Tuesday, December 12, 2017

Dinner steamboat di Lanjut Golf & Beach Resort


Bagi sesiapa yang bercuti di Rompin, nak dinner kat luar memang terhad sikit tempatnya. Mungkin sebab kawasan ke dalam dan perkampungan.

So saya recommend makan malam steamboat je kat cafe resort ni. Tak terhad untuk hotel guest sahaja. Orang luar pun boleh. Tapi dengan syarat kena booking dahulu.

Layanan staffs F&B memang terbaik. Makanan steamboat ya ampun.. Punyalah banyak.. Tak padan dengan harga yang agak murah. Boleh tengok senarai harga kat gambar last.

Ni kami ambil pakej 3 adults. Tapi tengokkan nasi goreng dia tu macam 6 orang dewasa pun belum tentu habis. Makanan lain pun tip top. Breakfast pun sedap dan variety. 


Aneka sos. Pes tom yam pun ada, kalau rasa nak kuah tom yam, just campurkan je dalam sup yang disediakan. 


Mewah lauk walaupun makanan dihidang


Mula2 makanan sampai, kami sekeluarga terkejut betul sebab banyak sangat makanan.. 


Paling buntang mata masa nasi goreng ni sampai.. Perghh.. 


Tak nak nasi, aneka mee ada.. Larat ke tak je nak makan semua.. 


Bismillahirahmanirahim


Kami yang paling awal dinner.. Haha.. 


Sos semua sedap2.. 


Lepas makan, tetiba sampai dessert ni pula.. 


Murah kan harga untuk per person.. Murah lah sebab ni makan kat resort bukan restoran  biasa.. 

So lepas ni dah ada idea lah kalau bercuti di Rompin nak makan malam kat mana.. 

No comments:

Post a Comment