Kalau ikut pembacaan kat internet, tak ramai yang pergi Hong Kong menggunakan khidmat travel agent. Sebab Hong Kong ni Negara yang mudah konunikasi (English), papan tanda pun banyak in English, dan sistem MTR serta Subway pun tak sekompleks kat Jepun. Pendek kata senang lah nak travel kat Hong Kong ni dengan confidentnya.
Habis tu kenapa saya guna khidmat Travel Agent juga? Sebab malas nak simpan dalam kepala route MTR tu, tak children friendly public transportnya (kena angkut turun naik stroller), malas nak tukar2 train, serta nak kesenangan dan keselesaan terutama pabila ada infant travel sekali.
Sebab tu ada yang bertanya saya gi Hong Kong aritu tak naik train (MTR) ke?
Tak.. Sebab saya ambil pakej ground dengan travel ejen Cherish Asia Travel (boleh tengok IG dia untuk berurusan). So semua urusan transport ditanggung beres tunggu depan lobby hotel je. Tiket2 nak masuk ke tempat attractions pun dah include. So no need beratur panjang2. Kecuali yang free & easy punya outing, pun kami ambil uber je kesana sini. Adalah juga kami naik Tram (wajib cuba kalau ke Hong Kong) dan naik ferry untuk bagi pengalaman baru kepada anak3 serta kami suami isteri.
So percutian ke Hong Kong ni lebih relaks dan cool lah. Tak payah pening2 nak keluar awal, jalan kaki je MTR station dan angkut naik turun stoller Daim tu.
Sejak2 travel dengan infant ni (Daim lah kan), memang banyak faktor keselesaan dan kesenangan diambil kira. Terutama hotel dan transport. Tapi selalunya hotel kami tempah sendiri. Sama macam Hong Kong ni. Kami ambil pakej yang tak include hotel sebab nak cari hotel yang lebih luas sikit berbanding pilihan yang diberi oleh travel agent.
Tiket flight awal2 lagi kami dah booked dengan MAS masa hari yang sama both Damias bawa balik buku report akhir tahun bulan 11 tahun lepas. Sebab keputusan sangat cemerlang, tanya Ayyunie nak hadiah apa, dia jawab nak gi Disneyland. Terus ibu booked tiket flight haritu juga. Rezeki kami dapat harga yang amat reasonable. Lebih kurang RM355 per person all in. Daim lah paling untung sebab hanya bayar RM50 je all in. Terima kasih Malaysia Airline.. Hihi..
Kalau mengikut pembacaan kat internet juga, sampai je Airport Hong Kong terus beli Octopus Card untuk kegunaan public transport dan 4G Wi Fi/ Sim Card untuk connecting, tapi kami tak beli pun. Sebab sampai2 je airport dah ada wi-fi, dalam bilik dah ada wi-fi, tempat attraction pun ada wi-fi, malah tepi2 jalan pun ada free wi-fi (kuat tak kuat je lah) .. Tu senang nak request Uber dan guna Waze nak berjalan tu..
So perkongsian ni adalah dari sisi yang berlainan (guna travel agent) untuk yang nak bercuti ke Hong Kong..
Kami sampai Airport Hong Kong dalam 6 lebih. Nak keluar dari terminal pun blank kejap kepala. Sebba besar sangat. Kena naik train pergi ke terminal 1 sana.. Kaki ikut je orang ramai ke mana.. Haha.. Serius sebab maybe penat sangat dari JB kul 7 pagi kan ke KLIA, tu yang macam malasnya nak fikit benda2 kompleks ni. Mujurlah sampai2 je airport, driver yang nak pick up kami tu whatsapp suruh tunggu kat Mc'D depan arrival. So lega otak just follow je driver sampai ke kereta dan seterusnya ke hotel. Dari airport nak ke hotel kami di Pulau Hong Kong lebih kurang 1 jam. Fuhh nasib baik amik pakej ground. Kalau tak lagi penat nak naik bas/taxi/MTR untuk sampai ke hotel kan.
Day 2 kami ada halfday City Tour. Kami naik coach bus ni. Tak ramai pun dalam coach tu. Hanya kami satu family dan 3 couples yang agak berusia dari Hawaii, Holland dan juga dari mana dah lupa.. Ada yang kerja doktor, majistret, lawyer dan profesion lain. Eh khusyuk pula Daim dengar penerangan dari tourist guide tu ya.
Our tourist guide. Tegas dan pandai berjenaka. So tugas dia memang pegang bendera tour tu sambil memberi penerangan ke tempat2 yang kami visit.
Day 3, seharian di Disneyland.. So naik coach bus juga. Sebab banyak sangat coach bus dari pelbagai agensi pelancongan, so kena pakai stiker tu untuk mula2 tunggu coach bus supaya tak tertukar bas. Khusyuknya Daim tidur. Dah bas pun selesa, memang tidur je sepanjang perjalanan tu.
Sebab urusan transport diuruskan oleh travel agent, so balik malam dari Disneyland pun ada apa hal kan.. So just nice habis je Disney Parade Show, masing2 pun balik dan tunggu kat kawasan yang dah diberitahu awal dimana dan kena pakai stiker lain pula.
Hah tu nampak kami pakai stiker supaya tourist guide dapat kenalpasti siapa yang akan naik coach bus sekian sekian. Rezeki kami lagi, yang naik coach bus ni hanya family kami dan 1 couple dari Ireland tak silap. Memang privacy lah perjalanan kami untuk balik ke hotel di Pulau Hong Kong.
Day 4, sepatutnya kalau ikut schedule travel agent, kami akan ke Ocean Park, tapi sebab kami tak nak (sebab dah ke Sea World yang super best kat Gold Coast tahun lepas) dan sebab nak free and easy sendiri, so kami naik Ding Ding Tram untuk makan dim sum. Best pengalaman baru ni. Tram ni bergerak menggunakan elektrik. Flat rate tak kira jauh atau dekat naik tram ni. Dewasa HKD2. 30 dan kanak2 HKD1. 20.
Lepas tu kami cuba pula naik Star Ferry (wajib cuba juga ni kalau ke Hong Kong) dari Pulau Hong Kong ke Tsim Sha Tsui untuk membeli cenderahati. Mula2 huru hara kejap cam mana lah nak beli tiket ferry ni. Tanya beberapa pelancong lain pun tak berapa faham. Tanya orang cina pun tak faham juga (saya syak mereka pun tourist samada dari Taipei ke, Taiwan ke, atau Tanah Besar China) pun tak faham. Last2 ayah damia pun try n error ikut intruction barulah keluar token (read tiket)... Haha.. Then nanti token tu kena masuk kat dalam box palang masuk ke terminal. Barulah boleh naik ferrynya.. Owhh gitu kisahnya.. Kan dapat pengalaman baru tu.. Hihi..
Dah habis shopping serbaneka cenderahati, request uber untuk balik semula ke Pulau Hong Kong. No worries, open wifi kat Hong Kong ni walaupun tepi jalan. Cuma bila dah jauh dari kiosk ni, wifi tak sampai je lah. But don't worry, Hong Kong mengamalkan open wifi terutama kepada tourist. Mostly memang dapat wifi. Kami juga guna waze nak berjalan ke Avenue of Star dan Temple street market.
Day 5, lepas jalan2 sekitar hotel, jam 11 pagi driver yang pick up kami ke airport pun sampai. Flight kami Hong Kong - KLIA jam 2:30 petang.
Bye bye Hong Kong..
Till we meet again jika diizinNya..
So senang kan kalau guna travel agent. Cuma kena sediakan kos yang lebih sikitlah berbanding kalau bergerak sendiri.
Next, saya kongsikan itineray 5d4n percutian di Hong Kong ya.
Salam. Boleh bagi full itenary tak termasuk kos n hotel yang saudara stay kat sana. Terima kasih
ReplyDelete