Tuesday, May 17, 2016

Yeayy!!! Bersama mak......

Sampai tak sempat nak updated blog ni..
Gara-gara mak datang dan sibuk siapkan kerja2 sebelum cuti bersalin nanti..

Baru je sebut-sebut nama mak masa Mother's Day aritu, alih-alih mak buat suprised dah beli tiket keretapi awal2 nak datang Johor. Hihi....kuat sungguh Naluri mak!


Pulut Mangga (beli je) dan Pulut Durian meraikan kedatangan mak masa hari jumaat lepas.


Pagi sabtu pula lepas hantar both Damias ke Kem Bestari Solat, saya bawa mak shopping ikan dan seafood fresh kat Jeti Kg Pendas. Balik tu sama-sama masak dengan mak. Menu shell out ya! Perghh licin masing2 makan. Gambar tak ada lah pula sebab masing2 malas nak ambil phone kat tingkat atas. Haha..


Ahad kan cuti sempena JDT menang piala FA. So, bawa mak makan kat luar pula.
Sebenarnya nak bawa mak gi makan asam pedas dan siput sedut kat Senibong, tapi tutup pula.
So, saya bawa mak makan di Restoran Belangkas Selera Sedili di Kempas. Nama je Restoran Belangkas, tapi kami tak makan pun belangkas. Makan asam pedas yang best tu je. Mak berselera sungguh makan siput sedut masak lemak keladi dan ikan bakar panas-panas tu. Licin weiii pinggan masing2.


Lepas tu bawa mak gi tengok property kilang di area Setia Business Park 1 dan juga jumpa supplier2 untuk projek baru CocoDamia (Insyallah, moga dipermudahkan). Sambil2 minta restu dan pandangan mak. 

Then bawa mak ke Kg Melayu Majidee pula untuk menikmati aneka cendol di Cendol House. Tahu tempat ni pun sebab dok virals dalam FB. Kalau tak selalunya makan ABC je area sini. Tapi sayangnya, walaupun hujan teramat lebat, semua cendol sold out. Tinggal cendol biasa dan jagung je. Pun bolehlah alang2 dah sampai kan. Ada juga aneka pisang goreng, keropok goreng dan macam2 gorengan lagi lah. Yang penting kami sekeluarga happy dapat luangkan masa bersama2 mak. 

p/s: Mak tu standby je datang JB awal kot2 saya bersalin awal ke kan... hihi...Mak tetap mak kan walaupun kita dah besar panjang. Kasih sayang dan keprihatinannya kepada kita tiada tolok bandingannya. Ya Allah, Engkau panjangkan usia mak aku agar aku dapat berbakti lebih lagi kepadanya. Aaaamin..



No comments:

Post a Comment