-30 minit je sampai ke chalet kami tu. Kami stay di Mak Su Chalet. Saya sendiri pun tak tahu cam mana staff saya (sebab ni company trip) boleh jumpa atau tahu tentang Mak Su Chalet ni. Sebab yang saya tahu hanya TAD Marine Resort je sebab ada dalam Agoda...hihi
Thanks to our big boss yang sponsor A to Z dalam company trip ni.. Staff cakap keluar duit RM3 je untuk buat beli jambu...wow!
Lalalalalala....Yeayyyy dah sampai!
Fuhhhh berbaloi2 kami ke sini sebab air lautnya yang biru dan jernih serta pemandangannya yang cantik amat. So for sure posing2 sampai lenjan dulu kat jeti yang cantik pemandangannya ni. Sibuk je Daim enterframe kat depan tu ya.
Cantikkan cantikkan..
Depan Pulau Tinggi ni Pulau Sibu.
Saya dan husband pernah sampai Pulau Sibu masa belum ada anak2 dulu...
Tapi Pulau Sibu ni kurang jernih airnya dan ikan pun tak ada sangat.
Tapi aktiviti di Sibu Island Resort sangatlah best!
Lompat tak jadi...;-)
Bagi chance sis posing ya sementara ramai yang nak jaga Daim tu...kiki
Awww..posing lagi...hihi
Dari Mak Su Chalet ni, kita dah boleh nampak Istana Kelong DYMM Sultan Johor. Saya pernah share videonya kat sini..
Dah siap bergambar, kami pun terus check in..
Ni lah bilik kami...Agak luas juga untuk kami 5 beranak ni..
Fasiliti dalam bilik pun basic sahaja.
Tapi dia punya tempat mandi dan tandas, perghhh besar giler...haha..
Bilik ni ada aircond dan kipas...
Chalet kat sini ala2 kampung..
Bilik kami ni kat tingkat atas..
Ni lah bilik airnya..
Luas sangat...haha
Tapi kelemahannya adalah tekanan air sangat rendah..
Kalau ramai2 mandi time sama, memang jenuh lah menunggu air yang keluar dari shower..
Sebab tu diaorg dah siap2 tong besar untuk tadah air tu..
Tapi small matter je tu..
Janji kepuasan dan keseronokan berada di Pulau ni yang penting..
Mula2 saya tak berapa confident sangat pabila staff bagitau yang company trip ni akan stay kat Mak Su Chalet. Sebab tak pernah dengar kan. Takut kena tipu ke, fasiliti tak cukup ke, service tak best ke atau sangka buruk yang lain. Tapi bila dah sampai...Masyallah....Tip top habis servicesnya walaupun ala2 kampung. Lebih mesra, tidak berkira dan baik sangat Mak Su tu. Bayangkan kami sampai 9:30 pagi kat chalet, terus boleh check in. Balik pula boleh request boat yang terakhir sekali. Kalau resort standard yang lain, rasanya tak boleh.
Pulau Mentigi ni best sangat!
Ikan2 pun macam friendly sangat asyik datang kat kita je.
Pantang sua makanan, dari jauh dah nampak kelibat rombongan mereka ke tempat kita.
Nak jadikan cerita kami terlupa nak bawa roti, so kami pun bagilah ikan2 ni makan popia dan karipap yang kami bawa untuk bekalan kami. Perghhh makan rupa2nya ikan2 ni popia dan karipap tu. Bersoraklah ikan kot dapat makan kuih haritu...haha
Jujurnya kat Mak Su Chalet ni makanan2 semua berasaskan ikan dan seafood fresh. Ulam-ulaman Kampung serta sambal blacan wajib ada.
Ni pintu masuk ke Mak Su Chalet tu..
Otw nak snorkelling..
Mewah sangat nampak Kelong milik kerabat Sultan Johor tu kan..
Macam Water Villa kat Maldives dah..
Yeayy dah sampai tempat snorkelling..
Sekejap je 15 minit dari chalet tu..
Peralatan snorkelling diprovide ya..
Staff tengah practice pakai snorkel dan juga snorkelling kat gigi pantai.
Al maklumlah kebanyakannya baru 1st time rupanya snorkelling ni.
Kecuali anak2 saya sebab diaorg dah biasa pergi pulau dari kecil lagi...
Dari Pulau2 di Krabi hingga tahun lepas di Boracay..
Al-maklumlah kami suami isteri suka gi Pulau mencari kedamaian dan release tension.
Jernihkan airnya...
Masyallah..
Kawasan yang air laut warna biru gelap tu pun dah banyak sangat coral yang besar2 dan dalam2..
Tak perlu ke tengah2 laut, padan kat gigi pantai ni pun dah puas hati..
Releks je pasangan mat salleh ni naik boat apa ntah (kecik je) ke tempat snorkelling ni..
Video Daim ni lah yang viral semalam ya kat Pulau Tinggi tu..
Sebab tu harini saya curi2 masa kejap siapkan entry day 1 ni..haha..
Kalau tak dari 7/5/18 lagi kat dalam draft tau!
Subhanallah..
Jernih sangat airnya..
Nampak sekor2 ikan yang datang cam mana bentuk dan warnanya..
Daim mula2 cuak juga tu, tapi excited nampak ikan2 tu..
Disebabkan kat sini adalah sebuah pulau terpencil dan hampir tidak disentuh serta Taman Laut yang dilindungi, maka memang pulau ni jernih, bersih dan ikan2 pun friendly je datang mendekati kami. Sesuai dengan objektif company supaya staffs semua dapat rehat dan jauh dari kesibukan. Yang penting kami dapat privacy dan layanan memang superb disini.
Kita akan snorkelling sampai puas!
Bila group kita semua dah naik ke atas, nanti driver boat akan datang pick up kita bawa balik. \
Driver tu tunggu kami kat situ juga atas boat.
Dan taraaa...sure masing2 dah lapar kan..
Lepas mandi solat semua, bergegas turun ke cafe untuk makan tengahari.
Tetiba anak saya bagitau "macam ikan yang kita snorkeling tadi je ni ibu" tatkala melihat ikan2 goreng tu...haha
Ni pula untuk minum petang..
Se, berapa banyak air panas yang disediakan.
Kopi, teh, teh o dan sarsi
Kuih untuk minum petang..
Lepas asar, jom kita sambung buat aktiviti pantai lagi..
Kami pilih aktiviti kayak..
Ni ada bayaran add on ya. 1 jam RM20 untuk 1 kayak.
Bagi staffs semua merasa naik kayak sebab semuanya first time naik ni..
Kita biar mereka bina jati diri sendiri ok..
Dont worry, ada staff chalet yang akan ajar cam mana nak conduct naik kayak ni..
Ok giliran saya pula naik kayak ni...
Cool and steady je sebab bukan pertama kali...
Perghhh korang saja je kan buat muka kononnya group kami ni berat sangat.
Kurang asam...
Mujur peha tak melimpah keluar...haha...sebab masa ni viral yang siapa lebih 60kg tu tak layak gi tengok fashion show...
Apa2 pun weols really enjoy and have fun macam 1 family disini..
Tak ada bos, tak ada admin, tak ada makcik bawang...semua sama sahaja..
Alololo..Daim pun naik kayak juga..
Suka sengih dia kat celah tu..
Alaaa lupa pula nama adik ni...staff kat Mak Su Chalet ni..
Rapat sangat dengan Daim sepanjang kami kat situ..
Sebab dia rindukan adik dia yang sama baya dengan Daim tu..
Masa tu dia bagitau dah lama tak balik rumah...
Kami warga GO JB Chocolate dan CocoDamia...
Posing lagi buat kenangan..
Ramai2..
Be bold & confident..
Sebab bila you confident, you lebih berani,
Bila you berani, you become more attractive,
Bila you dah attractive, relationships become easier..
Dalam kayak kat gambar tu ada saya, anak dan staff. Kalau tak kerana confident, tak sampai kami ke tengah cam tu walaupun group kami paling berat...hihi..
Masa ni tengah sunset..
Malamnya pula kami add on pakej BBQ..
Normal lah kan kalau gi ramai2 mesti buat BBQ baru meriah..
Tapi ni kami tak bakar sendiri pun, orang chalet bakarkan.
Kami makan je...
Ayam BBQ..
Antara hidangan BBQ kami pada malamnya..
Sambil makan, kami buat games teka tajuk filem..
Memang kelakar habis..
Gamat kejap rasanya chalet malam tu...kiki..
Lepas tu kami berjalan kaki ke hujung pantai untuk melihat penyu naik ke darat pula..
Tanya2 orang kat situ, memang musim penyu naik masa tu..
Baru 2-3 hari sebelum tu penyu ada naik..
Tapi tu lah bukan rezeki kami semua nak tengok penyu naik..Walhal kat 12 malam kami gi tengok tu..
Kalau rajin boleh je tunggu sampai 2-3 pagi kan..Haihhh idok le kami nak tunggu penyu2 tu..hihi..
Lepas tu masing2 pun masuk tidur sebab esok paginya kami nak hiking dan mandi air terjun yang jarang2 orang tahu kat Pulau Tinggi ni..
Sambung day 2 pula ya nanti...
Salam.. awak book under agent ke?
ReplyDeleteAmiera, masa pergi yang ni bukan under agent. Terus direct owner. Yang pergi latest baru2 ni baru book under agent..
ReplyDeleteBoleh tahu tak berapa cost semua acticity, transportation n chalet..tq
ReplyDeletesalam damia.
ReplyDeleteboleh beri no telefon untuk berurusan x. tq
Boleh bg detail contact utk resort ni x
ReplyDeleteassalam kak..pakej snorkeking,kayak hiking mandi terjun tu semua book awal ke on the spot sampai chalet ya?
ReplyDeleteassalam.kak nak tanya untuk semua aktiviti kayak snorkeling hiking air terjun tu semua book awal ke walk in time sampai chalet ya?
ReplyDeleteHasmah,
ReplyDeleteWassalam.
Aktiviti ni dah include semua dalam pakej. So masa booking pakej kiranya book awal lah kan..
Ap nma air terjun yg awk pergi tu
ReplyDeleteCempaka Zamrud- Alamak saya dah lupa namanya..tapi memang kat kawasan area situ je air terjunnya. Nanti pihak chalet boleh arrange untuk jungle walking ke air terjun tu...
ReplyDeleteSalam Kak. Boleh share contact number utk dptkan pakej disini tk ye? Terima kasih :)
ReplyDeleteIqa Flower - saya dah tak ingat no tel nya sebab ni staffs yang arrange kan..dia pun dapat nombor dari google je...cuba google mak su chalet
ReplyDeleteMaksu chalet pulau tinggi
ReplyDelete012-2649460
Assalamualaikum
ReplyDeleteSesiapa berminat pergi ke maksu chalet boleh pm sya
012-2649460