An excellent family stay for vacation.
.
Ada 3 bilik, 2 bilik tingkat atas dengan 1 bilik air, 1 bilik kecil tingkat bawah dengan 1 bilik air. Dining area, hall area & pantry space agak luas. Pemandangan pun cantik - city view. Dilengkapi dengan cooking facilities, washer & dryer 2 in 1 (tolong sediakan manual lagi bagus, terkial2 tengok youtube cara guna), TV besar di bawah dan TV sederhana besar dalam bilik master bedroom. Ada wi-fi dalam bilik dan aircond sejuk2 giler...haha
.
Facilities lain seperti swimming pool yang sangat besar dan cantik (nak ke pool pun kena naik tangga cantik) , gym, bilik karaoke, mini mart, playground dan parking yang sangat luas.
.
Guard sangat membantu, dan front desk staffs sangat friendly. Siap bagitau lain kali jangan booking via agoda sebab mahal. Booking terus melalui website mereka. Staff tu tunjuk harga website, beza RM100 lebih. Bukan tu sahaja, staff siap bawa kami naik lift dan tunjuk bilik siap bukakan pintu bilik lagi.. Hihi. Terima kasih.
.
Rasanya The Suitel ni masih baru. Tengok review pun bermula bulan Disember 2017. Perabot semua pun baru.
.
Kedai makan memang tak ada, so pilihan kami yang paling senang adalah order makanan melalui Foodpanda. Tak sampai 30 minit semua makanan panas kami sampai. Ini semua gara2 semua kepenatan dan malas dah nak keluar cari maka . Tapi Sunway Piramid tak sampai 10 minit dah sampai kalau nak makan2 atau jalan2.
.
Ok done review. Insyallah next time kalau holiday ramai2 lagi, boleh stay sini lagi.
#damiasdaimshortvacay18 #thesuitel
Mula2 masuk room ni, kagum kejap..
Sebelum ni pernah stay kat hotel konsep 2 tingkat macam ni kat Lotus Desaru, tapi yang ni 3 bilik.. Tu yang best tu..
Boleh nampak dari tingkat bawah terus ke master bedroom tempat Aleesya berdiri tu..
Master bedroom yang luas
Ok selfie dulu dalam master bedroom
Ni bilik sebelah bilik master bedroom..
Btw toilet atas kongsi ya..
Dah konsep toilet pun moden kontemporari..
Best!
Ni bilik sebelah bilik master bedroom tingkat atas tu.. Tak luas sangat tapi bolehlah masih selesa..
Tangga nak naik ke tingkat atas..
Pandangan dari tingkat atas..
View kat luar tu best! Panorama sangat mengadap city view..
Bilik tingkat bawah. Memang kecik.. Sesuai untuk seorang dewasa tidur je ni. Tapi utk Aleesya & Ayyunie muat2 je ni..
Bilik air tingkat bawah
Kitchen area..
Dalam kabinet dah siap sudu, senduk, periuk, pinggan, mangkuk, dan lain2..sesuai utk set 6 orang..
Amboi2 tak sabar mak mertua saya nak basuh dan keringkan baju ya. Al maklumlah kami semua masa ni dah masuk 3 malam bermusafir..
Jenuh google cara2 nak guna washer & dryer 2 in 1 ni.. Adoii.. Asyik try n error je.. Kejap2 kering, kejap2 3 jam pun tak kering2.. Haha..
Otw nak ke swimming pool.. Pit stop sini kejap snap gambar. Alaaaa.. Abang ni suka betul buat muka lah kalau time bergambar... Sabooo je lah...
Nak naik swimming pool pun bukan main tangga pusing2..
Boleh lepak2 minum air kat tengah2 tu..
Swimming pool cantik sangat..
Boleh scroll ke bawah tengok gambar..
Kids pool tingkat atas..
Tapi tak ada orang pun..
Semua pakat nak mandi kat pool besar ya..
Ada mini playground juga..
Bolehlah setakat Daim nak main slide dan kakak2nya nak main benda alah apa pusing2 tu.. Pastu masing2 pening.. Haha
Malamnya kami order makanan via food panda..
Pakat2 malas dah nal keluar, so order dan delivery je senang... Macam2 menu ada dalam website Foof Panda tu..
Betul2 bercuti dan berehat ni sampaikan keluar bilik pun malas.. Haha..
View dari Balkoni bilik..
Boleh tahan kira kereta lalu lalang yang masuk tol kat bawah tu.. Hihi
Tapi serius the view so cool walaupun tengah bandar..
Esok paginya... Daim dah siap2 mandi dan breakfast, eh eh boleh sambung tidur balik.. Memang betul2 bercuti dan berehat ni..
Ni bentuk swimming poolnya.. Bentuk kapal.. Gambar dari FB The Suitel..
Ruang tamu
Gambar dari FB The Suitel
Bilik Master bedroom
Gambar dari FB The Suitel..
Cantikkan..
Kat bawah tangga ni pun boleh lepak2 dan ada sink juga..
Gambar dari FB Suitel
Gym
Gambar dari FB The Suitel
Cantikkan pool..
Tempat rehat cool sangat!
Pool selamat.. Bukan jenis yang mencuram.. Cuma tempat kedalaman yang lebih tu wajiblah dipantau oleh ibu bapa kan..
Ok.. Insyallah lain kali boleh stay sini lagi..
Maka tamat sudah cerita cuti-cuti Tahun Baru Cina kami..