Monday, August 15, 2016

First time makan Puding Raja/ Royal Pudding..


Puding Raja
First time try makan ni.. Anak2 pun jakun makan. Lapisan bawa ada pisang sira dan dilitupi dengan jala mas (kot) kemudian ditabur dengan prune, gajus, dan cherry.. Dimakan dengan susu cair tu.. So far memang bukan kegemaran kami anak beranak kot sebab bukan pengemar susu. Hihi.. Eh tapi koktail suka pula.. Haha

Cream Puff Durian
Huihhh.. Yang ni sedap hingga menjilat jari. Isi durian fresh yang dilapisi dengan cream. Bukan guna durian puree tau. So next time boleh order lagi..

Cream Puff Nutella
Memang kesukaan anak2 sebab filling dalamnya hasil gabungan fresh cream dan nutella. Dah rasa macam roti makan ngan aiskrim coklat gitu. Serius filling dalam tu rasa aiskrim coklat. Tu yang budak2 suka. Lebih2 lagi kalau lepas keluar dari peti ais..

Sekarang ni senang sungguh. Bukan sahaja pakaian, baby gear, kitchen appliance dan so on yang kita boleh shopping online, aneka jenis makanan pun boleh shopping online. Delivery hingga depan pintu pagar gitu.

Kepada sesiapa sekitar JB yang nak order Puding Raja, boleh cuba add kat FB "Royal Pudding D'JB".. Saya tak ada no contact, berurusan melalui FB sahaja. Bayaran pun saya terus masukkan dalam akaun. Senang cerita kan..


No comments:

Post a Comment