Monday, September 18, 2017

Video Zipline @ Boracay


Sumpah!
Masa di Boracay Island, ni antara aktiviti paling mencabar saya dan ayah damia buat. Umpama jantung saya tertinggal di belakang gitu. Tak pun umpama jantung jatuh gedebukk ke bawah. Haha..

Tapi sebab saya dah set mind dari Malaysia lagi yang saya mesti naik Zipline
 ni, sebab tema anniversary tahun ni ialah "mengatasi ketakutan" (al-maklumlah, saya kan paling penakut buat aksi2 adventureous ni), tapi alhamdulillah.. Saya berjaya lakukan dengan ayah damia.

Gambar kat atas tu ambil dari FB travel guide yang uruskan holiday kami disana..
Takut2 seram2 pun boleh senyum lagi tau...


Tapi bila dah lepas je tali yang menggantung kami tu....
Hohoho....bestnya rasa...
Hilang semua ketakutan..
Siap berdoa lambat lah lagi sampai ke check-point..haha
Sambil2 mensyukuri nikmat Allah atas view yang sangat Superb dari pandangan atas..


Ni cabel car zipline yang membawa kami pulang dari check point ke tempat asal semula..
Fuhhh view memang Subhanallah... Indah sangat Dunia milik Allah ni..



Hahaha...confirm ah korang tergelak sakan tengok video ni...
Saya dan beberapa rakan lain masa playback video ni kat Zipline centre pun siap ketawa kikikiki juga..Ayah Damia cakap umpama saya ni macam lembu yang serah diri nak kena sembelih, pastu naik sawan tak nak kena sembelih pula...hahaha..

Ok tak nak cakap banyak, korang enjoy je lah tengok video ni...
Hanya yang merasai je akan faham...haha..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment