Monday, March 12, 2018

3 bedrooms apartment @ Gold Coast Malacca International Resort


Nak marathon update cuti-cuti masa Tahun Baru Cina bulan lepas.. tentang percutian 3 malam 3 hotel kami..yang bestnya sebab cuti2 kalini turut disertai oleh ibu dan bapa mertua serta adik2 ipar saya...so meriah terutama time makan2...

Ok kita mula dengan cerita percutian kami di Gold Coast Melaka dulu...kami booked hotel pun 4 hari sebelum bercuti, perancangan dah lama, tapi booked last minute sebab takut tak leh bercuti gara2 ayah damia kan kena masuk wad hospital tapi dia tak nak...but finally we make it!

Urusan booking saya yang buat. Memang rezeki saya dapat bilik 3 bedrooms apartment siap breakfast, siap dinner (yang ni suprise, next entry) dan tiket masuk ke theme park dengan harga RM513/night sahaja. Dapat lagi cashback pula tu..memang rezeki...tanpa fikir panjang saya terus booked. Jarang hotel provide dinner sekali kan..but this one rare..


Ni bilik untuk ibu dan bapa mertua saya..


Master bedroom ni utk saya dan ayah damia. Eh including Daim sekalilah..saya pilih bilik ni sebab senang toilet dalam bilik so aurat terjaga dengan adik2 ipar...


Nampak tak bear 2 ekor tu..
Sah bilik untuk Aleesya dan Ayyunie..

Manakala adik2 ipar saya yang masih bujang tidur di ruang tamu yang luas tu...


Toilet dalam master bedroom


Toilet kat luar..


Kitchen...
Ada mini fridge dan kettle..


Ruang tamu yang luas..


Masing2 sibuk hidangkan makanan tengahari..


My big family...
Makanan tengahari semua masak siap2 kat rumah....ada ikan bakar (paling laku keras), kari ikan bawal, daging masak kicap dan kuih muih..


Bertambah2 masing2 makan..


Dah makan, apa lagi...tak sabar nak turun theme park lah tu..


Tu dia..masa ni masih panas, so tak ramai lagi orang.. 
Lepas tu adik2 ipar saya pun bawa both Damias dan Daim pergi theme park..while kami yang lain turun lambat sikit...


Alahai..kesiannya...baru main kejap, guard theme park suruh semua keluar, angkara bunyi guruh yang teramat kuat..stop operation theme park semua..yang hairannya guruh tu memang kuat giler bunyinya tapi sekali je bunyi..hujan pun tak..hairan..tapi demi keselamatan, baik stop operation kan..so kami pun sembang petang di bahagian cafe sambil menikmati ais krim..


Ada tram untuk pergi balik dari bilik..sabar tak sabar je menunggu..

Malamnya pula lepas kami hadiri Valentine Dinner, kami jalan2 ambil angin di Bandar Melaka pula..


Morning view dari bilik saya..


Breakfast di Cafe..pilihan makanan tak banyak tapi bolehlah untuk alas perut....


Lepas breakfast, saya temankan Ayyunie main theme park lagi.. sambil2 tu temankan juda Daim main car ni..


Mula2 takut nak main, control gitu...


Lepas tu excited yakmat..hihi..RM10 utk 10 minit...


Balik bilik Daim berendam dalam bathtub je..pastu masing2 rehatkan badan dan terus check out dalam kul 12..

Kemudian sambung ke next destination...

No comments:

Post a Comment