Friday, April 28, 2017

PROMO sempena Mother's Day



❤️MOTHER's DAY❤️
❤️HARI IBU❤️

Dah ada idea nak bagi hadiah apa untuk ibu sempena hari ibu bulan Mei nanti?

Simple - Elegen - Eksklusif- Menyentuh Jiwa

GO-JB Chocolate, menyediakan set hadiah "CHOCOLATE HEART SHAPE GIFT BOX" sempena Hari Ibu.

Yang menariknya, anda boleh request tulisan panggilan untuk ibu anda, spt ibu, mak, mummy, mama dan lain-lain tanpa caj bayaran tambahan.

Dalam tempoh terhad juga, pembelian set Hari Ibu akan dapat PERCUMA satu set tuala muka. *selagi stok masih ada*

Dan Chocolate bentuk LOVE tu crunchy chocolate. Tidak muak, tidak manis dan tidak melekit ditangan. Insyallah..

Harga untuk 1 set? Hanya RM35.00 sahaja. Berbaloi2 kan.

Boleh kunjungi galeri:

GO-JB Chocolate
52, Jalan Enau 15,
Taman Teratai, Skudai
Johor

Ahad - Jumaat : 8am -7pm
Sabtu : Cuti

Untuk tempahan:

www.wasap.my/60106468383/hariibu 

#chocolate #oleolecocodamia #darijbuntuksemua #GOJBCHOCOLATE #mothersday #teachersday #fathersday #parentsday #specialday


Pasti tersenyum terharu penerimanya..


Boleh jengok2 fanpages: Ole ole CocoDamia untuk more updates..

Terima kasih semua..

Thursday, April 27, 2017

Gold Coast, Australia II Peter's Fish Market

Lepas balik dari Sea World, kami menuju ke Philip's Fresh Market pula.

Jarak dari Sea World ke Fresh Market lebih kurang 1KM. So decided jalan kaki je lah dari Sea World. Tapi sangkaan kami meleset sebab kaki both Damias lenguh dan penat sangat. Masing2 surrerder nak jalan. Sampaikan menangis Aleesya tu lenguh kaki. Tapi nak tahan teksi atau panggil uber lagi tak berbaloi sebab tempatnya dah depan mata. Cuma kena jalan lah sikit. Last2 ayah damia gilir2 mengendong Ayyunie dan Aleesya. Saya pula maintain tolak buggy Daim laju2.

Ya Allah.. Kesian pun ada kat ayah damia. Ya lah Ayyunie tu berat 45kg. Memang separuh nyawa lah dukung dia. Aleesya ok lagi sebab baru 28kg. Apa2 pun terharu dengan pengorbanan seorang ayah sanggup buat apa saja untuk anak2 asalkan kami enjoy percutian kalini.


Ok. Finally dalam kepenatan dan kelenguhan sampai pun kat Gold Coast's Fisherman port.


Ni lah marketnya. Dalamnya semua produk fresh from sea. Ada juga kitchen yang kita boleh terus suruh masak seafood mentah yang kita pilih tu. Kat luar pula disediakan tempat makan dan santai2 menikmati seafood tu.


Saya hairan kenapa udang2 kat sini semuanya warna merah keperangan. Tak macam udang2 kat Malaysia. Siapa boleh tolong jawab.


Beli seafood & fish @ Philips Fresh Market.. Konon beli ikan fresh nak masak asam pedas (siap bawa pes), tapi sebab tak nak tolak nikmat makan ikan fresh Aussie, maka makan bakar je lagi nikmat.. Isi ikan kental dan tak hanyir langsung.


Kalau tak convert duit RM, murah dah tu..


Beli tanpa was-was..


Burung apa dah org panggil ni ya.. Memang banyak kat area makan ni..


Dan taraaa..
Ni lah menu dinner kami..
Fresh2 bakar, pastu ratah lauk je.. Hihi..

Nanti sambung cerita kami di Warner Bros, Movie World pula..

Wednesday, April 26, 2017

Ejen Raya Chocotart (Ini coklat, bukan kuih raya biasa)


Jom jana duit raya bersama cocodamia;

Dengan Modal serendah RM330 anda boleh gandakan berlipat lipat menjelang puasa dan hari raya nanti...jangan berlengah lagi, jadi yang terawal menyertai kami:

 Jom buat duit raya dari sekarang !! 

<<AGEN CHOCOTART >>

Ini coklat tau! Bukan kuih raya biasa!

Coklat tebal & ada topping.
Crust tart yang rangup sekali.

Nak makan macam coklat biasa, simpan dalam suhu bilik.
Nak makan coklat leleh, panaskan dalam oven 1 minit sahaja. 

Chocotart ni memang sedap.
Ramai yang repeat order termasuk warga Singapore. Ramai yg order. Lagi2 musim raya dan time nak buat keraian.

6 perisa :-
✔ Cornflakes
✔ Almond
✔ Cappucino
✔ Nestum
✔ M&M
✔ Oreo

Kelebihan jadi agen, min order yg rendah. 
Tapi keuntungan yang besar sebab anda yg tentukan sendiri keuntungan yang anda nak. 
Yg betul-betul berminat whatsapp 
www.wasap.my/60106468383/agenduitraya

Atau PM Fanpages: Ole Ole CocoDamia

Hanya agen yg serius nak buat duit sahaja diperlukan.

#oleolecocodamia #darijbuntuksemua #GOJBCHOCOLATE #chocotart



Minggu ni para ejen dah boleh start ambil stok dan datang untuk rasa..


Chocotart Cornflakes


Chocotart Nestum


Chocotart Cappucino


Chocotart Oreo


Chocotart M&M


Chocotart almond..

Jom sama2 berbagi rezeki..
Aaminn





Sunday, April 23, 2017

Impiana Hotel KLCC


Otw nak ke KL, singgah breakfast di Kari kambing 40 hari dulu..

Daim tengok je tau kari kambing tu... Makan steamed potato + cheese sauce yang ibu bekalkan aje.. Ayah, ibu & kakak2 memang pantang lalu sini, mesti nak singgah.. Haha..


Sampai Impiana Hotel jam 1 tengahari.. Sementara tunggu ayah check-in, Daim melawat kawasan dulu.. Aktifnya lahai..


Sebelum ibu tinggalkan Daim kepada helper dan kakak2... Bagi minum susu dan makan siap2.. 

Lepas tu jam 2 pm, ibu dan ayah pun ke Kuala Lumpur Convention Centre yang jaraknya tak sampai 5 minit pun depan Impiana Hotel ni. Memang sengaja cari hotel yang dekat accessnya dengan Convention Centre kot2 Daim nangis tak biasa dengan helper ke kan, senang nak balik. Kereta pula parking valet RM24 sehari. Senang depan mata.


View dari bilik tingkat 6 kami. Betul2 depan swimming pool hah! 


Bilik pun just nice.


Macam2 ada untuk basahkan tekak samada cold atau hot drink. 


Bathroom pun best. Ada bathtub. So both Damias sempat juga berendam.


Habis sesi penganugerahan di Convention Centre, jam 5 dah sampai bilik. Tak sampai 10 minit melabuhkan pungguh, eh eh ting tong ting tong ada complimentary lah. Sebiji2 buah mangga, pisang, naga, oren, epal hijau dan epal merah diberinya. Selalu complimentary  buah yang dah siap dipotong.

Mujur ada jari jemari lentik helper yang tolong kupaskan dan potong buah-buah ni.


Jam 6 petang, saya dan helper bawa anak2 ke swimming pool pula. Sementara ayah damia berehat dalam bilik.


The swimming pool. Cantik dan cool!  Complementary green apple kat sini. Ambillah berapa banyak pun yang nak. Janji jangan membazir ya.


Dan taraaa.. Inilah my helper a.k.a babysitter Daim dan Both Damias. Dulu dia bekas student saya, pastu jadi staff aka PA saya juga. Lepas tu sambung belajar kat UPM sekarang. So both Damias memang dah serasi dengan dia. Alhamdulillah. Daim pun ok ngan kakak Diana ni. Kalau tak, takkan lah ibu bagi kebenaran diaorg semua jalan2 dan makan2 kat KLCC sementara saya dan ayah damia dating tengok movie kan. Hihi..


Bertolak dari Impiana Hotel KLCC jam 3 pagi, ngam2 sampai depan office azan subuh untuk mandi dan tukar baju sekolah.

6:30 pagi sarapan pula. Dengan pakej Daim sekali bangun sarapan. Aleesya sampai sekolah macam biasa sebelum jam 7 pagi.

Setiap saat kemanisan ada pengorbanan yang perlu ditempuhi. Terutama MASA. 

Btw masa ni babysitter Daim & both Damias masih lena diulit mimpi kat hotel.

Sekian..


Thursday, April 20, 2017

Penganugerahan Pemenang SUPERB oleh YB KJ



18 April 2017 
Selasa
Kuala Lumpur Convention Centre

Alhamdulillah.. Done!
Sesi penganugerahan pemenang2 SUPERB oleh Jabatan Perdana Menteri, TERAJU disampaikan oleh YB KJ di atas kejayaan projek Inovasi Cocodamia "Ole Ole Coklat Kerepek".. 


Wahhh.. Satu penghargaan untuk winners..cari-cari dimana saya?


Yeayy.. I'm the winner..


YB KJ sedang memberi ucapan.. Sempoi je..


Pengacara Hani wachaaa dan Aidid Marcelo.. 


Betullah tagline YB @khairykj untuk branding dirinya sendiri.. Tall, dark & handsome with brain (saya tambah 😁). Dan lagi satu saya nak tambah sporting sangat! 
Terima kasih untuk inspirasi & aspirasi belia dan keusahawanan.. 


Bersama pemenang2 SUPERB Siri 2, 2015... 


Sempat lagi YB KJ tanya "mana coklatnya?"...:-)


Dan inilah kami..suami isteri. Kami saling melengkapi. Tak ada dia, saya pun susah, tak ada saya dia pun susah. 

Semoga Allah memberi kami kekuatan dan keberkatan untuk mengharungi liku2 perjalanan hidup dan business kami. Sesungguhnya Allah maha penyayang dan pemurah. Ya Allah.. Permudahkanlah setiap urusan dan perjalanan untuk mencapai kebahagiaan dan cita-cita kami.

Sesungguhnya kemenangan dan kebaikan ini semua datang daripadaNya.. Aaamin..


Bersama Coach Rostam, yang banyak memberi pandangan dan idea dalam business kami..


Bersama pihak Techonology Park Malaysia, orang yang bertanggungjawab memegang amanah duit kemenangan kami. 




Wednesday, April 19, 2017

Dating tengok movie Fast & Furious 8


Jauhnya tengok Fast & Furious 8..
Sampai ke TGV Suria KLCC..

Setelah sekian lama tak dating tengok wayang since ada Daim..

Finally dapat juga tengok Fast & Furious 8! Saya dan ayah damia memang peminat movie ni. So malam tadi kami betul2 enjoy the moment.

Review saya? 5 bintang! Mana pernah Movie Fast & Furious ni mengecewakan penonton. Malah selalu je ada kejutan aksi2 yang tidak disangka2.

Tapi pengajaran yang paling penting dalam movie Fast & Furious ni adalah "kekeluargaan". Memang masa saya tengok baby anak Dom dalam movie tu, asyik teringat kat Daim je. Cam mana lah Daim tu, dah makan ke belum, nangis ke tak, dah balik hotel belum.. Huhu.. Al-maklumlah 24/7 asyik ngan ibu je. 

So bagi peminat movie Fast & Furious 8 ni, tak menyesal tengok! 

Siap beli set botol air Fast8 lagi sebagai tanda peminat movie ni ya. Hihi..

P/s: Ayah Damia beli tiket via online. Tak ada tiket pun sebenarnya. Hanya ada barcode dalam HP untuk discan masa masuk nanti..:-)

Monday, April 17, 2017

Gold Coast, Australia || Great Accommodation at Sunset Island Resort


Inilah accomodation kami sepanjang berada di Gold Coast, Sunset Island Resort. Kedudukannya bukan di tengah2 attranction Surfer Paradise. Di pinggir sahaja. Tapi jalan kaki ke Surfer Paradise tu dalam 10-15 minit juga. So memang kalau malam2 kami nak ke area Surfer Paradise atau beli barang di Pasaraya Woolworths kami enjoy je jalan kaki.

Saya buat pilihan hotel ni  pada mulanya kerana ada tempat parking kereta yang luas dan percuma serta jauh dari kebisingan pub-pub dan kenderaan di tengah bandar. Memang just nice view hotel ni untuk kami sekeluarga. Tak sibuk pula tu. Admin yang menguruskan pula dari bangsa cina dari China. Sangat helpful dan friendly.


Day 2 sebelum tunggu uber sampai untuk ke Sea World. 


Ni lah pemandangan depan hotel kami. Sejuk mata memandang. Banyak pokok2. Orang2nya tak nampak pula.. Hihi


Mula2 masuk ke apartment kami. Suka2 sebab luas dan bersih.


The kitchen have everything you need to cook..including dish dryer ya.. 


Bilik Aleesya dan Ayyunie..
Cantik view depannya..


Master bedroom untuk Daim..
Kat luar beranda tu siap ada BBQ Pit, kerusi dan meja untu santai2 serta tempat jemur baju..


Bathroom dalam master bedroom..


Comfortable untuk kami sekeluarga..


Gambar dari Agoda


Ok yang ni paling tak tahan.. Ayyunie ngomel "alaaaa ibu ni, ingat kat rumah je kerja adik masuk baju kotor dalam mesin, pastu masuk baju dari mesin dalam dryer, kat Gold Coast pun adik kena buat juga, rasanya sampai adik besar kena buat kerja ni".. hahaha.. 

Sorry lah Ayyunie.. Nak pahala lebih kenalah selalu tolong ibu tak kira kat mana ya..


Walaupun hotel ni ada swimming pool dan jacuzzi pool, hanya Ayyunie sorang sahaja yang tak reti penat nak mandi dalam pool ni. Yang lain surrender masuk bilik lepak2 baring2 lagi best kalau petang2 kami balik dari theme park. Kecuali ayahnya lah temankan Ayyunie mandi sambil surfing internet.


Dan sehari sebelum check-out, akan ada satu messenger sebegini. Sebagai remind sebelum check-out kena pastikan semua kitchen items kena dibersihkan, dikeringkan dan juga simpan ditempat asal selain dari semua sampah2 kena buang di tong sampah besar di tingkat bawah sekali. 

Pendek kata, cam mana awak masuk, cam mana jugalah awak keluar. Kecuali tuala2, toto dan cadar jangan rajin nak basuh pula.

Bagi saya bagus juga camni.. Attitude dan disiplin dari awal tu penting. Tapi kalau hotel kat Malaysia, kirim salam lah nak kemas bagai kan. Lagipun incase kalau tak kemas, nanti bond (deposit) sebanyak AUD 300 akan dipotong. Dan alhamdulillah ayah damia dapat balik semua bond yang direfund dalam tempoh seminggu.

Saya booked hotel ni seminggu sebelum check-in dengan harga RM1,031.97 untuk 3 malam. Ok sangat kan!