Friday, December 18, 2015

CocoDamia dalam Dokumentari Agrojurnal TV1

Alhamdulillah, ahad lepas (13/12/2015) bersiaran sudah Dokumentari mengenai Usahawan Coklat CocoDamia dalam siaran dokumentari Agrojurnal di TV1. Siaran yang berlangsung selama 30 minit itu betul-betul telah memberi impak yang besar kepada CocoDamia. Yang paling best, siaran tak habis lagi 30 minit, tapi whatapps dan call bertalu-talu masuk sehingga kini. Kebetulan pula kami sekeluarga baru balik dari cuti2 Melaka jam 4 petang, so agak kelam kabut juga sampai rumah dan setting DSLR untuk rekod dokumentari tersebut. 

Impak bukan sahaja dari segi peningkatan jualan serta kesibukan masa untuk melayan pertanyaan-pertanyaan orang ramai, malah impak besar kepada branding COCODAMIA itu sendiri. Permintaan ejen bertalu-talu masuk melalui email, namun jujur katakan, tapisan pelu dilakukan agar yang betul-betul serius dan yang berpotensi sahaja yang team CocoDamia akan pilih. Insyallah mana yang boleh CocoDamia berkongsi rezeki, akan kami cuba agih-agihkan.

Dokumentari ini mengambil masa 3 hari untuk shooting ya. Namun dalam blog ini saya hanya sempat buat entry pada hari pertama sahaja. Hari kedua dan seterusnya tersimpan rapi dalam draft. Hihi...tak sempat nak mengarang bait-bait tulisannya. Namun jika ada yang nak melihat disebalik belakang tabir shooting ni, boleh lah jengok-jengok ke Fanpage: Coklat IQ ya.

Gambar-gambar dibawah adalah saya snap sendiri dari handphone saya. Nak tunggu gambar2 DSLR, jenuh nak cari masa transfer dan resize gambar. Tak pe mana yang kita boleh dahulukan, kita up dulu. Kalau tak, memang tak terbuat entry ni nanti.

Saya menceritakan bagaimana CocoDamia bertapak

Pegawai dari Lembaga Koko Malaysia, Nilai

Distributer CocoDamia, Sahabat Roselle Marketing

Orang kuat CocoDamia

Pengurus Sahabat Roselle Marketing

Pengurus Cawangan Maslee Taman Teratai

Regular Customer CocoDamia

Menceritakan pasaran CocoDamia

Ulasan dari Pegawai Jabatan Pertanian Johor Bharu

Bersungguh-sungguh saya disitu

Pegawai dari Jabatan Pertanian

Discuss bersama pegawai FAMA

Pengarah FAMA yang menceritakan bagaimana COCODAMIA berusaha untuk menembusi pasaran hingga luar negara

Promosi dilakukan tanpa henti

Terima kasih Allah kerana membuka hati media-media yang terlibat untuk membuat coverage tentang COCODAMIA

Insyallah..tiada yang mustahil

Team cocodamia yang banyak membantu menaikkan branding CocoDamia

Terima kasih team CocoDamia

Semoga CocoDamia terus melakar kejayaan hingga puncak

Ni saya nak promo sikit. Saya nak bagi peluang kepada pembaca-pembaca blog saya kepada yang serius nak jadi ejen CocoDamia atau Krukk Krakk Energy bar, bolehlah hantar permohonan ke cocodamia@yahoo.com.

Untuk pembelian runcit atau sikit-sikit pula, bolehlah layari www.cocodamia.com ya. Lebih senang, lebih pantas, lebih sekuriti.

Selamat shopping bersama CocoDamia uols..
Allah jua yang mengerak hati kalian.

Terima kasih Allah. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan dokumentari ini.

p/s: Terima kasih juga pada kenalan2 yang tag gambar dan status pada saya semasa Agrojurnal ni bersiaran. Appreciated it!















No comments:

Post a Comment