Friday, September 2, 2016

Daim Muslim II 100 hari


First family potrait selepas gambar raya aritu..
Perfect 5 kan?

Wahhh...sedar tak sedar harini Daim Muslim dah 100 hari. Pasni tak yah membilang hari dah. Kita kira bulan pula. Hihi...

Perkara paling ketara sekarang adalah cubaan Daim untuk meniarap. Kalau mengiring tu tak lepas-lepas juga meniarap, mulut dia bising je ngomel-ngomel. Padahal sikit je lagi nak niarap. Tolak 2 jari pun boleh bak kata Ayyunie..hihi.

Perkara yang paling ibu idamkan pula adalah makan ABC. Owhhh boleh dah ke minum ais ni. Tapi tak berani lagi ni...huhu


Masa 26hb Ogos aritu, genap 3 bulan.
Bawa Daim check-up, berat dah 6.3kg, panjang 68cm..
Siap buat show dah pandai pegang botol susu sendiri.
Pandai anak ibu!



Pastu dah trim rambut kali ke-2...
Makin handsome anak ibu...eh!
Tak puji anak sendiri, siapa lagi nak puji kan...hihi..
Rendam lama sikit dalam Puku Bath Tub supaya rambut2 yang ditrim tadi keluar semua. Barulah bersih.
Ayyunie cakap rambut Daim dah macam rambut retis pulak..haha


Masuk 3 bulan dah kurang tidurnya..
Banyak bermain dan ajak sembang dah..
Dia punya sembang boleh tahan..
Jumpa orang je mesti senyum pastu nak sembang...
Peramah tul anak ibu ni!
Kalau tak ajak sembang pun, Daim suka main jari dia sendiri..
Kadang2 tu sampai juling matanya main dengan jari sendiri..


Dan Daim tak takut betul dengan air..
Aritu bawa gi holiday, jumpa pool..bukan main gelak besar lagi dia..
Dia punya ekpresi siap lompat2 atas dukungan kita...
Suka betul main air ya Daim...

Ok lah...Happy 100 days Daim Muslim..
Semoga membesar dengan sihat, cergas, bijak dan soleh ya anak ibu..
Muahhh...



No comments:

Post a Comment