Saturday, July 9, 2016

Raya pertama bersama Daim Muslim

Alhamdulillah..

Selamat sampai JB jam 2 petang tadi..
Bertolak jam 12 tengahari semalam dari KB, lepas tu transit semalaman di Gambang Water Park, lepas sarapan jam 10 pagi tadi, terus gerak balik JB. Traffic lancar tapi perlahan. Dan drag berjam2 juga utk sampai ke JB. 

Tak seperti kami balik dari JB-P.Mas sabtu lepas, bertolak jam 4:30 pagi, sampai P. mas jam 12:30 tengahari. Memang cepat. Traffic pun lancar sangat2.

Dan semestinya raya 2016 akan terpahat di memori. Pelbagai cerita suka duka terpalit di sanubari. Yang paling penting kehadiran insan baru dalam keluarga kecil kami. 


Bukan main lagi melaram ya Daim Muslim pada hari 1 Syawal (usia 42 hari). Siap lengkap bersamping baju melayu dan kopiah comel. Memang menjadi perhatian tetamu lah pada hari tu. Alhamdulillah, tetamu ramai bising2, cuaca pun boleh tahan panas, tapi Daim Muslim relekss je tidur lena. Syukur sangat2 sebab Daim Muslim well-behaved. Moga berkekalan ya anak!


Acara tahunan di pagi raya, lepas bersalam-salaman dan sesi pembahagian duit raya, wajib ada gambar sedondon sekeluarga. 

Kalini tak shopping kelengkapan raya mana. Shopping online je. Hihi.. Baju both Damias dan Daim Muslim awal2 lagi beli online masa ibu pregnant 8 bulan. Baju ibu recycle je mana2 yang ada tema merah tu. Pun beli kat IG suatu tika dulu. Baju Melayu ayah damia je lah dia beli sendiri masa ada jualan gudang di Sport Centre Tmn U baru2 ni.


See, tido je Daim Muslim. Nak bergambar pun tido. Oh ya ada kawan tegur ibu dah kurus. Alhamdulillah... Lost 18kg dah. Cuma kena caiyok2 lagi kempiskan tang perut dan pinggul tu. Hopefully berjaya. Aamin..


Dah siap bergambar kat dalam rumah, luar rumah pula. Alahai.. Tidur lagi Daim Muslim. Sampai terlentok2 kepalanya.. Mujurlah tak banyak songeh.. Panas2 pun releks je tido. Walhal kat rumah sendiri boleh dikatakan 18 jam bersama air-cond. Hihi.. Good, good.. Pandai menyesuaikan diri.


Raya setahun sekali..
Tapi raya 2016 cukup bermakna sekali..
Kehadiran Daim Muslim sebagai penyeri..


Wajib ada gambar seluruh keluarga kan!

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Dari saya sekeluarga,
Untuk pembaca-pembaca blog ini,
Tersalah terkasar tulis, mohon dimaafi..
Maaf zahir dan batin utk semua..





No comments:

Post a Comment