Wednesday, July 12, 2017

Shopping emas raya katanya..

Ok, sebelum cerita pasal emas, kita cerita pasal shopping di Pasar Siti khadijah dulu..


Hari terakhir di Bumi Kelate.. Syawal ke 4.. Shopping bekalan rumah bawa balik JB di Pasar Siti Khadijah.. Berdua lebih baik gitu..:-)


Semestinya rempah ratus adalah bekalan utama yang kena beli bawa balik JB.. Antara yang dibeli rempah kerutuk, dalca,  ayam goreng berempah dan gulai darat..


Selain tu aneka keropok, rojak makbee, dan bahan2 masakan yang lain pun tak ketinggalan untuk dibeli..


Hah! Beras nasi dagang dan beras wangi jangan dilupa. Perkara penting tu. Senang ada bekalan siap2 kat rumah. Nak masak je terus ambil.


Kenapa murah sangat makcik..
Terkejut setompok lada besar hijau tu RM1 sahaja, bunga kantan 6 batang baru RM5, lengkuas halia setengah kilo RM3... Kita borong lah cam tu bawa balik JB..

Dan sampai sekarang pun tak habis2 guna lagi semua barang2 yang beli dengan makcik tu.. Dah 2 minggu, nasih cantik lagi bahan2nya..


Dan semestinya barang2 kemas kat Kelate juga menjadi agenda utama untuk dibeli. Apakan nafsu, sehari sebelum 1 syawal haritu dah beli barang kemas juga. Ni 4 syawal pun beli emas lagi. Tak tahan godaan harga murah dan design menarik weiii. Yang paling best sekali sebab tak ada upah tak ada GST. Tanpa fikir panjang terus beli seutas gelang tangan lagi yang harganya RM167 sahaja pergram. Kedai betul2 depan Pasar Siti Khadijah. Fuhh mana nak cari kat JB. Bulan puasa haritu survey kat JB pun paling murah RM183 pergram.


Ni pattern modern yang saya beli sehari sebelum 1 syawal haritu. Kat Kota Bharu juga. Tapi ni area kedai2 moden dah. Niat hati nak trade in cincin lama sebab ada patah kat bahagian pattern tu. Tapi sayangnya sebab beli kat JB mahal, nak trade in kat KB murah. So decided beli baru je lah. Siap set dengan gelang terus. Oklah aset kan. Tapi kedai ni walaupun harga RM163 pergram, tapi ada Upah (agak mahal) dan ada GST. Lepas kawtim kawtim, alhamdulillah. Dapatlah harga within budget. Cincin dan gelang tu nampak simple tapi emas padu tu.

Dan yang paling best dan selamat, sekarang beli emas, transfer online je kar kedai tu juga. Senang dan selamat tak payah pegang duit banyak2 kan. 

Dalam tempoh 5 hari 2 kali beli barang kemas. Tapi tak menyesal pun sebab emas ni kan kebal inflasi. 

Ok sekian cerita emas saya!




No comments:

Post a Comment