Sedihnya saya sebab lens 50mm favourite saya ni dah rosak sampai komponen dalaman pun dah terkeluar ni.
Haihhh.. Merajuk ke sebab lama dah tak guna. Rosak ni pun dah lama since Oktober tahun lepas lagi.
Jadi semalam saya pun beria-ia lah ke Kedai gambar di Angsana Mall untuk membeli lens yang sama yang baru. Tapi yang hairannya pabila saya masuk je kedai gambar, mulut saya ni tak terkeluar pula pasal lens ni, tapi boleh pula tanya tauke kedai tu kamera kompak tapi hasilnya setaraf DSLR atau hasil gambar ada bokeh.
Terus tauke tu ambil Canon Eos M10 ni dan tunjuk kepada saya. Mungkin dia boleh agak saya ni Canonian sebab saya ada keluarkan DSLR Canon saya tu. Saja bawa dalam beg kot2 lens apa lagi yang sesuai dengan DSLR lama saya tu.
Tapi setelah saya meneliti dan memerhati perincian dan fungsi yang terdapat dalam Canon Eos M10 ni, tanpa tersengaja saya TERBELI pula kamera digital ni. Btw memang dah lama pun saya nak beli kamera kecil tapi hasil profesional macam DSLR ni. Since mengandung lagi sebab tak larat dah nak bawa DSLR dan lens yang besar tu time travel. Kalau semata2 nak photoshoot ok lah kan.
Ni hasil pertama dari Canon Eos M10 yang saya beli. Tauke tu yang snapkan. Btw sebenarnya masa ni tengah hands on cara2 nak guna kamera digital ni. Wahhh suka suka dengan hasilnya. Ni hasil lepas transfer dari kamera ke handphone via wi-fi.
Macam2 functions ada dalam Canon Eos M10 ni. User friendly macam kita guna handphone juga. Cuma tak leh buat call je. Hihi..Gambar pun flawless dan setaraf DSLR saya dulu.
Ni pula hasil guna setting "Food" masa makan mee celup petang semalam.
Sumber gambar: google
Dan antara sebab-sebab saya terus beli kamera digital Canon Eos M10 ni tanpa fikir panjang tapi masih waras lagi adalah kerana:
1. Ringan dan kecil. Tapi hasil setaraf DSLR. Ini memang saya suka sangat2. Sebab dah beberapa kali travel memang berkira2 nak bawa kamera dan lens besar ni. Sejak2 ada baby Daim ni, kalau boleh handbag pun tak nak bawa. Haha.. So memang sesuai lah dengan situasi saya sekarang yang ada baby kecil kamera yang ringan ni. Saiz pun sebesar tapak tangan kita je ni.
2. User friendly mengikut teknologi sekarang. Kalau dulu DSLR nak adjust atau setting kena pusing2 punat/button tu. Lepas tu kena mahir juga nak tukar shutter ke, AF ke dan lain2. Ni semua auto. Tapi kalau nak adjust manual pun still boleh lagi.
3. Yang bestnya Canon Eos M10 ni, ada screen dan function untuk kita selfie/swapfoto. So dah tak yah susah2 dah suruh orang lain tolong snapkan gambar kita sekeluarga. Agak2 nak pemandangan yang lebih luas, letak je kat monopod yang sesuai dan snap.
4. Hasil rakaman video pun jelas dan bagus.
5. Harga yang agak berbaloi dengan fungsi yang ada pada kamera ni. Harga kamera + lense semalam saya beli RM1900. Tambah RM150 untuk lens protector. Total RM2050. Aksesori2 lain pandai2lah bodek tauke kedai bagi free. Hihi...
6. LCD touch screen yang boleh dipusing nak ke atas. Wow.. Senang sikit touch2 macam handphone. Jimat masa banyak tu.. Hihi..
7. Dengan apps Canon Camera Connect, kita juga boleh ambil gambar dengan menggunakan handphone kita. Apps tu dalam android dan apple store pun ada. Memang menyenangkan!
8. Hasil gambar2 juga boleh ditransfer ke handphone dengan menggunakan wi-fi atau kabel USB. Dan caranya pun mudah je nak transfer. Lagi suka saya! Boleh upload gambar2 yang berkualiti tinggi dan sharp terus dari handphone. Tak yah nak transfer2 kat laptop dah. Yesss.. Jimat masa!
So far tu sahaja review saya kenapa boleh TERBELI dengan sengaja kamera Canon Eos M10 ni..
Sumber gambar: google
Ada 2 warna yang tersedia. Putih dan hitam. Tapi saya pilih warna hitam sebab warna eksklusif gitu. Lagipun warna hitam tahan lama dan susah nampak calar kan.
Oklah. Sekian review daripada saya. Moga Canon Eos M10 ni akan menjadi teman perjalanan yang sempurna untuk saya dan family.