Sunday, June 18, 2017

Buffet Ramadan di dalam Shopping Complex


Semalam...iftar 22 Ramadan..

First time berbuka buffet ramadan di dalam shopping complex..berbuka di The Cafe...senang lepas shopping sekaliharung terus berbuka... 

Seperti yang dijangka, tiada kesempurnaan pabila dah ramai2 sangat kan.. Tapi dalam keadaan tiada pilihan, ambil je peluang yang ada depan mata.

Nama je buffet ni.. Tapi half buffet half served. Maksudnya atas meja dah siap2 terhidang makanan buffet yang disediakan. Dah lepas berbuka barulah makanan buffet dikeluarkan. Menu sama pula tu macam yang terhidang atas meja.. Makanan sedap dan ada rasa.


Dewasa harga RM38, kanak2 harga RM18. Tapi rasa ralat disitu sebab tak semua menu tertera ada. Kalau ubah menu pun masih boleh diterima. Tapi dikurangkan pula menu. 

Tapi tetap full house juga. Seperti saya katakan tadi, tiada pilihan. Kerana rata2 cafe dalam Angsana Mall semalam full booked dan fully reserved. Sampaikan KFC, Kenny Rogers dan fast food lain pun kena tambah meja kat luar juga..

Yang bestnya kat Surau Angsana Mall ni sentiasa ada solat berjemaah dan terawih juga. Nak masuk surau pun teringat dah macam tawaf.. Alhamdulillah.. 


Daim happy sebab dia dapat berbuka puasa dulu.. Haha..


Daim dengan songkok pertama dan barunya. Paling kecik saiz 9. Nasib baik ngam2..

Maka tamatlah shopping raya tahun ni.. Kalau ada pun just top up tudung, kasut, pakaian kasual dan lain2. Untuk anak2 je. Ibu ayah pakai je apa yang ada. Yang penting silaturahim terjalin..

No comments:

Post a Comment