Wednesday, December 6, 2017

Resepi Sup Tepung


Nostalgianya menu dinner ni.. 
Teringat kat mak kecik-kecik dulu dok cubit-cubit tepung ni..

Gigih tau saya uli tepung, pastu gelek dengan roller nak bagi nipis sekata punya pasal..

Siapa pernah makan sup tepung 🙋?
Menu simple yang makin dilupa dek zaman kot.


Ramai yang tanya resepi...
Ni hah resepinya.. Resepi Sup Tepung
(untuk 3-4 orang makan)

8 sudu tepung gandum
2 biji bawang putih dimayang
4 biji bawang merah dimayang
Segenggam ikan bilis halus
3 ranting sawi HK (lebih lembut dan tak pahit) 
Minyak jagung untuk menumis
Sedikit lada sulah
Garam secukupnya
Ajinomoto jika perlu

Cara-caranya:

1. Uli tepung bersama garam dan air hingga lembut. Kemudian canaikan atas papan pemotong sehingga nipis yang kita mahu dan potong2 dengan pisau jadi bentuk segiempat tepat. (mak dulu tarik cubit cubit je) 
2. Tumis bawang putih dan merah,  kemudian masukkan  ikan bilis dan goreng hingga kekuningan.
3. Masukkan air 3 cawan {lebih kurang} . Biarkan mendidih.
4. Dalam masa yg sama,  ambil tepung yang dipotong tadi, tarik guna dua2 tangan, hingga jd sekeping nipis. Masukkankan dalam periuk. Buat sampai habis. Biar mengelegak seketika supaya tepung masak. Kalau tak tepung masih rasa tepung {eh ayat apalah.. Haha} 
5. Sawi dihiris, basuh dan tos. Masukkan dlm periuk. Letak garam dan lada sulag secukup rasa. 
6. Bila sawi dah empuk, tutup api, sedia dimakan panas2 tapi tiup dulu😁

Selamat mencuba! 

P/s: Langsung tak sama dengan kuew tiaw sup

No comments:

Post a Comment