Saturday, June 3, 2017

Murahnya pulut durian & pulut mangga dan menu 7 Ramadan


Aleesya kalau pergi Bazaar Ramadan memang tak akan miss beli pulut mangga. 

Tapi semalam lain sikit pulut mangganya. Sebab murah sangat! Semalam tersinggah bazaar Ramadan UTM. Ya Ampunnnn.. Murah2 semuanya.. 

Pulut mangga tu RM3.00
Pulut durian tu RM4.00
Pulut durian + mangga tu RM5.00.. 

Murahkan? Setakat yang beli sebelum2 ni pulut mangga tu je pun dah lebih RM5.00

Dah cakap dengan org jual ni nak upload kat FB :-)


Selamat dimakan untuk Moreh semalam..  Sedap + murah + bersih + portion besar. Alhamdulillah.. Nikmat Rezeki kami daripada Allah...


Pembuka iftar #7ramadan semalam.. Puding koktail kastard berkuah.. 
Saja kastard tu letak pewarna hijau bagi naik seri. Pastu masing2 bertambah2 makan.. 

Btw semalam sebelum solat jumaat habis lagi dah siap masak semua. Sebab lepas jumaat nak ke sana sini pula macam2 urusan.


Menu utama semalan #7ramadan...
Sup gearbox kambing..

Ayahnya & Ayyunie makan kuew tiaw sup kambing...

Saya dan Aleesya makan sup ni bersama nasi dan telur dadar..

Srutttt sruttt sedut lemak gearbox guna straw 😹😹
Menu sup memang kegemaran ayahnya dan anak2..



No comments:

Post a Comment