Monday, December 14, 2015

Beli seafood dan ikan segar di Jeti Kampung Pendas

Bersemangat lepas subuh jumaat lepas terus ke Jeti Kampung Pendas untuk mencari seafood dan ikan-ikan fresh dari bot nelayan tau. Tapi terawal lah pulak. Ingat pergi lagi awal lagi bagus boleh pilih lagi banyak pilihan. Rupa2nya memang nelayan akan balik ke jeti sekitar jam 8-9 pagi. Kalau 9 pagi tu just nice. Tak yah tunggu-tunggu dah. Terus boleh beli. 

Lokasinya adalah di Penghujung Kampung Pendas iaitu di Restoran Terapung Pendas. Pendek kata senanglah keywordnya. Dari Gelang Patah, jalan terus ke penghujung ke Kg Pendas. Pagi-pagi lagi dah nampak banyak kereta plate Singaporean dan Johor parking untuk mencari seafood dan lauk pauk ya. Memang famous tempat ni. Jalan pun tenang je jalan kampung. 

Jom layan gambar-gambar awesome dibawah. Awesome ke? Hihi..


Awal kami sampai. Rupa-rupanya jam 9 pagi baru bot-bot nelayan balik. Sebab kena tunggu  air pasang dulu. Kalau tak  nanti bot sangkut. So kita makan sarapan dulu

Dah lepas sarapan, kami ke jeti semula menunggu bot-bot nelayan sampai. Hah tu, ada yang dah sampai

Sempat gurau senda lagi

Tak boleh memancing ya kat sini

Hati-hati naik jambatan sempit ni

Nelayan sedang asingkan ketam dari tali jala

Teruja betul Aleesya dan Ayyunie tengok orang asingkan ketam. Siap tanya "ketam tu tak gigit ke ibu?'

Nelayan membawa pulang hasil tangkapan yang besar-besar dan panjang-panjang ikannya

Berhenti tengok makcik yang menjual hasil tangkapan di tepi jalan.
Murah2 weii..
Kepah tu baru RM5 sekilo.
Ketam hidup tu baru RM15 sekilo.

Awal-awal lagi saya dah aim nak beli ketam yang masih gerak-gerak tu

Kemudian kami ke tempat jualan ikan-ikan segar pula.
Tak jauh dari jeti tu.
Macam-macam ikan adan seafood ada.

Hoho...sotongs segar weii..
Baru naik ke darat ni.
Keras lagi.
Sampaikan saya balik rumah nak siang sotong ni punyalah payah nak cabut tulang belakangnya tu hah.
Rasa nak gigit dengan gigi je tulang belakang tu supaya tercabut.
Memang keras dan segar bugar.
Sekilo hanya RM20. Berbaloi harga dengan kesegarannya.

Ikan-ikan hasil nelayan.
Dulu-dulu sebelum ada anak-anak, ayah damia pernah pergi memancing ngan kawan-kawan dia kat muara Gelang patah tu, memang banyak lah dapat ikan yang warna biru kehijua-hijauan tu.
Siput sedut.
Semuanya masih bergerak-gerak lagi.

Murah-murah dan gerak-gerak lagi.
Harga bermula dari RM15 sekilo hingga RM18 sekilo mengikut saiz.

Belangkas pun ada.
Pun masih gerak2 lagi.
RM5 je seekor.

Baru saya tahu nama seafood ni Kilah.
Bukan Escargot tau.
Yang ni makcik jual tu cakap, kena rebus dulu.
Lepas tu korek isinya baru boleh masak apa yang kita nak contohnya masak halia ke, pedas ke.

Kepah yang masih hidup dan baru dibawa balik dari nelayan
Kupang tu RM10 untuk 3 kilo.

Misi membeli seafood.
Untuk BBQ di Villa Melaka dan juga untuk stok lauk di rumah.

Sempat melihat keluarga nelayan ni membuang duri ikan dan juga mengikat sepit ketam
Memang style kat sini, jual ikan dan seafood depan rumah.
So, kita boleh masuk ke perkarangan rumah mereka juga untuk melihat aktiviti2 nelayan disini.

Udang segar-segar.
Harga bermula dari RM33 sekilo hingga RM70 sekilo.

Ayah damia tengah memilih udang.

 p/s: Nak siang ketam pun takut2 saya sebab sepitnya masih gerak-gerak. Saya ketuk2 dulu bagi mati ketam-ketam tu. Hihi...tapi memang padat-padatlah isi ketam2 tu semua. Kena pandai pilih ketam betina ya baru puas hati makan isi ketam. 



















No comments:

Post a Comment