Tuesday, February 6, 2018

Lanjut Golf & Beach Resort, Rompin


Lepas balik dari The Kasturi, Cherating.. 
Kami check in di Rompin pula.. 

Resort yang kami pilih adalah Lanjut golf & beach. Ciri2 kenapa pilih resort ni kerana children friendly resort, ada chalet dan depan pantai. 

Lets check it out! 


Mula2 masuk je chalet bukan main luas lagi.. 



Amboi Daim, susah betul nak kejar dia pakai seluar, almaklumlah excited kat tempat baru


Ni ruangan kitchen.. Disediakan jug kettle dan tea coffee..



Ni saya duduk area washroom..ada sinki dan cermin.. 


Luasnya beranda mengadap pantai.. 
Angin sepoi2 menusuk kalbu gitew.. 
Boleb buat BBQ juga kat depan ni.. 


Cantik pemandangan depan chalet ni. 
Buka je sliding door, angin terus menerpa masuk, bunyi ombak jelas kedengaran.. 


Port paling anak3 suka.. 
Terutamanya Daim lah.. 
Tak masuk chalet lagi dia dah berlari nak masuk pool ni.. Haha


Ni pula untuk pool orang dewasa dan kanak2.. 


Memang meriah lah kalau budak2 dapat main kat playground dalam air ni.. 


Masa kami kat Cherating, hujan... So tak dapat langsung jejak pantai.. 
Kat sini, alhamdulillah.. Tak hujan.. Dapatlah main pasir pantai.. 


Tetiba ada buaian keramat kat sini.. 


Kawasan chalet dari view pantai.. 


Nak mandi pantai tak berani, sebab ombak kuat


Oppss terlebih posing sudah.. 


Sukanya Daim main slide dengan kakak2nya.. 


Nak juga tu Daim join main pool dalam ni.. Haihh.. 


Esoknya.. View masa breakfast... 


Aneka pilihan breakfast ada.. 
Ni bahagian salads & fruits.. 


Ni bahagian main menu.. Nasi lemak, meehoon goreng.. 


Serius! Roti canai tu dah kuah dal sedap yakmat. Roti canai lembut giler, kuah dal lemak berkrim.. Saya asyik tambah je makan roti canai.. Eh untuk Daim sekali.. Hihi..

Review saya resort ni agak besar, ni bahagian chalet dan untuk training camp je.. Ada sebahagian lagi under contruction kat pagar mula2 masuk... Tu macam hotel. Ada swimming pool lain pula. Agak sunyi terutama waktu malam, susah juga nak cari makan kat luar, so makan steamboat kat hotel je senang... 

No comments:

Post a Comment