Wednesday, January 3, 2018

The Kasturi Cherating Villa


Too many pictures and videos have to upload before 2018. Terutama gambar2 masa vacation dan holiday lah. Tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan. So tahun 2018 kita throwback semula holiday tahun 2017 pun tak pe lah. Janji perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang nak bercuti ke tempat yang dikongsi ini. 

Masa kami holiday di sini, punyalah ramai yang DM, PM & whatsapp tanya kat mana tempat win kami bercuti ni, sorry tak reply masa tu, memang saja nak bongkar lepas check out. Barulah feel privacy sikit ya tak 😊

Ok let's check it out! 

Nama Resort: The Kasturi
Tempat: Cherating
Type bilik: Beach front Villa
Tarikh bercuti: 27-28 November 2017
Harga: RM932/night include 2 breakfast & wifi laju -booked via Agoda- paginya booked, tengahari check in. 
Bilangan bilik keseluruah :19 unit sahaja kesemuanya dan memang terasa privacynya. Baru soft launching akhir Ogos 2017 haritu. 
Booked: Via online only dan tak terima walk in guest walaupun dah merayu-rayu di pintu gerbang bak katanya staffs disitu

Review: Tak ada lobby khas untuk check in, masuk je pintu gerbang, nanti guard akan mention nama awak, dan terus parking di bawah garaj seperti carpoarch rumah sendiri 😄. 

Then tunggu buggy datang ambil guest beserta barang, tandatangan satu form confirmation, terus bawa masuk ke villa. 

Masuk je villa, pandai2lah menilai video di atas apa yang istimewanya. (tengok youtube tajuk: The Kasturi Cherating by Ayu Zarina) 

Untuk yang tak duduk villa, no worries, ada pool yang cantik amat depan cafe. Nak mandi pantai pun boleh. Tapi masa kami holiday, ombak kuat dan hujan rintik2 so cancel pergi beach. Beach boleh pergi melalui pintu kecil depan private pool masing2. 

Sepatutnya ada turtle hatchery, ini yang tak sabar nak bagi anak2 pengalaman lepaskan turtle ke pantai, tapi sayangnya bukan musim penyu lah. So kita berpenyu dalam villa je. Sampaikan semua tak nak jejak kaki keluar cari makan dan jalan2. 

Untuk improvement, dari segi breakfast lah kalau boleh. Agak limited pilihannya untuk resort 5 bintang. Lagi satu masih ada construction sedang berjalan, tapi no worries, tak effect pun mengganggu mata dan pencemaran bunyi sangat. Sebab masa kami have fun dalam pool, jentolak depan villa berhenti bekerja, kami masuk je dalam, eh eh dengar jentolak tu bising semula, (tak pasti sama ada kebetulan) 

Owner melayu, katanya arkitek famous Hijas Kasturi. Owhh patutlah design Villa sangat art & luxury. 
Ok sekian. Happy reading & viewing. Maka terbongkarlah ia 😁. Yang bertanya harap puas hati jawapannya 😉

Jom tengok gambar2 yang banyak pula di bawah.. 


Lepas parking kereta, buggy akan bawa penumpang dan luggage ke Villa.


Welcoming drink.. 
Air buah pala..


Yeay dah sampai Villa kami. Villa kami no 9.


Waduhh..masuk2 je dalam villa, view memang superb! 


Spontaneous travel ni.. 
Pagi tu baru planned..
Pagi tu juga baru kemas luggage..
Pagi tu juga booked hotel.. Tapi nak sampai sini jauh yakmat rasanya.. And finally.. A perfect blend of nature, beach, art and luxury, the private pool villa offers an otherworldly experience.. Yang penting, nikmat masa kualiti bersama family.. 


Anak3 melompat gembira.. 


Perfect view and design.. 


Hah yang ni lemah badan, Daim tak sabar2 nak terjun dalam pool tu.. Adoii.. 


Cantik tapi seksi pula area ni.. Hihi.. 


Nikmat mana yang nak didustakan melainkan melihat anak2 terlebih happy depan mata.. 


Complimentary.. 
Seronok dapat makan buah mata kucing yang masa tu bukan musim lagi.. Buah mangga tu manis betul.. 


Aiyokk.. Daim dah tak sabar nak terjun sangat tu.. 


Tetiba berimpian kalaulah rumah aku macam ni.. Hihi.. 


Bilik tidur yang luas.. Katil pun luas.. 5 orang boleh tidur means 2 dewasa 2 kanak2 1 baby.. 
Tapi both Damias tidur atas sofa besar di luar tu.. Selesa sangat diaorg kata.. 


Pandangan dari dalam bilik.. 


Anak2 mandi pool pun still nampak dari dalam bilik.. 


Complimentary.. 


Complimentary.. 


Cantik design wardrobe ni.. 


For us.. 


Besar bilik airnya.. 


Ok selfie 1 snap! 


Dari pool ni boleh terus keluar ke pantai dengan laluan kecil tu.. 


Ayah damia tengah prepare lunch.. 


Ada door access berkamera juga.. Senang nak tahu siapa tetamu kita.. 


Jenuh lah dok cari mana tandas.. Haha.. Tersorok rupanya.. Tapi view Superb! 


Minuman coklat ni rasa nak sama pula dengan minuman coklat CocoDamia. Serius! 


Complimentary.. 
Tapi since anak2 kurang sangat minum air bergas, so ambil yang perlu sahaja.. 


Dari dalam bilik juga ada pintu terus ke pool atau garaj luar.. 


Beach bag pun ada. Siap selipar, tuala, tikar dan payung. Tapi kami tak berpeluang guna sebab pantai bergelora masa kami pergi tu.. 


Sumpah! 
Wangi dan best giler bau toiletteries dari Tanamera ni. Ada sapa2 jual tak? Please contact me! 


Masing2 tak nak jejak keluar dari Villa, nak menikmati setiap moment disini katanya,  so lunch dan dinner tapau je makan tepi pool.. ayahnya no choice kena keluar beli juga 😉


Wefie 1 snap! 


Lepas makan apa lagi? Terjun pool lah semuanya! 


Seronok sekali sekala dapat peluang privacy sebegini..


Yeahhh..that's me! 


Budak paling2 seronok semestinya lah Daim! 


Haihhh berani sungguh Daim ni.. 


Ni tempat breakfast, kena naik buggy juga ke main building. Call je.. Nanti buggy sampai.. 


Happy breakfast.. Tak banyak sangat pilihan, kebanyakannya healthy food.. Fresh Juice tanpa gula, salad, grilled, steamed... Tapi view memang superb!


Ralit Daim breakfast sambil memerhati jentolak bekerja.. 


Menu utama nasi lemak je.. 


Air cappucino, latte and so on, order je.. Nanti waiter hantar.. 


Cantik sangat view kat main building ni.. 


Kawasan ni masih ditutup.. 


Tunggu buggy nak balik villa.. 


Pastu sambung terjun pool lagi.. Apa lagi boleh buat... Hihi.. 


Kecapi momen semaksima mungkin.. 


Oh ya, ada tempat simpan jewelerries juga dalam bilik..


Daim je excited mandi dalam bathtub ni.. 


When you have too much on your mind.. Having a tough month back to back.. And finally.. Perfect relaxing.. Perfect moment.. Perfect family.. Thank you Allah.. Till we meet again


Momen tercipta.. 


Happy family.. 


Macam2 gaya.. 


Anak2 sporting jadi model


Hooray.. 


Sukanya Aleesya.. 


Ayyunie minta kami bawa dia datang sini lagi.. 
Insyallah.. Moga ada rezeki lagi ya anak-anak.. Aaamin.. 

Lepas check out dari sini, makan lunch di Master Cendol udang celup tepung 35 ekor RM10, terus kami check in di Rompin pula.. Soon update ok.. 

No comments:

Post a Comment