Berbulan2 beli, baru semalam rasmi mangkuk baru ๐.. Punyalah sayang nak guna, tapi demi menjaga kepanasan makanan untuk dijamu kepada staffs di kilang semalam, bawa keluar lah juga dari kotak ๐ค..
Alhamdulillah.. Selamat dah menjamu staffs makan tengahari. Sempat masak nasi daging, sup tulang dan air asam kerisik (diaorg cakap sedap sangat).. Pastu diaorg cakap bertambah2 makan bukan sebab sedap je, tapi sebab mangkuk cantik sangat. Kah!
Btw semalam makanan tersimpan dalam mangkuk tu 2 jam masih panas ya. Maksimum 4 jam katanya kekal panas.. Nanti kita try betul tak 4 jam..
Mana lagi nak cari mangkuk cantik cam ni..
Bukan sekadar cantik, tapi fungsinya yang tahan kepanasan makanan tu yang penting. Alahai rezeki betul dapat beli mangkuk cantik ni dari bhaiya India dari India betul tu. Ni pun last stok dah yang ni.
Wowww.. Meriah!
Btw memang boleh dikatakan setiap hari jumaat memang meriah kat kilang ni. Kalau saya tak masak, ayah damia bungkuskan makanan, kalau tak staffs gilir2 bawa makanan lah, kek lah, buah lah.. Best2..
Ada dessert kek dan buah rambutan. One of my staff sempat lagi buat koktail buah tau!
Uikkss..
Tak sabar ya semua nak makan..
Ayyunie tak sabar2 nak makan koktail buah yang kak Amira buat ya..
Ok tak nak cerita panjang, kita terus ke cara2 buat Nasi Daging dan Air Asam Kerisik ya..
Resepi Nasi Daging
8 pot kecil beras basmathi Faiza (dibasuh, direndam 20 minit dan ditoskan)
Daging dalam 250g dihiris separa nipis dan sederhana besar (jangan rebus)
3 sudu besar minyak sapi (Adele)
2 sudu besar rempah kurma
3 sekawan bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang
2 helai daun pandan disimpul
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3/4 tin susu cair
1/2 tin air
Sedikit garam
Daun sup dan bawang goreng
Cara-caranya:
1. Tumis 3 sekawan bersama bawang putih, bawang merah dan daun pandan dalan minyam sapi.
2. Kemudian masukkan rempah kurma.
3. Masukkan pula hirisan daging tadi. Kacau sehingga sebati dan baru masukkan beras yang ditos.
4. Selepas dikacau sebati lagi, masukkan susu cair dan air. Juga sedikit garam. Kuantiti campuran dan susu paling baik adalah seinci lebih dari paras beras. Baru beras ringan dan lembut (sebab dah rendam tadi kan)
5. Masukkan dalam Pressure Cooker dan tekan mode 'rice' ~ auto 12 minit.
6. Pabila dah masak, buka penutup periuk., masukkan bawang goreng dan daun sup, kemudian keep warm seketika.
7. Insyallah nasi wangi sangat dan sedia untuk dimakan.
Resepi air asam kerisik
1 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah kecil dihiris
6 biji cili api
1 biji tomato dihiris
1 buku besar ibu jari belacan bakar
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar asam jawa adabi
5 biji limau kasturi diperah ambil airnya dan kulit dihiris halus
Sedikit air untuk tujuan kisar
Garam, gula, aji secukup rasa
Blend semua diatas sehingga sebati. Masukkan kulit limau kasturi yang dihiris halus tadi. Nak masukkan tomato dan bawang dihiris halus pun boleh.
Kalau dibiarkan semalaman, lagi best tau air asam ni.. Sebab rasanya cukup sebati dengan masam2 manis2 pedas2 nya..
Resepi sup tulang? Alaaaa.. Dah beberapa kali share resepi sup tulang ni.. Nanti google je lah ya..
Memang puas hati! Sekali masak suami memuji2, anak minta bertambah berkali2..
Ok Selamat Mencuba!