Saturday, July 1, 2017

Resepi Nasi Dagang Pressure Cooker

Assalamualaikum..Hai..
Fuhhh hampir 10 hari blog kesayangan ni sunyi sepi je. Al-maklumlah semuanya sibuk untuk sambut Raya dan Syawal kan. Kalau kat kampung lagilah, mana sempat nak update blog. Setakat IG dan FB tu pun curi2 masa yang ada.

Sempena bulan Syawal ni, saya dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ibuayahdamia ni. Kosong-kosong ya. 

Saya balik ke Kelantan pada hari rabu lepas (21/6), dan balik semula ke JB pun rabu kelmarin (28/6) bertolak lepas maghrib. Alhamdulillah khamis (29/6) jam 7 pagi selamat sampai rumah. Traffic sangat lancar. Langsung tidak menempuh kesesakan. Allah permudahkan. Syukur.

Oklah, berbalik kepada tajuk diatas, semalam ada tetami whatsapp on the spot nak datang beraya, kita pun on the spot siap nasi dagang.


Nasi dagang pressure cooker 12 minit, gulai ikan ayo 10 minit siap sebab ikan dah siap2 rebus dan guna instant santan, gulai kerutuk ayam 15 minit siap sebab ayam dah siap2 goreng simpan dalam chiller. Cuma tumis rempah dan masak santan je. Tak sampai 30 minit, dapat makan dengan perut kenyang hati senang :-).. 

Alhamdulillah.. Rasa insyallah sedap sangat..

#nasidagangganu #gulaiikanayo #kerutukayam


Kek coklat yang tak sempat nak deco dan topping, sebab tetamu dah sampai. So makan cam tu pun sedap juga..


Tetamu pertama yang datang beraya untuk tahun 2017 ni. Students Pusat Bahasa Pelangi ler.. Kembar tu anak saudara diaorg. Good luck untuk SPM tahun ni ya.

Berikut adalah resepi Nasi Dagang pressure cooker Ewant cara saya:

1. Basuh 5 pot beras nasi dagang terengganu (campuran beras wangi, beras pulut dan beras merah- saya beli yang dah siap campur). 

2. Masukkan 100ml santan pekat (saya guna santan kotak M&S) dan 100ml air.
Paling baik adjust santan + air tu biar lebih sikit dari paras beras.

3. Kemudian masukkan secubit halba, halia yang dimayang halus serta bawang besar yang dimayang halus. Nak letak daun pandan pun boleh (tapi saya tak letak). Jangan lupa masukkan 1 sudu kecil gula dan 1/2 sudu kecil garam. Kacau2 biar sebati.

4. Kemudian bolehlah masak dengan menggunakan function "rice" pada pressure cooker. 12 minit siap! Semerbak bau nasi dagang tu.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment