Thursday, May 31, 2018

Ragam Aleesya & Ayyunie buat biskut raya pertama 2018


Cerita hujung minggu lepas.. 
Anak-anak dah habis exam..
Anak-anak request nak buat kuih raya..
Bila ibu tanya nak buat kuih apa..
Terus diaorg cakap kuih famous amous.. 

Tu biskut lah adik kakak..
Bukan kuih..
Adik kata biskut pun biskut lah.. Janji sedap.. 

Memang diaorg ni pantang jumpa famous amous depan mata.. Kalau ibu tak nak beli, diaorg sanggup cakap "alaaaa.. Kitaorg beli dengan duit sendiri" 😁.. 

Maka ibu pakai tudung cepat2 gi cari bahan2 kat kedai. Korang duduk rumah jaga Daim elok2.. Nak sangat buat biskut kan.. 😂.. 


Fuhh tekun dan bersungguh masing2 ya! 


Yes! Finally.... 

Mereka berjaya buat biskut Double Chocolate Chips & nuts..

Rupa dan bau dah hampir sama macam famous amos punya.. Cuma famous amos lagi gelap 🌚.. 

Ibu hanya bagi arahan dan ajar first step sahaja, selebihnya 2 beradik ni yang buat sampai habis. Sambil buat, sambil gaduh 🤦‍♀️ 

Opss.. Adik kecundang di tengah jalan masa buat sebab tak tahan bau semerbak dan gentelannya ada kecik ada besar. So kakak yang buat sampai ke titisan terakhir. Begitulah melayan kerenah 2 beradik yang excited nak buat kuih raya sendiri.

Lepas tu, adik dah susun2 biskut dalam balang, kakaknya curah balik sebab adik tak susun elok2. So gaduh, dan adik naik atas main dengan Daim. Aigoss😅.. 

Sudahnya ibu pujuk adik tolong  di dapur utk masak berbuka pula. Baru muka ada senyumm.. Begitulah ragam si #damiaayyunie dan #damiaaleesya buat kuih raya.


Tengok tu si adik, sempat lagi bergurau suapkan biskut kat kakaknya puasa2 ni.. Adess.. Haha..

P/s: Korang dah banyak ke buat kuih raya?

No comments:

Post a Comment