Tuesday, October 10, 2017

Buku teks dan buku sumber dalam tab Edu-Point

Ulangkaji dan buat soalan2 dengan menggunakan tab Edu-Point... 
100% ikut silibus buku teks sekolah dan buku sumber sekolah. Silibus dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan silibus dari luar negara pun ada (lebih susah).

Beli ni pun on the spot masa amik result peperiksaan pertengahan tahun Julai lepas. Ingat lagi masa tu bulan Syawal. Beli kat org jual booth2 kat sekolah tu. 

Aleesya selalu dapat no 2 dalam kelas susah nak bolos no 1 tu sebab subjek bahasa cina susah nak dapat A. 

Sama juga dengan Ayyunie, selalu dapat 6A daripada 8A dan top 5 kat kelas. Sebab yang sama subjek Bahasa Cina susah nak dapat A.

Faktor utama beli ni sebab senang sikit nak translate soalan2 dalam bahasa cina ke bahasa melayu. Just highligh guna jari je dan terus keluar maksud dalan bahasa melayu/bahasa inggeris. Dan pastu saya akan suruh anak2 perkataan yang keluar maksud tu tulis balik dalam buku kosong khas utk vocab bahasa cina je. 

Dan alhamdulillah, keputusan Aleesya meningkat dapat no 1 dalam kelas masa exam penggal 3 aritu. Ayyunie pun meningkat markah dalam subjek bahasa cina dan masih kekal top 5. 

So ni salah satu alternatif membantu juga lah selain tuisyen di pusat tuisyen cina, ayahnya yang tegas bab pelajaran dan ibunya macam singa kalau mengajar dan membebel bab solat. Bukan senang nak mengajar anak2 dalam silibus cina ni.

Hopefully anak2 dapat kekalkan dan tingkatkan momentum lagi... 

Nota 1: Tak payah guna internet. Cuma kena update dari masa ke semasa untuk update silibus. Kalau on internet, tab tu boleh je berfungsi macam tab biasa, snap gambar dan lain2 lagi. Harga sebenar RM3000 termasuk GST, masa beli dapat diskaun school less so bayar RM2776 termasuk GST.. 

Nota 2: Mereka juga makan lubanah/frankincese samada dalam Coklat IQ, dalam bentuk gummy, makan begitu sahaja dan menggunakan frankincese essential oil.. Pun membantu juga ni untuk mudah ingat mudah hafal mudah fokus..insyallah..


Sama macam silibus sekolah..


Nak travel senang, tak payah bawa buku teks dan buku sumber untuk ulangkaji.. Dalam kereta tanpa internet pun boleh siap beberapa set soalan. Yang paling penting kamus All In 1... Tak yah bawa berat2 dah..


Just highlight guna jari ayat yang kita tak faham.. Nanti keluar translatenya..


Ni gambar masa beli bulan Julai aritu.. Memikirkan macam mana nak tingkatkan subjek bahasa cina ni, terus beli. Tapi selepas tanya 1001 soalan kepada penjual tu lah.. Haha.. Well saya very details orangnya.. 


Tengah ajar cara2 nak guna Tab Edu-Points ni.. Btw satu je pemerhatian saya, orang2 cina ni takkan berkira habis duit untuk pelajaran anak2 mereka..


Semoga memberi manfaat kepada anak-anak. Boleh guna sampai SPM nanti (kalau masih relevan).. Good luck untuk exam ya Aleesya dan Ayyunie.. Juga pelajar2 Pusat Bahasa Pelangi khususnya..

#sharingisjariah



No comments:

Post a Comment