Tuesday, March 15, 2016

Review Boboiboy The Movie


Ahad 2 hari lepas, penuhi permintaan both Damias nak tengok filem Boboiboy The Movie.
Lagipun saya dan ayah damia ada janji, lepas habis exam penggal  nanti baru bawa pergi tengok.
Dah habis exam apa lagi, tuntut janji lah jawabnya.

Sampai-sampai je kat TGV Cinema @ Aeon Bukit Indah, wahhhhh punyalah ramainya orang. Berlingkar-lingkar barisan beraturnya. Memang jenuh lah nak beratur ni. Mau lenguh kaki. Mujur ada Maybank Privilage Line yang barisannya pendek sahaja. So tak lah lama sangat nak beratur. Dapat diskaun lagi harga tiket tau. Memang berbaloi! Total kami 4 beranak hanya RM38 sahaja. Kalau tak untuk weekend harga tiket pun dah berapa kan. Yang bestnya seat pun tinggal 4 sahaja lagi. Itu pun berterabur seatnya. Last2 minta tukar dengan orang dan dapatlah both Damias ngan saya duduk sebaris dan ayah damia duduk depan kami. Hihi...


Review saya pasal Boboiboy The Movie ni memang best!
Walaupun saya ni bukanlah peminat cerita cartoon atau animasi macam ni..
Kecuali animasi yang berbentuk feminin macam Cinderella tu...hihi..

Tapi saya boleh layannnnnnnn lah cerita ni.
Tapi banyak benda yang saya tak berapa tahu pasal animasi Boboiboy ni.
Kejap2 tanya both Damias.
Contohnya 'sebelum ni Ochobot tu memang dah wujud ke?
atau " Boboiboy sebelum ni memang ada kuasa 3 ke?"
Hahaha...saya bukan peminat Boboiboy lah...

Saya bangga dengan produk Malaysia macam Boboiboy The Movie ni.
Filem ni ada kelakar, aksi dan touching pun ya time ending Ochobot nak mati tu.
Pendek kata tak bosan lah tengok filem ni.
Kecik besar tua muda ok je tengok filem ni.
Terbaikkkkk!

Saya bagi 4/5 bintang ok?

No comments:

Post a Comment