Wednesday, December 7, 2016

Sampai 3 hari berturut-turut ke Aeon Mall Kota Bharu hah!

Memang betul2 impressed masa mula2 sampai ke Aeon Mall Kota Bharu ni. Bukan setakat besar je, parking rooftop pun ada, troli warna pink dan material plastik, siap ada alat urut kaki (kena masuk coin), restoran/cafe banyak, dan macam2 lagi lah..dah tak macam berada di Kelantan pula feelnya.. Hihi


Hari pertama gi 30/11/16 - rabu
Gi take away pizza untuk Majlis Solat Hajat sesama family malam tu. Sementara tunggu lama kat Pizza tu, posing sikit ngan Daim.. Ngeh ngeh..


Hari kedua gi 1/12/16 - khamis
Tempat paling selesa gi shopping barang2 dapur kat pasaraya sambil tolak stroller daim. Saya gi cari barang2 untuk masak Kerapu 3 rasa untuk akad nikah malam tu. 


Hari ketiga gi 2/12/16 - jumaat
Bawa adik ipar dan anak saudara cari blazer utk kolej dan sekolah masing2. Pastu kami makan2 kat Nando's. Perghh ramai giler orang hari jumaat tu weeiii..memang sesak2 betul. Parking pun full. Salah seorang cashier Aeon tu cakap, memang setiap hari jumaat ramai camtu.. Perghhh maju seyhh


Daim balik kampung ni, ramai yang sua macam2 makanan kat dia. Termasuklah ayahnya pun nak bagi macam2. Excited anak dah boleh makan kekdahnya. Dianya pantang nampak makanan, memang nak ngap je. Haihh.. Nasib baiklah perut tak kembung dan tak meragam. Alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment