Monday, March 26, 2018

Buffet breakfast Rm5 sahaja per kepala


Breakfast like a king & queen..
Serius ah sekepala hanya RM5 sahaja dan makan sampai kenyang. Siap ada live band lagi akan nyanyi dari meja ke meja.

Makanan semua best2. Pilihan sarapan pun banyak. Tempat selesa. Tapi datang lambat kena beratur ya. Sebab ramai sangat orang. 

Breakfast buffet hanya pada hari sabtu, ahad dan public holiday. Lunch buffet RM9 sekepala hanya pada hari Isnin- jumaat sahaja.

Ok next time kalau datang KL dah tahu nak breakfast like a king & queen kat mana.

Paling senang korang cari je dalam Waze nama Naan Corner Restaurant Jalan Ampang. 


Air panas air sejuk semua ada.. 


Meja hampir penub dengan orang. Lambat kena beratur ya.. 


Aneka biskut dan jem serta roti. Yang nampak kuali kat hujung tu goreng2 cekodok, pisang, ayam berempah dan aneka makanan bergoreng.. Perghh tak larat nak makan semua weii.. 


Aneka makanan berat2.. Saya makan lontong, nasi impit dan rendang je.. Tak mampu oiii nak makan semua yang terhidang.. 


Murtabak, roti naan dan roti canai pun ada.. 


Daim request lagu Aisyah. Eh ibu yang request sebenarnya sebab Daim suka lagu tu.. Pastu Daim terpana kat situ sebab live band nyanyi betul2 depan dia.. Hihi.. 


Bila dah request,  tak reti2 nak bagi duit entertaintment ke.. Daim sampai 2 kali masukkan duit dalam tabung Live Band nmrak rugi pun sebab nyanyian mereka buatkan kami sekeluarga terhibur.. 


Opsss, Daim tak mandi lagi masa ni.. Haha.. Awal sangat sarapan ya.. So balik semula hotel dan uruskan hal rumah sewa adik ayah damia.. 

Pastu kami check in dimana pula? 

P/s: Habiskan dulu entry cuti2 Raya Cina ya.. Then baru sambung entry cuti2 Hong Kong dan Kem Jati Diri 2018..

No comments:

Post a Comment