Sunday, December 3, 2017

First time Daim makan dalam dulang


Semalam kami sekeluarga sempat menghadirkan diri ke Ceramah Perdana Maulidur Rasul bertempat di Masjid Jamek Taman Universiti. Ni pun boleh dijadikan aktiviti cuti sekolah juga ni. Memberi pendedahan kepada anak2 menghadiri ceramah2 sebegini. Tapi ceramag belum habis, tak habis2 tanya ibu bila nak siap bila nak siap.. Haha.. Faham2 budak2 kan bukannya faham sangat terutama Ayyunie. Pastu pakat2 dok jelepek kat bahu dan peha ibu. 

Habis tu Daim mana Daim? 
Hahaha.. Sabar je lah si Daim ni.. Berpeluh2 ulang alik pergi tempat ayahnya pastu patah balik ke ibu dia. Pastu sibuk dok tengok jemaah lain. Yang dia berkenan dia tegur.. Haha.. Be brave and bold sungguh my boy sorang ni.. 


Budak peramah..
Lepas solat nak salam dengan semua orang..
Ibu dan kakak2 pula yang runsing sebab peramah sangat ๐Ÿคจ

Siap ada yang bagi biskut lagi kat Daim lepas salam.. Tapi bagusnya dia tak amik pun, lepas ibu surub kakak dia ambilkan barulah dia makan.. Good boy! 


Alololo... Comeynyaaaa.. 


Sunnah.. 
Pengalaman pertama untuk Daim makan dalam dulang ni.. Seaktif2 dia, selasak2 dia, dia dengar kata jangan kacau nasi dalam dulang tu ๐Ÿ˜„
Berselera semua makan. Nasi dalam dulang tu tinggal suku je tak habis.. Haha.. Nampak sangat semua kuat makan termasuk Daim. Ayahnya dah makan dengan jemaah lelaki lain.. Semoga anak2 faham yang tersurat dan tersirat dengan menghadiri acara2 seperti ini... Aaaminn

No comments:

Post a Comment