Tuesday, March 14, 2017

Mee Cambo Bangkok Farra Cafe & Char Kuew Teow Tepi Sungai

Kan dah kata..
Pabila balik Kelantan..
Ada je tempat2 menarik yang ingin kami pergi untuk mencuba selera..
Sambil2 membawa keluarga bersama untuk merapatkan ukhwah dan kasih sayang..

So balik Kelantan kalini, ayah damia membawa kami makan di Mee Cambo Bangkok Farrah Cafe..

Cafenya biasa2 sahaja. Tak besar sangat. Tapi Ya Allah.. Orang punyalah ramai makan kat sini. Bersilih ganti orang masuk. Sampaikan meja2 instant pun terpaksa dibuka kat luar sana.

Farra Cafe ni menu2nya kebanyakan adalah dari Thailand seperti boat noodles, pulut mangga, tom yam dan lain2. Masakan panas dan western pun ada juga.

Tapi yang paling membuatkan Farra Cafe ni viral adalah Korean Dessertnya. Fuhh nak tahu apa tu? Check it out!


Ni lah yang viralnya. 
Bingsu Honeydew.
Jenuh jugalah kami sekeluarga dok memerhati Bingsu ni. Dalamnya ada apa, cam mana boleh jadi bulat2 cam tu dan macam2 lagi lah.. Haha..


Saya order ni.
Bingsu Melon.
Saya kan pencinta buah dan sayur2.. So no hal lah habiskan setengah biji tembikai ni. Oh ya kat dalam tembikai ni dikorek2 isinya bulat2 dan dijadikan hiasan seperti dalam gambar. Pastu yang dalamnya tadi tu dimasukkan ais parut yang dicampur dengan susu. Lepas tu letak lah ais krim dan tabur sedikit kekacang.


My BIL order Bingsu Mix ni..


Btw ada beberapa jenis Bingsu lagi seperti tertera dalam menu diatas..


Boat noodles..
Dah biasa makan kat JB..
So tak jakun sangat..
Tapi yang peliknya apesal semua mangkuknya sama dan harga pun mesti sama RM1.90.
Haha..


SangKaya ni tak lain tak bukan order untuk Daim lah.. Eh tak lah untuk org lain juga. Ada 3 set kami order.


My big family in law..
Ni pun ada 3 family perantau yang tak balik..


Sukanya Daim mam mam mam..
Kanak2 semua makan chicken chop.. Sedap..


Masing2 berselera makan. Tapi yang dewasa kebanyakannya order nasi lah kan..


Ingatkan lepas makan terus balik..
Haihhh.. Rupa2nya makan lagi..
Otw balik kami singgah di Char Kuew Tiaw Tepi Sungai. Saja nak merasa Char Kuew Tiaw disini. Nampak ramai betul orang. Tapi kalini kami order makan kongsi2 dah. Al-maklumlah perut pun rah kenyang. Saja nak merasa je.


Penuh kerusi meja..
Nak makan pun kena tunggu meja kosong..
So far bagi saya so-so je Char Kuew Tiaw kat sini... Bukan saya sorang je review cam tu...Ayah Damia pun sama... Maybe sebab ada lagi sedap yang pernah kami makan. Tapi tak pe boleh improve lagi tu.


Dan keesokan harinya..
Nikmat makan lagi..
Kalini kami ipar duai rewang untuk majlis solat hajat pula. Antara menunya kerutuk kambing, daging masak kicap, kerabu beko & perut, ikan goreng dan pemanis mulut kuih asam gumpal. Bestt weiii.. Memang kerjanya asyik makan je lah balik kampung kalini.

Alhamdulillah.. Selesai sudah Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat. Semoga urusan perniagaan, keluarga dan perjalanan kami semua dipermudahkan. Ada kesempatan kita buat majlis solat hajat di Johor pula ya. Aaaminn..

Terima kasih Allah atas nikmat2 semua ini..






No comments:

Post a Comment