Thursday, February 18, 2016

Mula-mula beli 1, pastu beli 2 kemudian beli 3..

Apalah yang saya beli sampai 3 biji tu?
Mentang-mentanglah nama intelligent rice cooker, sampai 3 biji dibelinya. Padahal sama je dengan digital rice cooker sekarang.  


Mula-mula saya beli untuk diri saya masa Bulan Januari lepas. Saya beli pun sebab utamanya kerana saiz yang sangat kecil, ringan dan mudah untuk dibawa travel kemana-mana. Lagipun cover bahagian luar tu bersifat penebat elektrik dan selamat untuk dihandle jika terkena air ataupun selamat untuk anak-anak saya gunakan (in-case).

Bukan itu sahaja, memang sangat sesuai juga untuk kegunaan saya masa dalam pantang nanti dan juga masa baby kecik saya dah start makan nanti, bolehlah masak bubur atau sewaktu dengannya dalam portion yang lebih kecil ni. Tak lah membazir nanti sebab boleh terus ON-THE-GO mini rice cooker ni.Yang penting RINGAN. Ya lah dalam keadaan berpantang nanti mana boleh angkat barang berat-berat kan.

Masa bercuti di Pulau Tioman minggu lepas pun, saya dah masak macam-macam dalam rice-cooker ni. Masak nasi semestinya. Kapasiti 2 liter. Sesuai untuk 4 orang dewasa makan sekali masak. Selain tu saya pun dah try rebus spagetti, maggie dan juga masak mushroom sup dalam rice cooker ni. Memang convenient sungguh lah. Bayangkan ayah damia masak mushroom sup dalam periuk ni, angkut naik bot tengah laut dan bawa ke Marine Park. Selepas 3 jam kami snorkelling di Marine Park tu, mushroom sup still panas lagi walhal tak keep warm atau pasang plug tu. So memang berbaloi sangat beli.

Masa saya mula-mula beli dulu, harga adalah RM97.00. Tapi INGAT, masa beli tu kena pilih betul-betul periuk ni yang DWI BAHASA iaitu Bahasa Cina dan English, serta plug pin Malaysia punya (rujuk gambar diatas). Ada yang harga murah sikit tu plug pin China dan tulisan tu tak ada dalam Bahasa Inggeris. Memang jenuh ler nanti nak guna.

Lepas tu awal Februari haritu, saya pun belilah periuk ni kali ke-2 untuk mertua saya pula. Kebetulan masa ayah damia di Brunei, mak mertua saya pula minta belikan periuk yang kapasiti kecil dan tak melekat apabila masak. Manalah ayah damia sempat nak belikan. Lalu saya pun syorkan belilah periuk ni. Hantar whatapps gambar, bagi mak mertua tengok, lalu dia pun setuju. Tengok harga menjunam turun hanya RM69 sahaja. Wahhh...rezeki ni.

Alang-alang dah belikan untuk mak mertua saya, lalu terlintas nak belikan untuk mak saya juga. Konon-konon nak suprisekan mak gitu. Itu yang beli sampai kali ke-3 tu.


Selain dari masak nasi, boleh juga masak bubur, sup, yogurt, cake dan lain-lain lagi. Tu lah agaknya namanya Intelligent kot. Hihi...Kalau tak nak tekan auto cook pun, kita juga boleh setkan masa untuk beberapa minit yang kita nak masak tu. Senangkan! Yang penting RINGAN bagi saya...;-)

Kalau sesiapa nak beli, bolehlah tengok-tengok kat Lazada ya.
Memang amat berbaloi untuk saya dan keluarga!

No comments:

Post a Comment