Sunday, July 23, 2017

Aktiviti merenggangkan perut muncit masa raya


Alhamdulillah..
Penghujung Syawal..
Nikmat rezeki makan yang tak putus-putus dari Open House..
Walaupun dah makan serba sikit, tapi kalau dah sampai 4-5 buah rumah open house, terik juga perutnya ni kan..haha..


Maka-nya hari jumaat lepas, lepas je balik dari Open House Best FM kat R&R Bistro dalam jam 6 petang, singgah hutan bandar kejap jalan2 lepas angin Daim yang makin lasak dan sibuk nak berjalan, sambil2 ibu, ayah dan kakak2 boleh buat aktiviti merenggangkan perut yang makin muncit tu..haha..


Eh! Tapi ayah damia cakap jalannya 10 minit, bergambar tu yang berpuluh2 minit....
Haha...aktiviti juga ni bang oiii...ingat senang nak pose gitu pose gini ngan anak2 yang makin susah nak bergambar ni....


Ok last!
Ketawa itu kebahagiaan, ketawa itu baik untuk kesihatan.
Jom dorong diri kita untuk ketawa dan sentiasa bahagia.
Aaamin..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment