Friday, December 8, 2017

Resepi Siakap Stim Ala Nyonya


Resepi Siakap Stim Ala Nyonya
(Confirm tak menyesal buat)

1 ekor ikan siakap
1 batang serai dihiris halus
1 batang bunga kantan dihiris halus
5 biji limau nipis diperah ambil jusnya
2 sudu ais asam jawa adabi
2 sudu minyak jagung
2-4 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
Sedikit gula, garam, lada hitam dan aji (jika perlu)
Sedikit daun kesom

Cara-caranya:
Kisar semua bahan2 kecuali daun kesom. Masukkan ikan siakap dalam aluminium foil. Curahkan semua bahan2 dikisar. Letakkan daum kesom diatas ikan. Tutup aluminium foil dan kukus sampai masak.

Cukup 1 lauk ni je Makan dengan nasi panas2. Yang diet, ratah sampai licin pun sodapppp.. Selamat mencuba! 


Pastikan ikan, bahan dikisar dan daun kesom tu dibungkus elok dan rapat ya dalam aluminium foil. Kalau tak nanti ikan lambat masak dan sos ika  terkeluar. 


Anggaran 20 minit kukus untuk saiz ikan sedang-sedang. Nanti dah masak, fuhhh sampai ke atas aroma bau siakap stim ala nyonya ni. 

Kami anak beranak memang suka sangat makan kalau stim macam ni berbanding stim limau atau sos putih tu. Yang ni confirm tak hanyir! 

No comments:

Post a Comment