Thursday, December 29, 2016

Mak dan anak-anak honeymoon di Gold Coast Melaka

Throwback punya cerita..
Pada 12 Disember 2016


Otw dari KL balik JB. Singgah PD ambil mak nak bawa balik Johor. Alih2 sampai tengah jalan, terus decided nak bawa mak dan anak2 honeymoon di Gold Coast Melaka. Booked hotel via Agoda.com pun 1/2 jam sebelum sampai Ayer Keroh. Hihi.. Nasib baik ada lagi bilik. Anak2 bukan main happy lagi. Mak pun happy. Tak sabar haih mak nak main slide ngan cucu2nya. Hihi...Sampai pun dah 6:30 petang. So kita masuk bilik dulu.


Kami ambil bilik 2 bedroom apartment..
Harga termasuk tax RM480++
Dapat 4 pax breakfast dan 4 pax waterpark ticket.
Apartment luas amat.

Yang paling best boleh main air sampai jam 11 malam.
Memang lepas maghrib tu, Ayyunie tak sabar2 nak main air. So ayahnya layankan kejap dia sorang. Lepas tu kitaorg pun keluar cari susu Daim (unplanned punya holiday, sampai susu pun habis..hihi) dan makan malam.

Yang puteri lilin ti disyorkan berendam ler dari lepas isyak sampai ke 11 malam ya..


Tapi...tapi..
Yang tak bestnya kat Gold Coast ni tak kiralah yang kat sini mahupun kat Morib, breakfastnya tak banyak pilihan. Dan makanan selalu lambat refill. Air pun kordial je. Bukannya juice. So kurang kat situ je lah. Tapi bab main air memang tahap max lah.
Konsep breakfast kat sini sama ngan kat Morib iaitu open space punya style.


Bagi yang tak stay kat sini dan just nak main air semata-mata, boleh juga walk in.
Harga seperti di atas.
Still reasonable dgn fasiliti yg disediakan.


Masa ni ada promo utk massage. Ingatkan nak bawa mak gi massage, tapi tak cukup masa pula.


Nenek excited main air dengan Daim walaupun si Daim ni semangat nak dukungnya dan aktif kaki dan tangan dalam air. Neck float pula tak bawa sebab unplanned punya holiday.


Pandai Daim posing ngan nenek ya..


Sampai liuk lentok hah posing..


Panas ceng-ceng pun mandi jacuzzi.
Ingat budak2 je, rupanya ramai lagi yang dewasa pun mandi jacuzzi panas2 haha..


The view.
Dari bilik kami block 2, Hang Jebat...memang dari atas inilah view kami..


Tak puas main air budak2 ni..
Next time kita repeat lagi ok..

Gambar2 kat bawah ni saya amik dari google.
Memang cam ni lah exactly apartment kami.
Cuma katil dalam bilik master ada Super King Bed.


Ruang tamu dan dining area yang luas.


Kat luar tu ada balcony.


Bilik ke 2 utk nenek dan cucu2nya.


Overall half of the the view..
View kat depan tu ada lagi..

Insyallah ada keizinan, kita datang sini lagi hokey...



No comments:

Post a Comment