Tuesday, October 3, 2017

Good Bye HPPNK 2017


Alhamdulillah..
Another Job well done!
Thanks for all the 4 great days! 
From 28/9 to 1/10/17..

Terutamanya kepada my awesome marketing team, production team, new customers, returning customers, ejen2 CocoDamia yang baru, rakan2 usahawan strategik serta pihak2 agensi sepanjang penglibatan bersama CocoDamia dalam HPPNK 2017.

Kita jumpa lagi tahun hadapan.

Insyallah next event adalah "Expo Johor Berkemajuan" yang akan diadakan di Iskandar Nusajaya dari 6 - 10 Oktober ni.

Johorians! Rugi lah tak datang. CocoDamia bawa brand Johor ni! Jom support!

Nota: Untuk repeatation order (selalunya memang ramailah kalau lepas balik dari mana2 events sebab customer faham, rasa dan dengar sendiri kebaikan Luban dalam Coklat IQ), paling senang boleh beli melalui 11 street atau nak lagi senang boleh whatsapp 010-6468383 utk ketahui ejen2 berdaftar kami. Nak datang terus galeri kami, lagi suka!

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa

#hppnk2017 #cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #coklatiq #krukkkrakk #energybar


Kat HPPNK 2017, memang meratalah artis sana sini.. Cuma you rajin ke tak je ajak diaorg bergambar..


Sporting habis Saerah adik Siti Nurhaliza ni..


Bersama Timbalan Ketua Pengarah LPP dan orang kuat MOA ni.. (Ampunnn.. Dah lupa namanya).. Terima kasih beli Coklat IQ..


Dengan gegadis CocoDamia..


Macam2 dah produk CocoDamia ni.. Tapi killer produk still Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Bar..


Wahhh.. Kami dah jumpa rakan niaga strategik... Sebab produk yang dihasilkan turut menggunakan lubanah..


Ingatkan Daim takut.. Rupanya takkk.. Siap usik mulut dan tangan maskot lagi..


Dengan Mama Fatihah.. 
Selalu berkampung kat Brunei sama2 time ada Asean Fair kat Brunei.. Roti Pratha Fatihah memang 5 bintang saya bagi.. Dan Mama penuh dengan cerita2 inspirasi..



Wahhh.. Ada Didi & friends lah..


Sukalah Daim jumpa Didi, Jojo & Nana ya.. Bertepuk tangan bagai..


Eh ada Pak Aji ketuk pintu belakang lah..


Taktik customer paling unik masa #hppnk2017

4 kali datang minta diskaun nak beli #coklatiq..siap ketuk pintu belakang lagi ni.. 

Katanya selalu kalau Warga Emas dapat special Diskaun.. Takkan beli Coklat IQ diskaun sama dengan orang lain.. Haha.. 

Tengah borak borak borak ngan pakcik ni, datang kenalan dia tegur.. Siap cakap "tokey emas beli apa ni".. Hah? Tokey emas rupanya ni.. Tapi minta diskaun yang ampunnnn.. 

Kata pakcik "dalam berniaga ada proses tawar menawar, kalau dapat, rezeki, kalau tak dapat, tak pe.." Tapi tak pe lah pakcik, sebab pakcik buat saya ketawa besar, saya bagilah pakcik special diskaun..😀



Sempat lagi selfie..


Finally dapat pun makan kat Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock yang famous ni.. Selalu nampak orang siap beratur nak beli, this time pun sama beratur juga.. Padahal ayam goreng kunyit je tu 😀..


Bukan peminat mee udang, tapi sekali sekala cuba not bad!


And finally it's a wrap.. Macam biasa hari last event sure ada makan2 bersama my awesome team sambil2 post mortem apa kelemahan dan kekuatan kita sepanjang event tu..


Ok aktiviti penutup untuk HPPNK 2017.. Dari haritu ayah damia nak makan sup gearbox kat Bangi ni.. Tapi this time kurang kick lah supnya.. Gearbox pun langsung tak ada daging. Tak pe, rezeki utk kami haritu...

Yeayyy! Jumpa kami di next event hujung minggu ni pula ya.. Aaamin..














No comments:

Post a Comment