Tuesday, June 20, 2017

Buffet Ramadan @ Cafe Rumah Melaka


#throwback
#16ramadan
#11june2017

Transit & Overnight di Melaka..
Buffet Ramadan sebelah hotel je..
At Kafe Rumah Melaka...di Bukit Katil..
Dewasa RM25, kanak-kanak RM15


Memang kampung style..
Tempat tak luas sangat..


Aneka menu masakan kampung..
Ada rebung cili padi, jantung pisang masak lemak putih, ikan gelama berlado, ikan keli, dan lain2.. Ada jugalah beberapa menu moden yang lain..


Full house haritu. Nasib baik masa saya call ada lagi tempat last reservation dah.. Request baby chair pun dah tak ada. Mujurnya sebelum azan maghrib Daim dah tidur dalam stroller dia..


Tempat ambil manisan, minuman dan kuih muih..


Parking senang kat depan tu je..


Sahurnya pula kat Bayoou Lagoon Resort..


Sup kambing masa sahur.. Banyak jugalah makanan..


Rasanya dah 3-4 kali stay hotel ni. Senang. Harga berbaloi dengan keadaan bilik yang luas. Lagipun malas nak hadap jammed kalau ambil hotel di bandar Melaka. Ralatnya sebab budak2 saya tak benarkan main air je walaupun dah ada wristband. 





Monday, June 19, 2017

Buffet Ramadan @ Seven Oaks

Cerita iftar 21 Ramadan
16 June 2017 (jumaat)


First impression kami..

Kakak kata macam makan dalam istana..
Adik kata macam makan kat oversea..
Suami kata ni dah macam Hi-tea buffet.. Sukalah tu.. Taste dia sebegini..
Saya kata everything dalam ni semuanya cantik


Kalini tempahan atas nama saya sebab saya yang buat reservation. Ayah damia busy pergi service dan polish kereta..



Tengoklah kecantikan deko dalam bakery cafe ni..tak puas mata memandang..


Aneka kek dan roti ada.. Tapi yang ni tak termasuk dalam pakej buffet lah..


Buah yang jarang2 anak2 saya jumpa.. Selalu jumpa dalam tin je. Bila dapat makan yang fresh... Banyak kali pula budak2 ni repeat makan..


RV dan MC tu sedap sangat.. Ntah berapa slice dah Ayyunie ulanh alik amik makan..


Ni feveret saya dan Daim.. Makanan berasaskan tauhu memang best!


Sembang 2 beranak..


Bersungguh Daim sembang ngan ayah ya..


Nak naik tingkat 1 ambil makanan buffet dan tingkat 2 surau boleh naik lif kaca ni..


Kalau rajin boleh juga naik tangga. Kai naik tangga je senang ambil makanan..


Ni suasana tingkat 1 tempat buffet disediakan.. 


Pemandangan ground floor..


Suka ya Daim makan kat sini...


Paling suka makan macaroni cheese..


Ayyunie tanya " boleh bawa balik seekor tak beruang tu"? Haha...


Rumah kedai biasa, tapi dekorasi luar biasa..really inspired



Lepas makan dan solat, terus ke Mood Republik pula. Orang ramai beratur tapi tak sesak. Lepas saya balik jam 9:45 malam, fuhhh makin ramai.

Btw saja pergi mood republik nak merasa. Tapi sesungguhnya ia bukan jiwa saya. Angsana juga tempat yang sesuai..

   
Oh ya bagi sesiapa yang nak cuba buffet ramadan disini, tu harganya. Dewasa RM38.80, kanak2 RM28.80.

Btw surau kat sini kecil je. Just ada penghadang je. Campur lelaki perempuan. So kalau time ramai2 nak solat, memang agak packed. Pandai2 lah merancang bila nak makan bila nak solat ya.

Happy iftar semua!






















Sunday, June 18, 2017

Buffet Ramadan di dalam Shopping Complex


Semalam...iftar 22 Ramadan..

First time berbuka buffet ramadan di dalam shopping complex..berbuka di The Cafe...senang lepas shopping sekaliharung terus berbuka... 

Seperti yang dijangka, tiada kesempurnaan pabila dah ramai2 sangat kan.. Tapi dalam keadaan tiada pilihan, ambil je peluang yang ada depan mata.

Nama je buffet ni.. Tapi half buffet half served. Maksudnya atas meja dah siap2 terhidang makanan buffet yang disediakan. Dah lepas berbuka barulah makanan buffet dikeluarkan. Menu sama pula tu macam yang terhidang atas meja.. Makanan sedap dan ada rasa.


Dewasa harga RM38, kanak2 harga RM18. Tapi rasa ralat disitu sebab tak semua menu tertera ada. Kalau ubah menu pun masih boleh diterima. Tapi dikurangkan pula menu. 

Tapi tetap full house juga. Seperti saya katakan tadi, tiada pilihan. Kerana rata2 cafe dalam Angsana Mall semalam full booked dan fully reserved. Sampaikan KFC, Kenny Rogers dan fast food lain pun kena tambah meja kat luar juga..

Yang bestnya kat Surau Angsana Mall ni sentiasa ada solat berjemaah dan terawih juga. Nak masuk surau pun teringat dah macam tawaf.. Alhamdulillah.. 


Daim happy sebab dia dapat berbuka puasa dulu.. Haha..


Daim dengan songkok pertama dan barunya. Paling kecik saiz 9. Nasib baik ngam2..

Maka tamatlah shopping raya tahun ni.. Kalau ada pun just top up tudung, kasut, pakaian kasual dan lain2. Untuk anak2 je. Ibu ayah pakai je apa yang ada. Yang penting silaturahim terjalin..

Friday, June 16, 2017

Banyaknya hamper raya by CocoDamia


Misi siapkan hamper raya for companies, hantaran merisik, hantaran kahwin, gift box untuk Father's Day dan juga doorgifts kahwin. 

Semoga keberkatan waktu menjadi milik team CooDamia. Sebab last pick-up & COD adalah pada 22/6/2017 (khamis). Moga2 sempat siap semuanya.

Yang nak order sempat lagi ni. Just whatsaap 010-6468383 atau terus walk in ke 
GO-JB CHOCOLATE
52, Jalan Enau 15,
Taman Teratai, Skudai.

#chocolate #cocodamia #hamperraya #oleolecocodamia #GOJBCHOCOLATE #doorgifts #fathersday


Still on progress...

Thursday, June 15, 2017

Dari Pejabat Menteri Besar


Terima kasih pegawai berita dari Pejabat Menteri Besar Johor datang interview CocoDamia. Rezeki Ramadan bertalu-talu. Datang dalam pelbagai bentuk. 
Kita tunggu next month keluar dalam majalah Johor ya.

#cocodamia #oleolecocodamia #GOJBCHOCOLATE

Wednesday, June 14, 2017

Perfect Chocolate Raya Gift

Perfect Raya Gift for your loved one!

This exclusive box of chocolates will surely amazed them.

Including: 

🎁 Generic Magnet Box
🍫 25 pcs Praline Chocolate (can choose designs & flavours)
💼 Square Paper Bag
💰 RM60 only.. 

Tq customer for choosing us #cocodamia & #GOJBCHOCOLATE

#chocolate #giftbox #chocolategift #fathersday #oleolecocodamia #hamperraya



Tuesday, June 13, 2017

Meaningful gifts to celebrate Ramadan

Meaningful gifts to celebrate Ramadan.

Thank you for choosing us, Entrepreneur Development Centre (EDC) of Johor.

10 pcs handmade praline chocolate in handmade deco gift box.

To place order, kindly whatsaap 010-6468383 or email cocodamia@yahoo.com

GO-JB CHOCOLATE
52, Jalan Enau 15, Taman Teratai,
81300, Skudai, Johor

#cocodamia #oleolecocodamia #GOJBCHOCOLATE #corporategift #chocolate #chocolategift








Flavour of chocolate:

Orange, mocha, dark choc, milk choc & crunchy choc.





Sunday, June 11, 2017

Engkau Pergi Jua..



Alhamdulillah..

Selesai dah majlis pengebumian abang sulung saya Tuan Haji Imam Malek jam 10:30 pagi tadi. (Meninggal jam 4:30 pagi di KPJ Tawakal KL)

Innalillahiwainnalillahirojiun

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Aamiin Ya Rabbal Alamin.. 

P/s: Allah permudahkan perjalanan kami JB-KL 2 1/2 jam sahaja. Sesungguhnya kuasa Allah tiada batasannya.

Saturday, June 10, 2017

Seafood Buffet di Nonies Restoran, Senibong

Semalam saya balik lambat..
Sebab nak siapkan ratusan corporate gift untuk sebuah company ni..
Sampai rumah pula dalam jam 6 petang.. Alih2 tengok ada org tengah pasang lampu pula..

Mujur ayah damia dah tempah berbuka awal2 kat Nonies Restoran ni..
So dalam jam 6:40 juga baru bertolak dari rumah...

Bukan dekat oooo.. Jauh.. Dengan jammed pula..
Memang berbuka dalam kereta lah dulu..
Sampai kat Nonies Restoran dalam jam 7:30 petang gitu..
Sampai2 je ya ampunnn... Parking semua penuh.. Orang pun ramai sangat2 kat Nonies Restoran tu..


Nak tahu ramai tak ramai..
Siap kena pakai wristband tau..
Hahaha.. First time ni makan buffet kena pakai wristband..
Tapi betul juga.. Kalau dah ramai2 sangat.. Mana tahu siapa dah bayar siapa belum bayar kan..


Kat atas sana semua penuh..
So meja kami kat lorong tengah2 ni..
Tapi ada hikmahnya juga..
Depan meja kami stall kambing bakar..
Belakang kami pula stall ikan bakar..
Memang ini je lah menu yang kami terjah dulu..
Daim pun bukan main lagi suka makan kambing bakar ya..


Tak sempat nak rasa ikan bakar.. Sebab asyik ramai je orang dan kena tunggu pula tu..


Pheww.. Memang ramai2 sangat orgnya..

Last week saya dah call nak tempah makan kat sini.. Ayyunie Aleesya lah yang beria-ia nak sangat makan kat sini.. Tapi full booked. Sampai tak boleh adjust langsung dah nak add on tempat..

Mujur semalam masih ada tempat.. Tu pun pagi lagi dah tempah siap2..ayah damia yang uruskan sebab saya seharian busy dikilang..


Memang ramai yang amat.. Tapi alhamdulillah kami dapat tempat yang selesa dan tak panas..


Lauk pauk seafood semua memang banyak dah habis.. So nak tunggu refill tu agak lama.. Kebetulan kami sampai tu, udang goreng nestum ni baru siap.. So ratah ni dulu..


Memang kebanyakan makanan adalah berasaskan seafood.. Nama pun seafood buffet.. Tu yang anak2 suka datang makan kat sini walaupun bukan bulan Ramadan..


Pulut mangga sampai ambil sorang satu.. Saya je tak sempat nak merasa sebab melayan Daim makan spagetti sedap ya..


Stall buah-buahan dia... Mewah dan meriah..

Lepas tu anak2 dan ayah damia berhenti makan kejap untuk solat maghrib. Surau pula kat depan tu je.. Pastu sambung balik makan..


Lepas tu ayah damia sambung balik solat isyak berjemaah dan terawih berjemaah. Makanya kami pun apa lagi? Makanlah sikit2 apa makanan yang masih ada dan sambil2 snap sana snap sini..


Suka betul ya Daim dapat jalan2..
Pantang nampak kamera, mesti senyum..


Opsss.. Ada pula yang photoboom kat belakang tu.. Tak pe lah buat penyeri.. Hihi..


Dah tak ramai org kat restoran.. Masing2 beransur pulang.. Kami je yang sabar menanti ayah damia habis terawih..


See memang penuh meja kan.. Ni baru area sini je.. Area atas lagi, area tepi laut lagi, area sana lagi.. Haha..


Dah boring sangat tunggu ayahnya habis terawih, mulalah macam2 kerenah anak2 dara.. Habis dililit2 tudung saya hah.. Kih kih..


Wefie.. Alaaa.. Daim pandang apa tu..


See.. Sambil menanti ayah, sempat lagi selfie budak Ayyunie.. Haha..


Pandai selfie guna kamera mirrorless ibu ya..

Dan alhamdulillah.. Jam 9:15, ayah damia pun selesai solat terawih. Wahhh cepat juga 8 rakaat terawih kat sini.. Ayah damia kata sebab bacaan surah lazimnya pendek2 aje.. 


Info harga untuk yang berminat nak berbuka disini. RM38/person untuk dewasa, RM25/person untuk kanak2..

Btw kalau makan buffet biasa bukan dalam bulan ramadan pun, itu juga harganya.. Tapi puas hati.. Harga sangat berbaloi.. Ni seafood buffet, bukan buffet biasa2 tu.. Kalau awak order ikan siakap seekor masak 3 rasa, memang seekor lah awak dapat..


Ni antara juadah yang disediakan. Alhamdulillah.. Kualiti makanan memang best! Cuma pabila dah ramai2 ni, kuantiti makanan tu harus dijaga.. Agar semua customer dapat merasa...

Alhamdulillah untuk iftar #14ramadan