Thursday, December 31, 2015

Her first day at Primary School! Kalini adik pula!

Hari ini adalah hari Orientasi, Suai Kenal dan juga Ujian Penempatan Darjah 1 untuk sekolah Ayyunie.
Ayyunie bukan main excited lagi. Ya lah mana tak excited?
Dapat pakai baju baru, kasut baru, beg baru, pencil box baru dan serba serbi baru lah!

Jam 7 pagi dah bergerak dari rumah. Singgah kedai sekejap bersarapan, kemudian drop Aleesya kat office tinggalkan pada staff saya (kalau bawa takut boring sebab lama), dan terus menuju ke sekolah Ayyunie. Sesi Orientasi bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari termasuk ujian penempatan sekali.


Alahai dah besar anak ayah dan ibu..
Macam tak percaya je darjah 1.
Tapi kalau ikutkan saiz badan tu org ingat darjah 3 dah...haha


Malu-malu pula dengan ayahnya..
Dan si ayah pula tak lupa memberi kata2 semangat untuk anaknya.


Saya yang menguruskan sesi isi maklumat. Macam2 rekod lah kena isi. Rekod pergigian, rekod suntikan dan macam2 lagi..


Darjah 1 sudaaaa...


Lamanya menunggu nombor ibu dipanggil di hadapan.
Kita snap2 dalam kelas dulu lah ya..


Alahai...manjanya anak ibu..
Lepas ni tunggu Little Khalifah daftar darjah 1 tahun 2023 pula..
Terasa tuanya pada masa tu...;-)


Bersama gaya rambut baru..


Snap-snap santai di Kantin sekolah sementara tunggu ujian bermula..
Sambil2 tunjuk mana tempat makanan halal dan tak halal di kantin tersebut.


Sesi lawatan ke sekitar kawasan sekolah..


Masing2 mengikut kelas sementara yang ditetapkan..


Kebanyakan budak2 sekarang dah tak menangis pun ke sekolah.
Sebab dah dapat pendedahan awal ke Tadika kan..


Beratur nak masuk kelas masing2..

Lepas ujian, tanya Ayyunie senang tak jawab..
Ayyunie jawab ' senang je"..
Mudah-mudahan senang sungguhlah bagi dia.
Ibu dan ayah doakan semoga anak-anak ibu menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat.

Aaaamiiin...

Entry kakak Aleesya masa mula-mula masuk sekolah...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment