Wednesday, November 18, 2015

Menang Pertandingan Hafazan di Sekolah Cina


Tahniah anak ibu Damia Aleesya!

2 hari lepas adalah Hari Majlis Anugerah dan Tamat Persekolahan di sekolah Aleesya.

Aleesya turut tidak ketinggalan membawa balik piala kemenangan untuk pertandingan-pertandingan yang dimasukinya. Namun tidak semua pertandingan yang dimasukinya menang terutama pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tetapi Aleesya telah menang dihati saya dan ayahnya kerana dia berani untuk masuk pertandingan tersebut dan sedaya mungkin berusaha membuat pelbagai gaya untuk menarik perhatian penonton.

Namun yang paling saya terkejut adalah Aleesya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran di sekolahnya. Ibu dan ayah bangga sangat kerana walaupun bersekolah cina, ia bukan penghalang untuk kita tidak belajar ilmu agama kan.

Masih teringat lagi masa balik kampung Raya tahun lepas pabila ada salah seorang saudara saya berkata " dah kenapa masuk sekolah cina? Kat JB dah tak ada sekolah melayu ke? Nanti belajar agamanya ntah kemana".

Tapi saya senyum sahaja sebab tiada guna pun membetah kata-kata orang seperti itu kan. Tak pe mungkin dia tiada pengalaman dan tiada pendedahan. Sebab tulah dia berfikiran sebegitu.

Sesungguhnya sekolah cina ke, sekolah melayu ke semuanya sama sahaja cuma bahasa pengantar sahaja lain. Masa pelajar2 cina ambil subjek Moral, pelajar2 Islam akan ke bilik agama untuk belajar agama yang silibusnya sama sahaja macam sekolah melayu. Yang lebihnya pelajar2 islam ni dapat extra laguage Bahasa Mandarin lagi. Tiada rugi apa pun.

Tahniah juga untuk Aleesya kerana mendapat tempat ke-4 (saguhati) untuk Pertandingan Membina Ayat Bahasa Melayu bagi keseluruhan darjah 2. 

Kepada anak-anak ibu, MENANG adalah satu bonus, KALAH bukan satu pengakhiran. Yang MENANG tidak semestinya yang terbaik, dan yang KALAH tidak semestinya tidak baik.

Berusaha lagi untuk kejayaan masa akan datang ya anak-anak ibu. No worries, ibu dan ayah sentiasa berada di belakang kalian untuk mendoakan kejayaan kalian dan memberi semangat!

Keep it up my girls!!!

No comments:

Post a Comment