Jumaat lepas bersamaan 19 Februari 2016, saya ada meeting di Bukit Jalil.
Jam 4 pagi bangun kemas2 luggage dan jam 5 pagi terus gerak ke KL dari JB.
Hujan lebat menemani kami sepanjang perjalanan ke KL.
Singgah solat subuh di RnR Yong Peng pun hujan masih lagi renyai2.
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke KL dan saya pun tertidur.
Kesian ayah damia bawa kereta keseorangan..huhu..
Alhamdulillah, ngam ngam haihh punch card kat Technology Park Malaysia jam 9 pagi.
Tengah-tengah meeting, sempat lagi ayah damia minta staff kat office emailkan beberapa dokumen penting yang kami pun terlupa nak bawa softcopynya...;-)
Habis urusan di Technology Park Malaysia, bergegas pula kami ke LHDN Damansara di Petaling Jaya untuk uruskan hal duti setem pula. Fuhhh ramai sungguh orang disini. Tapi nasib baik kaunter banyak dan service pun cepat.
Sementara menunggu saya dan ayah damia selesai membuat pembayaran, Ayyunie dan Aleesya tak lah boring sangat menunggu kami kerana ada ruangan bermain dan membaca untuk kanak2 di LHDN ni. Sambil ditemani oleh Paksu mereka. Paksu mereka ikut kami balik JB selepas balik dari Pulau Tioman tempohari. Dah habis SPM, tak ada buat apa, so boleh juga dia kerja part time dengan kami sementara menunggu keputusan SPM keluar kan.
Lepas dah siap urusan di LHDN Damansara ni, bergegas pula ke Damansara Perdana untuk ke Teraju pula. Haihh...berdesup juga lah kami pergi tu sebab nak kejar rehat solat jumaat kan. Ngam-ngam kami sampai ke Bangunan Surian Tower, ada lagi 10 minit sebelum mereka keluar rehat. Alhamdulillah. Semua urusan selesai disini.
Kemudian kami singgah di Bangi pula untuk ayah damia dan Paksu both Damias solat jumaat. Lepas dah siap solat, merata pula cari Pejabat Suruhan Jaya Sumpah di Bangi. Ikut google lah, ikut waze lah, ikut whatsapps lah...akhirnya jumpa juga pejabat Suruhan Jaya Sumpah. Memang terkejar-kejar juga lah.
Lepas tu berkejar lagi balik semula ke Technology Park Malaysia untuk serahan salinan dokumen pula. Takut office tutup kan. Perghh..perut dah lah kebuluran ni. Sebab masing2 hanya makan pau sorang sebiji sahaja masa berhenti solat subuh di RnR Yong Peng. Sebenarnya nak berhenti makan tengahari di Bangi, tapi 3 kedai favourite yang kami pergi tutup. Memang frust lah. Last-last alas perut je dengan apa yang ada.
Akhirnya tepat jam 4:30 petang, semua urusan di KL selesai. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Bukan senang nak senang kan..;-)
Akhirnya..
Sebagai reward ubat penghilang penat selepas semua urusan selesai..
Beli Starbucks drive-thru je..
Nyaman rasa tekak..
Semput weiii kejar sana kejar sini kalau berurusan hari jumaat kan..
Dah lah perjalanan start 5 pagi..
Mata pun mengantuk giler..
So kami buat keputusan check-in transit di Melaka Semalaman..
Tepat jam 6:30 petang, kami pun check-in di Mahkota Hotel.
Hotel favourite kami kalau bawa ahli keluarga lain bercuti sama.
Sebab kat hotel ni jenis apartment kan.
Ingat dulu time ada bibik, memang hotel ni menjadi hotel pilihan.
Sukalah Ayyunie dapat stay hotel.
Katanya nak mandi swimming pool.
Haihhh...sunburn kat Pulau Tioman Jumaat lepas pun tak hilang lagi..
Ni nak lagi tambah sunburn. Nasib baik tak teruk sebab dah pakai sunblock siap2.
Lepas tu sempatlah saya dan ayah damia melelapkan mata dan rebahkan perut kejap. Al-maklumlah, perut pun asyik mengeras je sepanjang haritu.
Malamnya kami ke Jalan Laksamana pula makan asam pedas Hajjah ni. Agak famous juga asam pedas ni. Walaupun kedainya biasa2 sahaja, tapi full house ok. Alhamdulillah, nikmat sungguh makan malam kami. Mana tak nya...masing2 kelaparan yang amat kan. Licin hokeyy pinggan semua. Haha..
Lepas makan, sempatlah kami jalan2 ke Pasar Malam di hadapan Taming Sari tu. Alaa..kejap je...cuci-cuci mata. Lepas tu balik tidur memang tak sedar punya lah. Haha..
Keesokan paginya, anak-anak nak main air dalam swimming pool.
Pergilah anak-anak. Nasib baik Paksu ada temankan.
Ibu dan ayah dah larat nak teman main pool.
Ibu larat teman makan-makan-makan je. Hihi..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas tu check-out.
Sebelum balik JB, sempat kami singgah ke Masjid Terapung Selat Melaka.
Dulu beberapa tahun lepas dah pernah pergi, tapi tak siap sepenuhnya lagi.
Ni dah siap sepenuhnya. Banyak bas2 pelancong bawa pelancong dari Luar Malaysia ke sini
Kenangan kami sekeluarga di Masjid Terapung Selat Melaka.
Ni bahagian dalam masjid.
Ramai juga orang dan pelancong masa ni..
Ni dihadapan Masjid Terapung..
Oppss siapa yang pregnant ni??
Sementara masih larat ni, boleh lah jalan-jalan cari makan..
Lepas ni dah tak larat, duduk diam-diam dalam rumah ya...hihi..
Ayah yang tak sabar nak tunggu little hero (insyallah) keluar ni. Baru ada geng ayah kan.
Dan kami terus balik ke JB.
Sebelum sampai rumah, sempat lagi singgah kat Kipmart beli lauk pauk...hihi..
Tamat sudahh..
p/s: Buat entry sambil jaga students periksa ni..ngeh ngeh ngeh..