Thursday, March 9, 2017

3D2N bercuti di Bukit Gambang Resort & Safari Park


Throwback cerita holiday kami sekeluarga masa cuti Chinese New Year tempohari..
Jenuh nak mengumpul gambar2 dari Handphone ayah damia dan juga SJCAM..
Harini baru sempat buat. Gambar2 dari handphone saya memang dah lama dalam draft..
Senang...time ada masa je terus buat karangan kan..

BTW ini bukan kali pertama kami ke Bukit Gambang Resort ni..
Tak silap masa tahun 2012 pun dah pernah sampai..masa tu ada bibik yang jaga both Damias..
Tahun lepas pun dah sampai masa tu transit kejap saya balik dari KB-JB sebab masih dalam pantang..
Dan tahun ni kiranya first time lah jejakkan kaki ke dalam Safari Park ni..
Berbaloi pergi sekarang sebab both Damias dah cerdik.

Ok jom kita tengok gambar-gambar yang banyak ni (sebenarnya banyak lagi..;-) 


Lupakan hal kerja seketika..
Dan semestinyalah anak-anak yang paling happy..


We are happy family..

Sukalah tu dah pandai berenang sekarang..
Practice make perfect girl..

Eh Daim pun pandai berenanglah...hihi..


Malamnya kami ke Tanjung Lumpur pula untuk mencari seafood..
Boleh tahan jauh juga tu nak ke Tanjung Lumpur dari Gambang..
Hampir 1 jam perjalanan..


Anak-anak dara nak makan lobster, nak makan lobster..
Haihh mana nak cari lobster kat Tanjung Lumpur ni anak-anak weii..


Menu yang kami order..
Semua sedap kecuali ikan bakar dan sotong bakar tu..
Lain ya menu bakar2 kat sini..kuahnya macam kuah bersantan percik..
Total makan malam tu RM130.


Nama restoran yang kami makan malam..
Ramai juga orang. Tempat pun selesa..
Macam makan dalam garden gitu..
Semua jenis makanan ada dari Seafood ke Western..

Dan balik terus zzzzzzzz.....


Keesokan harinya kami spend masa memang betul2 di Safari Park ni..
Dari hotel kami menaiki Tram yang disediakan.
No worries, tram sentiasa ada..
Tak sempat awak menunggu, Tram dah sampai..

Jenuh juga ya nak menapak dari entrance Safari Park masuk dalam ni...haha..
Stamina makin kurang sejak2 ada baby kecil ni..haha

Sampai sahaja di gerbang Safari Park, maka kami terus tengok map untuk lihat apa aktiviti yang boleh kami lakukan sepanjang didalam ni. Agak besar juga Safari Park ni..

Memandangkan stroller dan keluarga kami tak boleh dipisahkan..
Maka naik lift je lah jawabnya..
Tapi yang bagusnya memang tak ramai yang naik lift..haha


Ok kami mulakan aktiviti kami dalam ni dengan melawat binatang2 yang ada dalam ni sambil menuju ke Station Tram untuk Wild Savannah adventure.


Jinaknya kawan2 saya...hihi..
Cantik view kat sini yang dipenuhi dengan merpati2 jinak ni..


Ok pengembaraan bermula di Wild Savannah..


Exciting tram drive through journey to Wild Savannah..
Memang exciting sangat..
Punggung badan goyang2 kena bumped..


Amboii...bukan main lagi Ostrich ni patuk-patuk cermin kita ya..


Lembu pink namanya..
Tapi sebab kotor, so yang pinky2 tu dah jadi kotor


Sporting habis semua orang dalam tram ni..


Kerbau yang menghasilkan Mozarella Cheese 


Tourist guide kami sepanjang di Wild Savannah ni..
Sporting adik ni..penerangan dia pun jelas..
Student praktikal ni..

Masuk Istana Harimau..


Dah lepas habis je kami adventure bersama tram di Wild Savannah, kami rehat dan makan dulu didalam ni.
Kemudian sambung lagi melawat binatang2 yang ada serta mengikuti show2 yang telah ditetapkan..



Lemur feeding..
Mula2 kami semua takut..pastu lama2 best pula..
Nak masuk dalam ni kena bayar RM5 untuk makanan lemur ni..
Lemur ni pun bijak. habis je makanan kat tangan kita..
Terus dia naik atas tak nak kawan dengan kita..
Hamboiii... habis sepah madu dibuang ya..


Comel kambing ni..
Yang Ayyunie pula teruja nak bagi kambing ni makan..
Haha..
Saya cakap kutip je daun2 kat bawah ni bagi makan..jimat RM5 beli makanan kambing..haha


Macam dah jadi BFF pula ngan Ayyunie..
Haha..


OTW nak balik bilik hotel, singgah makan lagi kat sini..
Full review boleh tengok entry Dining with White Lions


Malamnya kami kesini lagi..
Kalini adalah untuk melihat show2 pula..


Kami terlepas show api ni kerana kami ke Klinik dulu untuk check Daim..
Buat pertama kalinya Daim demam sepanjang dia dilahirkan..


This is amazing show..
Tarzan adventure show..
Memang best giler..
5 bintang saya bagi..


Keesokan paginya pula..
Ayah Damia mencari sarapan di luar sana..
No worries, kat depan resort ni kat Jalan Besar tu banyak sangat restoran2..
Tak kira makan sarapan, tengahari atau malam..
Memang senang cari makanlah kat sini..


Time to check out..
Penuh bonet..
Tu ada lagi tak masukkan barang..



OTW keluar dari resort ni..
Macam2 aktiviti rekreasi  lagi yang boleh kita buat..
Saya ingat lagi beberapa tahun lepas saya naik ATV. Masa tu tak pe lah sebab bibik ada jaga both Damias..
Ni kena cari aktiviti yang sesuai untuk anak2 lah..

Kalini saya nak both Damias pula merasai keseronokan disini..
So saya pilih aktiviti memanah..


Sebelum main tu nanti kakak2 ni akan ajar dan pakaikan siap2 equipment kat jari dan lengan kita..
Not bad! Ayyunie shoot and point agak terror..


Ok, last sekali..
Gambar Daim yang demam..
Sampai 2 kali ya pergi klinik kat Gambang tu..
Demam nak besar ni..
Hihi..
Balik2 rupa2nya Daim demam nak naik Campaklah..
Terus bawa gi Klinik lagi..
Alhamdulillah 2 hari je campak dah hilang dan Daim pun dah sihat..
Alhamdulillah...


Ingatkan nak terus balik JB, tapi rupa2nya rezeki kami sambung bercuti di Resort yang private dan naturally relaxing ni.
Hotel 5 bintang tapi layanan 7 bintang..
Nanti saya story ya pasal ni..

Bye..


















No comments:

Post a Comment