Monday, August 8, 2016

Daim Muslim || Review Organic & Natural baby toileterries


Dulu saya pernah buat entry tentang organic dan natural baby wash/bath product. Kononnya masa tu nak guna untuk newborn yang bakal dilahirkan. 

Dan alhamdulillah.. Memang Daim Muslim tengah guna pun antara produk2 yang saya survey2 dan review tempohari.

Setiap hari, antara baby toileterries yang saya gunakan untuk Daim Muslim adalah:

1. Orange shampoo - Buds 
Review saya ok lah. Wangi dan kurang berbuih. Saya beli pun sebab berkenan kat travel set yang cute mute tu disamping keberkesanan produk2 Buds yang tidak perlu disangkal lagi. Harga untuk set cute mute tu dalam RM30.

2. Top to toe - Joielle baby
Review saya, wahhhhh ini memang best. Dah lah kekal wangi berpanjangan. Pastu  kalau gosok2 muka Daim Muslim pun siap ketawa2 lagi tak pedih. Aleesya dan Ayyunie pun suka sangat guna ni. Memang kejap je habis, dah kena beli baru top to toe ni. Nanti next time nak beli yang set pula sebab nampaknya anak2 dalam rumah ni suka sangat guna ni. Harga sebotol tu dalam RM27

3. Baby hair & oil - Tropika.
Review saya.. Whoop whoop... Ini memang best. Saya sendiri pun suka dan hari2 guna. Selalunya saya sapu kat rambut dan seluruh badan Daim Muslim. Termasuklah kat celah2 dan pelipat2 anggota badan tu. Memang terbaik! Orang kata boleh lebatkan rambut. Tapi memang rambut Daim Muslim lebat tu pun. Baka kot. Hihi.. Disamping tu baunya pun memang kekal wangi seharian. Lembab je rasa kulit. Saya selalu guna untuk diri saya lepas mandi tu, sapu kat muka dan lebih2 kat tangan tu sapu kat rambut. Bestnya wangi Lavender tu. Tapi lama2 ada selang seli bau minyak kelapa juga. Dah dibuat dari Virgin Coconut Oil kan. Dah beberapa kali repeat order dah ni. Next time kena beli yang botol besar pula. Harga dalam RM18 botol kecik 30ml tu.

4. Minyak telon - Cap Lang
Review saya, memang best! Bau macam gula2 hacks gitu. Kalau saya sapukan kat perut Daim Muslim, saya pula yang terkentut2. Haha.. Welll orang bersalin czer ni kan banyak angin. Kiki.. So far alhamdulillah, Daim Muslim tak adalah meragam teruk akibat perut kembung atau angin. Aleesya dan Ayyunie pun suka guna minyak telon ni. Tak nak guna minyak angin yang lain dah. Harga dalam RM7-8 sahaja. 

5. Bedak - Pureen
Ni saya no idea. Tak tahu bedak apa yang organic dan natural. Tapi saya jarang2 sangat pakaikan bedak utk Daim Muslim. Sebab cukup dengan Baby Oil Tropika dan bau top & toe Joielle Baby tu je dah wangi. Kalau uols ada cadangan bedak apa yang organic, let me know ya. 

6. Sikat- Gold Coast Morib punya. Free je. Haha.. Yg ni pun nak masuk list. 

Lepas dah mandi, dah guna semua baby toileterries kat atas, Daim Muslim apa lagi?? Confirm tidur lena...

Itu sahaja sedikit sebanyak sharing saya untuk pengalaman guna product2 diatas. Apa2 pun ingat, sesetengah product mungkin bagus untuk anak saya, tapi tidak untuk anak2 kalian.


No comments:

Post a Comment