Friday, December 30, 2016

Daim Muslim's first hair cuts at hair saloon


28 November 2016
Usia 6 bulan 2 hari


Good boy! Dalam masa 10 minit settled. Mana tak baiknya, kakak baju merah kat depan tu non-stop attracts Daim supaya kepala sentiasa tegak. Terkekek-kekek ketawa Daim.

Ok Little CEO dah handsome!


Pandai pula tu berkomunikasi ngan kakak baju merah tu. Kejap2 senyum.. Kejap2 bunyi suara..


Yeayy hampir siap. Senang keje barber kan kalau baby duduk diam2 cam ni.


Owhh abaikan kepala ayah damia tu. Tu saya yang cukur sendiri kat rumah. Berkilatkan.. Hihi



Thursday, December 29, 2016

Mak dan anak-anak honeymoon di Gold Coast Melaka

Throwback punya cerita..
Pada 12 Disember 2016


Otw dari KL balik JB. Singgah PD ambil mak nak bawa balik Johor. Alih2 sampai tengah jalan, terus decided nak bawa mak dan anak2 honeymoon di Gold Coast Melaka. Booked hotel via Agoda.com pun 1/2 jam sebelum sampai Ayer Keroh. Hihi.. Nasib baik ada lagi bilik. Anak2 bukan main happy lagi. Mak pun happy. Tak sabar haih mak nak main slide ngan cucu2nya. Hihi...Sampai pun dah 6:30 petang. So kita masuk bilik dulu.


Kami ambil bilik 2 bedroom apartment..
Harga termasuk tax RM480++
Dapat 4 pax breakfast dan 4 pax waterpark ticket.
Apartment luas amat.

Yang paling best boleh main air sampai jam 11 malam.
Memang lepas maghrib tu, Ayyunie tak sabar2 nak main air. So ayahnya layankan kejap dia sorang. Lepas tu kitaorg pun keluar cari susu Daim (unplanned punya holiday, sampai susu pun habis..hihi) dan makan malam.

Yang puteri lilin ti disyorkan berendam ler dari lepas isyak sampai ke 11 malam ya..


Tapi...tapi..
Yang tak bestnya kat Gold Coast ni tak kiralah yang kat sini mahupun kat Morib, breakfastnya tak banyak pilihan. Dan makanan selalu lambat refill. Air pun kordial je. Bukannya juice. So kurang kat situ je lah. Tapi bab main air memang tahap max lah.
Konsep breakfast kat sini sama ngan kat Morib iaitu open space punya style.


Bagi yang tak stay kat sini dan just nak main air semata-mata, boleh juga walk in.
Harga seperti di atas.
Still reasonable dgn fasiliti yg disediakan.


Masa ni ada promo utk massage. Ingatkan nak bawa mak gi massage, tapi tak cukup masa pula.


Nenek excited main air dengan Daim walaupun si Daim ni semangat nak dukungnya dan aktif kaki dan tangan dalam air. Neck float pula tak bawa sebab unplanned punya holiday.


Pandai Daim posing ngan nenek ya..


Sampai liuk lentok hah posing..


Panas ceng-ceng pun mandi jacuzzi.
Ingat budak2 je, rupanya ramai lagi yang dewasa pun mandi jacuzzi panas2 haha..


The view.
Dari bilik kami block 2, Hang Jebat...memang dari atas inilah view kami..


Tak puas main air budak2 ni..
Next time kita repeat lagi ok..

Gambar2 kat bawah ni saya amik dari google.
Memang cam ni lah exactly apartment kami.
Cuma katil dalam bilik master ada Super King Bed.


Ruang tamu dan dining area yang luas.


Kat luar tu ada balcony.


Bilik ke 2 utk nenek dan cucu2nya.


Overall half of the the view..
View kat depan tu ada lagi..

Insyallah ada keizinan, kita datang sini lagi hokey...



Monday, December 26, 2016

Service membalut buku


Ayah yang prihatin..
Mencari perkhidmatan sesiapa yang boleh membalut buku anak-anaknya. Haha.. Nak harapkan ibu dan ayahnya dari sehari ke sehari tak sempat. Lagipun ibunya tak berapa kemas lah bab2 membalut buku ni. Opsss.. Tak semua org mahir dalam semua bidangkan (ayat control..kiki)..

Tahun2 sebelum ni suruh kerani kat office je yang tolong balutkan buku. Dah nama kerani kan, mesti workmanship bab2 balut buku ni tip top. Tapi tahun ni kerani baru saya start kerja pada 1.1.2017 ler. Yang lama dah sambung belajar di UPSI. Tu gelabah cari sesiapa yang boleh balut buku ni. Padahal dapat buku2 teks dan aktiviti lama dah. Sebelum cuti sekolah hari tu. Selagi tak last minute, memang tak sah. Kiki..


Mujur ada kawan ayah damia yang sudi nak balut buku2 ni. Actually anak2nya yang balut. Dah anak2nya pula librian. Siap tunjuk contoh buku2 anak2nya balut lagi. Memang kemas lah nampak. 

Otw ke Angsana Mall semalam, singgah drop by tinggalkan semua buku2 aktiviti yang nak dibalut kat rumah kawan ayah damia tu. Sebelum tu singgah kedai buku beli pembalut dan seletip dulu. 

Then tak sampai sejam rasanya, eh dah ada status yang tag ayah damia cakap buku2 siap dibalut. Wahhh pantas!


Balik dari Angsana Mall petang semalam dalam jam 6 lebih, baru pick up buku2 ni semua kat rumah kawan ayah damia tu. Wahhhh kemas dan tegang gitu! Bab2 kekemasan ni memang ayah damia cerewet le. Sebab tu dia tak bagi isteri dia balut sebab dia tahu tak berapa kemas. Haha..

Kenapa tak guna pembalut buku yang dah siap tu. Hurmmm sebelum2 ni guna yang tu lah kalau emergency nak balut buku. Tapi tak kemas dan teganglah. Nanti hujung buku terconget2 pun ya.

Total semua RM15 sahaja. Tapi saya bagi lebih lebih lebih lah untuk dorongan dan galakan budak2 sekolah buat business cari duit sendiri. Sapa tau lepas ni makin ramai nak membalut buku dengan anak2 kawan ayah damia ni kan. Peluang tu...


Semalam seharian spent time kat Angsana Mall mencari baju2 sekolah, tudung2 sekolah, beg2 sekolah, stationary sekolah dan semua yang berkaitan sekolah lah. Dah macam raya pula semalam kat Angsana Mall ramai org. Tapi still boleh jalan2 dan solat dengan selesa lagi. Beli kat UO je semua. Alhamdulillah, saiz2 both Damias masih ada lagi.

Ok, uolss semua dah get ready ke barang2 keperluan sekolah anak masing2. Minggu yang sibuk rite?



Saturday, December 24, 2016

Hello Kitty Luggage Bag


Finally dapat sorang satu.. 

Nampak iklan sponsored kat FB, klik-klik dan deal, dan dan terus hantar depan rumah. 

Mula2 order 1 je, dah sampai banyak pula pilihan, tambah lagi 1 lah. Adil dapat sorag satu.

20' harga RM79. Charge delivery RM5 sahaja. Boleh tgk kat FB: Little Bandung

P/s: Ringan sangat beg ni dan roda 360' pun smooth sangat

Wednesday, December 21, 2016

Antara harapan, kejutan dan penantian


No 1: Harapan & Perancangan
No 2: Kejutan & Tiba-tiba
No 3: Anugerah & Penantian..

Alhamdulillah atas rezeki Allah yang sempurna ni kepada kami sekeluarga.

Semoga kami dapat menjaga amanah-amanah ini sebaiknya dan dilindungi olehNya sentiasa.


Pabila jarak Daim dan kakak2nya yang agak jauh, agak sukar juga nak cari baju sedondon utk 3 beradik ni. Lagipun No 1, kurus keding. No 2, bam bam haihh.. Sampai baju2 ibu pun dah boleh dipakainya. Dan No 3, saiz masih kecil.. So jarang2 sekali dapat pakai sedondon cam ni.. Suka ibu tengok!

Tuesday, December 20, 2016

Kontena 3 tingkat konsep cafe di The Garage KL

Minggu lepas masa ke KL, memang dah aim nak makan di The Garage KL. Sebab minggu2 sebelum tu pergi, full house. Kalau nak makan juga, kena tunggu within 1 hour tu. Tu yang tak jadi makan disini dan terus makan di Restoran Istana Bumbu.

Cafe ni berkonsepkan makan dalam kontena. Buildingnya ada 3 tingkat kontena. Ada juga tempat makan open space. Tingkat bawah sekali ada garaj kereta, barber shop, tempat jual baju dan   ada juga surau ber air-cond serta live performing gitu.


Cafe ni jenis Hipster style. Ramai anak muda yang datang lepak2, TT dan juga dating. Tapi ramai juga family yang bawa baby kecil macam saya makan kat sini. Maksudnya saya ni muda lagi lah kan. Hihi...


Ayyunie order air apa dah namanya ni. Family slurpp tak silap. RM15 1 jar. Kalau belah kelantan panggil air bolokss je ni.. Hihi..


Chicken Grill untuk Ayyunie..


Aleesya order chicken wings.. 


Ini saya punya. Meat ball apa dah namanya. Tapi recommended lah weiii. Sedap sangat. Daging yang dikisar dan diolah sendiri. Rasa daging sungguh2. Rasa lemak2 manis. Tak sama langsung ngan meatball instant yang biasa tu.


Yuhuuuu.. We are happy family. Menu ayah damia paling lambat sampai. Dia order chicken kebab apa dah namanya.. Pun sedap!


Daim makan apa? Hihi.. Sementara tunggu semua makanan sampai, Daim dah selamat tidur. Alhamdulillah.. Dapatlah kami makan dengan tenangnya. 


Hujan renyai2. Sementara tunggu hujan stop kejap (tak stop pun hihi), lepak kat ruangan menunggu ni... Dan paling penting gigih saya dan ayah damia usung stroller Daim naik ke tingkat atas ni untuk makan disini.. Memang semua makan kat atas. 

The Garage KL ni terletak betul2 sebelah MRR2. Kalau dari hotel saya jalan Ampang dekat le. Susah2 cari dalam Waze pun senang. 

Total kos masuk perut kami makan disini adalah RM130++. So sesiapa yang nak makan disini, harap bawa duit lebih sikit lah ya. Hihi..

P/s: Ayah damia, Aleesya dan Ayyunie cakap tandas The Garage ni cantik sangat! 





Monday, December 19, 2016

Islamic Concept Hotel || De Palma Hotel Ampang

Lepas je check out dari Port Dickson, kami terus ke Ampang untuk check-in. Memandangkan hotel yang biasa kami stay iaitu Flamingo Hotel by The Lake penuh, maka kami pun survey dalam Agoda hotel lain yang berdekatan. Tu yang pilih hotel De Palma Ampang ni. Tapi tak tahu pula ia merupakan sebuah hotel yang berkonsepkan islamik.

Kiranya pengalaman pertama juga lah ni stay di hotel yang konsep sebegini selain dari hotel2 di Madinah dan Mekah..


Daim sedang tunggu ayah buat urusan check-in. Btw hotel ni masih ada sisa baki under construction. Utk upgrade keselesaan pelanggan.

Ok jom kita tgk apa yang islamicnya di pandangan mata kasar saya. Oh ya saya ada ternampak juga award Islamic  Concept Hotel dalam rak berkaca yang dipamerkan.


1. Dinding2 setiap aras bilik dihiasi dengan ayat-ayat al-quran. Dan keluar je pintu lift terus dengar alunan bacaan ayat2 al-quran setiap masa. Tenang je rasa.


2. Masuk je bilik, terdampar indah sekeping sejadah yang dilengkapi dengan set telekung solat dan juga kain pelikat. Satu usaha yang diberkati Insyallah. Kerana mungkin ada tetamu yang terlupa bawa telekung dan kain pelikat kan.


3. Complimentary dapat kismis dan kurma 2 biji. Btw kurma tu habis kat Daim je. Selalu hotel yang saya pergi dapat coklat dan snacks. Bagus ni mengamalkanmakanan sunnah. Oh ya depan2 lifts atas meja pun ada kismis2 dan kurma2 ni.


4. Di atas side table, terletak rapi senaskah al-quran, buku yassin dan juga tasbih. Good reminder kepada guest yang kadang2 terlupa atau memang lupa nak bawa semua ni. Terutama yang ada anak2 kecik kan. Saya selalunya memang bawa pen al-quran kalau nak stay hotel atau ke tempat2 baru. Al-maklumlah, baby kecik ni kita kena hati2 juga dengan suasana persekitaran yang mungkin tak serasi.


5. Sehelai nota putih atas katil untuk tazkirah bersama. Bagus! Dapat ilmu baru


6. Takwim ni penting untuk muslim traveller. Walaupun dah ada handphone canggih yang ada apps waktu solat, tapi dengan sekeping kertas  ni mampu menyenangkan pelbagai pihak kan.. Mana lah tahu ada makcik2 atau traveller yang tak ada apps solat. Kan dah menyenangkan banyak pihak.

So itu sahaja review saya. Pasni tak teragak3 dah nak stay hotel sini lagi. Isyallah..




Sunday, December 18, 2016

Corat coret majlis anak saudara kahwin

Alhamdulillah..
Jam 9:30 pagi pada 10 Disember lepas, anak saudara sulung saya dah selamat menjadi isteri kepada buah hatinya, Hafiz di Masjid Kg Paya, Port Dickson.

How time flies..
Kecik2 dulu Cik Ayu pimpin tangan Ain main2 kat pantai PD tu, jalan pun terkedek2, sekarang dah jadi isteri orang. Nampak sangat Cik Ayu ni makin "muda" kan... Hihi..


Saya bertolak dari JB ke PD jam 7:30 pagi. Alhamdulillah. Sampai2 tu dah ramai sanak saudara dari Kelantan berkumpul di PD. Dah macam reunion pula.


Sampai melimpah2 hah bunga atas meja beradab... Sweet pula tengok..


Tepat jam 12:30 tengahari, rombongan penganti lelaki pun sampai.. Pengantin lelakinya org Pasir Gudang, Johor


As usual, anak2 ibu akan jadi dayang2 untuk bagi doorgifts kepada para tetamu..


Both Damia, nenek ngan maklong..


Waktu besanding..


Tetamu yang ramai tak putus2 datang...


Paluan kompang yang menceriakan suasana majlis..


Ini paling win, tak pernah tak ada orang beratur.. Kiki..


Sanak saudara saya yang dari Kelantan.. Tapi masing2 kerja di KL..


Overnya mak saudara pengantin yang duduk kat depan tu... Opppss!


Trend sekarang.. Photobooth!


Untuk Ain dan Hafiz..
Selamat menempuhi alam rumah tangga.
Kesabaran dan kesefahaman penting dalam alam rumah tangga ni. Moga bahagia till Jannah. Aamin..