Thursday, August 4, 2016

Tungku tradisional atau tungku moden?


Whoop whoop... Panas-panas berasap lagi ni.. Baru angkat dari rebusan..

Tungku tradisional dah guna masa dalam pantang 44 haritu. Saya guna batu sungai dan alas dengan daun mengkudu yang dilayur semasa bertungku. Semua tempat saya bertungku kecuali tempat czer je tak.

Kalini kita sambung dengan cara moden pula ya. Rebus-rebus je tungku herba 13 in 1 ni. Cara nak rebus masukkan tungku ni dalam plastik yang disediakan dalam kotak, ikat dan rebus seperti biasa. Air rebusan boleh buat mandi pula. Lebih relaks lebih santai.


Semua maklumat seperti kebaikan, cara guna dan kandungan lengkap pada kotak. 


Zoom sikit kebaikan bertungku ni. Sebenarnya bertungku ni memang disarankan kepada wanita yang dalam pantang. Tapi lepas pantang sekali sekala buat pun boleh juga. Tak rugi pun utk badan kita. Terutama tang mengempiskan perut tu. Tapi orang kata czer ni lambat sikit lah perut nak kempis berbanding bersalin normal. Sebab tak leh tungku tempat jahit tu.


Beli kat mana? Beli kat kedai Jamu aje. First time guna brand Jami Jelita ni. Not bad lah. Memang bau herba.

So mana lagi best? Tungku tradisional atau tungku moden? Bagi saya 2-2 ada kebaikan dan kelemahannya. 

Contoh kebaikan tungku tradisional ialah habanya lebih tahan lama. Kadang2 sejam tu masih panas lagi tungku. Keburukannya berat je lah. Dan kena hati2, jangan bagi direct terkena kulit. Boleh hangus ooooo...

Kebaikan tungku moden pula, ada macam2 herba dan lebih ringan. Rileks dan santai je kita gunakan. Tapi kelemahannya pula, alahai kejap sangat panasnya tu. Dalam 15 minit je kot. Pastu kena rebus semula.

Apa2 pun kebaikan bertungku ni memang tak dapat disangkal lagi tak kira cara tradisional atau moden. You all suka guna cara tradisional atau cara moden?


No comments:

Post a Comment