Tuesday, September 6, 2016

Daim Muslim's First Holiday || Merdeka short Getaway

Percutian paling jimat masa, jimat tenaga dan jimat kos..
Jimat masa sebab 15 minit je dari rumah, jimat tenaga sebab tak yah drive jauh2 dan jimat kos sebab minyak kereta tak luak pun dan tak yah bayar tol. Hihi..

Btw cuti hari Merdeka kan sehari je, esoknya dah kerja. Anak2 pula cuti 20 hari hah. Cuti merdeka sambung dengan cuti UPSR, pastu sambung dengan cuti Raya Haji, pastu sambung dengan cuti Sekolah seminggu dan terus ke cuti Hari Malaysia. Kesian pula tak bawa ke mana2. Lagipun bolehlah celebrate Daim Muslim dan ibu yang dah habis berpantang 100 hari..;-)

Hotel yang kami pilih adalah M-Suites. Kenapa kami pilih hotel ni? Sebab utama swimming poolnya yang children friendly serta harga 2 bedroom suites yang reasonable. Hanya RM370 semalamam. Guna link cashback ni, dapat balik duit kat kita RM50. So boleh dikatakan harga berbaloi untuk suites yang besar itu.


Mula2 masuk bilik....wahhhhhh so impressed..
Ayyunie cakap "kita tambah sorang adik je kot, tapi bilik hotel macam tambah 3 adik lagi"...haha


Ok, itu bilik untuk ibu, ayah dan Daim...


Suites ni sana sini banyak cermin...


Itu pula bilik untuk Aleesya dan Ayyunie..
Open space gitu..
Luas mata memandang..


Dining hall dan living hall pun memang luas sangat2..
Kalau bawa family besar, boleh lagi letak toto depan TV tu...hihi..


Aleesya dan Ayyunie tak habis2 pujuk suruh letak Daim tidur dengan diaorg.
Hurmmm ya lah tu nak jaga...sudahnya ibu juga yang jaga..


Ni bilik untuk saya dan ayah damia.
Pandangan dari bathroom..


Ada bath tub dalam bilik saya dan ayah damia ni..


Perfect 5 kan...
Cuma yang no 5 tu tak berapa nampak...kikiki...


Walaupun datang bercuti, siap bawa homework lagi..
Ibu bagi syarat kalau nak mandi pool kat bawah, sila siapkan separuh homework..
Gigihlah anak2 siapkan...hihi..


Bilik air untuk Aleesya dan Ayyunie..
Bilik ni tak ada bathtub..


Luas mata memandang hah...
Sliding door panjang tu boleh adjust nak tutup setakat mana yang kita mau...


Lepas asar, masa yang ditunggu2 telah tiba oleh anak2..
Masa ni tak ramai org lagi..makin petang makin ramai..
Daim pun teruja hah pabila nampak pool yang besar tu..


Gelak besar ko Daim nampak pool tu..
Tapi boleh pula lupa nak bawa neck float dia..
Padahal itulah yang diingat-ingat sebelum holiday ke sini ..
Sudahnya main2 kat tepi je lah ya Daim..


Eh, boleh caya ke main kat tepi2 je..
Tak ada maknanya..
Sudahnya semua masuk pool..hihi..


First time ni Daim main air dalam pool..
Diam je...pastu mulalah galaknya...
Sengih2 dan ketawa..


Auntie2 kat tepi pool tu cakap " bagusnya dia...tak takut air langsung, tak biru pun kaki tangan dia"...padahal lama juga main air tu...
Nampak tak slide kat belakang tu..children friendly gitu...
Sakan lah anak2 dara dan ayahnya main slide tu..


Belanja satu gambar selfie....;-)
Pastu simpan kamera, terus saya masuk berendam bersama...


Malamnya semua dah letih..
Nak bawa Daim keluar dinner pun dah tidur.
So ayah Damia bungkus je makanan kat kedai seafood Ayong berdekatan hotel kami..
Dinner kami malam tu, ikan bakar, soft crab goreng tepung, tom yam, kailan ikan masin dan telur dadar..
Fuhhh seronok betul kami makan sampai licin..
Al-maklum lah...penat main air kan..

Bawah ni pula gambar2 dari DSLR....


Tetap jadi BFF ibu sampai bila2 ya..


Us...


3 orang anak yang menceriakan hidup ibu dan ayah...


Suka bergambar Daim ni..


Anak ayah..
Geng ayah..


Cakkk...
Bulatnya mata..


Posing ngan ibu..


Bye bye..dah check out..


Sekian daripada saya...

Pasni kita bercuti ke mana pula Daim?
Stay tuned...
















No comments:

Post a Comment