Friday, December 22, 2017

Mee Racun Batu Pahat


Semalam.. 
Dari Kluang memborong stok, lalu Ayer Hitam mencari makan, eh tersampai pula kat Mee Racun Batu Pahat ni..

Ramai yang recommend makan Mee Racun kat sini. Terbukti sedap. Sate pun sedap sekali pakej kuah yang sedap juga tu. Nasi goreng gear box dan kuew tiaw sup tu biasa2 je.

Terima kasih lah adik yang jual air kelapa kat Ayer Hitam yang recommend makan kat Mee Racun ni.. 


Owhh ni lah mee racunnya.. 
Bagi saya rasanya macam mee sup yang dicampur sos cili dan sos tomato. Tak pedas sangat sebab Daim pun boleh makan meenya. Sedap! 


Kuew tiaw sup.. 
Biasa2 je rasanya..bezanya ada ubi kentang dan tauhu besar tu je


Nasi goreng gearbox.. 
Pun biasa2 je rasanya.. 


Sate ni memang sedap.. Secukup rasa dengan lemak serta manis2nya.. Kuahnya pun sedap.. 


Melayan budak suka makan ni hah. 


Muka penat dan kelaparan. Lepas je kelas semalam,  lunch burger king je dalam kereta otw nak ke Kluang.. 


Ni lah kedainya.. Masuk je dalam Waze "mee racun batu pahat" 


Kedai yang terletak depan rumag orang dan simpang 3 dereta kedai.. Tapi ramai orang beb.. Parking pun kena hati2 tepi jalan.. 

Ok saya dah rasa mee racun! Uollss dah pernah makan ke belum?

P/s: Harga pun murah.. Total semua makan tak termasuk sate tu RM26 sahaja.. 

No comments:

Post a Comment