Tuesday, May 1, 2018

Staffs CocoDamia bercuti di Maldives Malaysia


Hello hello... 
Apa khabar semua.. 
8 hari tak bersiaran dalam blog ni.. Rindu betul nak membebel disini.. Nak membebel kat IG dan FB feelnya lain membebel kat blog ni.. 

Sebenarnya teramat sibuk dengan Edutour. Hari2 lah ada edutour dari pelbagai sekolah dan tadika. Hari sabtu je cuti. Itupun ada permintaan juga nak buat hari sabtu. Bagi chance lah kami cuti sehari seminggu kan. 

Bagi menghargai penat lelah dan celebrate Hari pekerja staffs CocoDamia, Company telah membawa semua staffs bercuti ke sebuah pulau yang agak terpencil dan masih virgin pada 27hb haritu. Kiranya sambut awal gitu.. GO JB Chocolate pun tutup selama 3 hari dari 27 hingga 29 hb. 30hb semalam beroperasi semula dengan kehadiran Edutour dari SK Kg Waha, Kota Tinggi. Harini tutup ya, dan esok sambung edutour semula direct sampai sehari sebelum cuti Ramadan. 

ALHAMDULILLAH dengan rezeki Allah. Tapi ingat, setiap dlm rezeki kita ada bahagian orang lain. Maka sebaik2nya berkongsi rezeki dengan mereka yang sepatutnya..

Kita tengok gambar teaser dulu ya.. Nanti saya buat full itinerary kat pulau Maldives Malaysia ni.. 


Mula2 sampai.. Harus bergambar kat jeti ni.. 


Cantik bak lukisan pemandangannya.. 


Air laut jernih sangat..


Hidden gems dalam pulau ni.. Ada air terjun.. 

Ok selamat Hari Pekerja semua..
Stay tuned untuk entry coming soon..


No comments:

Post a Comment