Monday, November 30, 2015

Nasi Ulam Cikgu, Pengkalan Chepa

Balik Kelantan minggu lepas, ayah damia dan saya sempat membawa keluarga mertua saya makan tengahari di tempat tersohor iaitu Nasi Ulam Cikgu. Biasanya kami makan di Pusat Kraftangan di Kota Bharu sahaja, namun kalini berubah angin ke tempat yang jauh sikit iaitu cawangan di Pengkalan Chepa.

Aneka ulam-ulaman segar dan yang dicelur

Semestinya kalau sampai kesini, menu utama ialah sesi pilih memilih ulam yang beraneka jenis tu. Saya awal-awal dah ambil pakis celur, bendi celur, petai celur, terung celur dan juga ulam raja segar. Saya ni memang pantang nampak ulam, wajib ambil dan makan.Dan insyallah confirm habis punya ulam-ulaman tu saya makan.

Aneka lauk yang simple tapi menarik perhatian.

Tak lengkaplah kalau ambil ulam tak ambil budu dan ikan bakar kan. Menu wajib juga tu. Tambah sikit tempoyak dalam budu dan cili api serta diperah sedikit limau nipis, perghhh...tak pandang lauk lain dah. Tapi tetap kena ambil lauk yang berkuah sebab ada budak-budak dan orang tua kan. Kang tercekik pula mereka makan.

7 dewasa, 6 kanak-kanak
Meriah sungguh meja kami haritu. Meriah dengan melayan kerenah budak2 yang ramai tu. Al-maklum ler, ibu ayah masing2 kerja kan. So kita angkut semua makan disini. Dan jangan lupa ambil buah tembikai sebagai pencuci mulut.

Ramai yang kata makan disini murah, murah, murah. Kami makan haritu jumlah keseluruhan RM90. Ok lah kan ada ikan talapia goreng 2 ekor, ayam goreng berempah 3 ekor, ikan patin masak tempoyak, ikan keli goreng berempah sekor serta 2 jug air. Nasi kalau tak silap 7 pinggan kot.

Both Damias ngan cousins

Kalau uols ke Kelantan, jemputlah singgah makan di tempat tersohor ni. 
Oh ya, buat pengetahuan semua, sehari sebelum kami makan disini, mendapat perkhabaran di media sosial yang owner atau pengasas Nasi Ulam Cikgu ni telah pulang ke Rahmahtullah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.

Sunday, November 29, 2015

Terima kasih TPM


Terima kasih kepada En Amir wakil dari Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil untuk singgah di Cocodamia sambil melihat cara-cara pembuatan Prototype Coklat Keluaran baru CocoDamia pagi tadi.

Insyallah, tahun 2016 CocoDamia akan lahirkan "baby" baru.

Doaka  kejayaan team CocoDamia dan dipermudahkan segala urusan sehingga puncak kejayaan. Aaminn..

Saturday, November 28, 2015

Nasi Kak Wook

Assalamualaikum..
5 hari blog tidak bersiaran memandangkan tuan rumah pun sibuk semasa balik kampung dan cuti-cuti 4-5 hari lepas. Haishhh...kalau dah balik kampung, tak fikir dah nak update blog sebab ralit dan leka sangat dengan family di kampung.

Ni nak cerita, kalau dah balik kampung, semestinya acara sampingan adalah Jalan-jalan cari makan. Rugi uolllss balik Kelantan kalau tak try tempat2 makan yang diviral atau menjadi sebutan ramai. Kami juga tidak ketinggalan. Kalini kami pilih Nasi Kak Wook. Ingat nak makan di Nasi Kak Wook di tempat mula-mula ia dibuka iaitu di Lundang, tapi ntah cam mana tersesat pula. Last2 buka WAZE, taip Nasi Kak Wook, pilih yang paling dekat sekali, maka sampailah kami disini.

Untuk pengetahuan semua, Nasi Kak Wook ni memang famous ler. Kalau di Kelantan sahaja dah ada berpuluh-puluh cawangan. Belum lagi masuk yang berada di sekitar Shah Alam dan KL. Pendek kata memang Nasi Kak Wook ni sempoi le.

Sampai juga ke sini

Terima kasih lah WAZE kerana membantu memudahkan carian kami. Hihi..

Sempoi je lauk tapi menarik perhatian

Apa yang specialnya Nasi Kak Wook ni?
Tak ada apa pun yang special.
Makanannya sama je di semua cawangan.
Dan lauk pun sempoi je.
Tapi mungkin disebabkan:
- Kemanisan Kerompes (kaki, pedal, hati, leher) gulai ayam bersama terung dan kacang panjang.
- Kemasinan ayam goreng yang dipotong kecil-kecil dan
-Kemasamam sambal lada yang pedas-pedas manja itu.
Menyebabkan neutral dan kesempurnaan di lidah pelanggan-pelanggannya.

Lengkap rasanya

Harga pun murah je.
1 set hanya RM4 sahaja.
Ayah damia tambah ikan tongkol satu pun hanya RM5 sahaja.
Memang berbaloi lah kata orang.

Masa saya dan ayah damia pergi makan tu (anak-anak tak ikut main ngan sepupu mereka), penuh meja dengan orang keluar rehat waktu kerja. Pendek kata Nasi Kak Wook ni bukan sahaja sesuai untuk sarapan pagi, malah untuk makan tengahari pun boleh.

Insyallah, next time kita cuba makan Nasi Kak Wook di Cawangan lain pula.



Monday, November 23, 2015

On the way balik Kelantan

Yeayy! Lagi 54 KM nak sampai Kota Bharu. Add hoc balik kampung melawat ayah mertua saya yang kurang sihat dan juga melawat mak saya.


On the way tadi..
Singgah sekejap Pejabat Pos Labis untuk pos Coklat IQ. Customer urgent pula nak stok.

Lepas tu, singgah makan lunch di Muadzam Shah sambil emailkan purchase order dan lain2 perkara. Ya lah add hoc balik kampung kan. Semua kena settled cepat.

Then singgah pula di Gambang untuk COD stok Coklat IQ pada stokis Gambang pula.

Untuk makluman, office-office saya dan kilang cuti ya bermula harini sehingga jumaat ni. Selamat bercuti semua!


Alhamdulillah. On the way ni juga, dapat panggilan telefon yang saya menang no 2 untuk satu pertandingan ni. Rezeki melawat balik orang tua ni.

Singgah sini kejap lah makan kerepok lekor garing diluar, lembut didalam. Hihi.. Betulkan belikat yang lenguh dan punggung yang hampir cramp ni.

Semoga Allah selamatkan perjalanan ini pergi dan balik semula ke JB.


Friday, November 20, 2015

Menolong ibu membuat roti jala


Haha.. Tajuk entry macam budak sekolah punya tajuk. Tapi entry ni memang ada kena mengena dengan budak sekolah pun. Hihi..

Al-kisahnya maka tamatlah sesi persekolahan 2015 pada harini. Aleesya hari rabu lagi dah start cuti sekolah bersamaam Hari Hol haritu. Ayyunie pula harini last day sekolah.

Jadi aktiviti UTAMA cuti sekolah ni apa lagi, rajin-rajinlah menolong ibu di dapur ya. Sebelum cuti sekolah pun both Damias dah rajin menolong, cuma saya suruh tolong yang senang2 je lah macam mengacau kuah, angkat pinggan, lap pinggan, susun barang dan lain-lain. 

Lagipun both Damias memang suka mengekor saya ke dapur, nanti tunggu je saya suruh buat apa. Hihi..

Ni dah cuti sekolah, selain pergi tuisyen dan mengaji tak ada buat apa, maka HARUS lah kan tolong ibu memasak yang lebih ekstrem sikit. Hihi.. Ekstrem lah sangat.

Lagi pun sepandai mana pun orang perempuan ni belajar, memasak dan aktiviti-aktiviti didapur kenalah pandai juga. Kemahiran untuk diri sendiri tu pabila duduk berjauhan dengan ibu akan datang kan. Manalah tahu sambung belajar ke, ikut suami ke (wahhh.. Jauh ibu berfikir tau..)


Aktiviti petang ni bersama Aleesya.. Kita menjala roti ya. Mula2 tu memanglah Aleesya takut2 nak buat roti jala tu, jala-jalanya pun berterabur, lepas try kali ke-3, ok lah ada improved sikit. Lagipun ibu pun bukan terror sangat buat roti jala ni. Janji ada rasa dan rupa sikit-sikit. Bolehlah.. Hihi..


Hasil menjala dengan Aleesya kejap tadi. Kari ayam tu pun Aleesya yang tolong kacau2 kuah dan masukkan bahan2. Oklah kan. Lama-lama pandailah anak-anak ibu memasak nanti. 

Practice make perfect ok! 
Janji kita belajar!

Wednesday, November 18, 2015

Menang Pertandingan Hafazan di Sekolah Cina


Tahniah anak ibu Damia Aleesya!

2 hari lepas adalah Hari Majlis Anugerah dan Tamat Persekolahan di sekolah Aleesya.

Aleesya turut tidak ketinggalan membawa balik piala kemenangan untuk pertandingan-pertandingan yang dimasukinya. Namun tidak semua pertandingan yang dimasukinya menang terutama pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tetapi Aleesya telah menang dihati saya dan ayahnya kerana dia berani untuk masuk pertandingan tersebut dan sedaya mungkin berusaha membuat pelbagai gaya untuk menarik perhatian penonton.

Namun yang paling saya terkejut adalah Aleesya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran di sekolahnya. Ibu dan ayah bangga sangat kerana walaupun bersekolah cina, ia bukan penghalang untuk kita tidak belajar ilmu agama kan.

Masih teringat lagi masa balik kampung Raya tahun lepas pabila ada salah seorang saudara saya berkata " dah kenapa masuk sekolah cina? Kat JB dah tak ada sekolah melayu ke? Nanti belajar agamanya ntah kemana".

Tapi saya senyum sahaja sebab tiada guna pun membetah kata-kata orang seperti itu kan. Tak pe mungkin dia tiada pengalaman dan tiada pendedahan. Sebab tulah dia berfikiran sebegitu.

Sesungguhnya sekolah cina ke, sekolah melayu ke semuanya sama sahaja cuma bahasa pengantar sahaja lain. Masa pelajar2 cina ambil subjek Moral, pelajar2 Islam akan ke bilik agama untuk belajar agama yang silibusnya sama sahaja macam sekolah melayu. Yang lebihnya pelajar2 islam ni dapat extra laguage Bahasa Mandarin lagi. Tiada rugi apa pun.

Tahniah juga untuk Aleesya kerana mendapat tempat ke-4 (saguhati) untuk Pertandingan Membina Ayat Bahasa Melayu bagi keseluruhan darjah 2. 

Kepada anak-anak ibu, MENANG adalah satu bonus, KALAH bukan satu pengakhiran. Yang MENANG tidak semestinya yang terbaik, dan yang KALAH tidak semestinya tidak baik.

Berusaha lagi untuk kejayaan masa akan datang ya anak-anak ibu. No worries, ibu dan ayah sentiasa berada di belakang kalian untuk mendoakan kejayaan kalian dan memberi semangat!

Keep it up my girls!!!

Tuesday, November 17, 2015

Lawatan DwiTahunan dari Biosekuriti


17/11/2015
Selasa
9:30 pagi hingga 11:00 pagi

Selesai sudah lawatan Dwitahunan dari Unit Biosekuriti Tanaman dibawah agensi Jab. Pertanian bersama pelajar-pelajar praktikal.

Pegawai Penyiasat cakap tadi
"Walaupun baru setengah tahun dari lawatan lepas, tapi banyak perkembangan positif dan tindakan cepat yang awak telah ambil. CocoDamia memang syarikat yang berpotensi".

Alhamdulillah.. Semua datang daripadaNya. Team CocoDamia hanya berusaha dan merancang strategi sahaja.

Untuk pembelian Coklat IQ-CocoDamia, boleh sms/hubungi 010-6468383 atau melalui online cocodamia@yahoo.com.

Percayalah,
Cocodamia,
- Bukan sekadar coklat biasa -


Sunday, November 15, 2015

Promosi Kelas Membaca dan Kelas Tuisyen area Skudai!

Setelah 5 hari di KL...

...... harini masuk kerja seawal pagi selepas pergi ambik report card di Tadika Ayyunie. Alhamdulillah. Dah dapat sijil berhenti Tadika dan Report Card pun menunjukkan kecemerlangan.


Dari awal pagi lagi, tak putus-putus orang datang daftar kelas Bahasa, kelas Tuisyen dan kelas Membaca di Pusat Bahasa Pelangi.

Al-maklumlah, promosi Free Registration dan 10% diskaun ke atas yuran bulanan selama setahun akan berakhir harini hingga jam 6 petang ya setelah promosi selama sebulan dijalankan.

Bagi yang sekitar Skudai yang nak buat pertanyaan tentang Kelas Tuisyen dan Kelas Bahasa, boleh hubungi/ whatapps 012-7507659 untuk tempahan kelas dan jadual sesi 2016. Bayaran melalui online turut diterima. Janji anda tak rugi untuk grab promosi yuran bulanan selama setahun tu.

Semua program cuti sekolah dan kelas tusiyen akan bermula 1 Disember ni.

Check it out! So cepat-cepat daftar!

P/s: Harini lunch depan meja daftar je lah. Tapi nikmat juga! Alhamdulillah..

Tuesday, November 10, 2015

Resepi Jus Alpukat/Avocado


Seawal 7 pagi harini  lagi saya dah siap buat Jus Alpukat dan Meehoon Goreng sebagai hidangan sarapan saya. Sejak kebelakangan ni, buah-buahan Import memang menjadi teman setia saya. Tak sah kalau tak makan buah-buah seperti epal, oren, anggur, pear, delima dan termasuklah Avocado ni. Lain macam seleranya. Terutama waktu pagi. Baguslah kan makan buah pagi-pagi. Banyak kebaikannya.

Ok, disini saya share cara-cara untuk membuat Jus Alpukat/Avocado yang paling ringkas. Teringat saya kalau ke Bandung atau Batam, memang Jus Alpukat ni menjadi minuman wajib. Memang lemak-lemak manis dan sejuk gitu.

Bahan-bahan

1 biji buah Avocado
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan fresh milk (Dutch Lady)
Sedikit gula
1/2 cawan air masak
Beberapa ketul ais (terpulang nak banyak mana)
Sos coklat (saya buat sendiri pagi tadi)

Cara membuatnya

Kisar semua bahan hingga hancur atau smoothie. Saya guna food processor je. Dalam gelas, tuang sos coklat ikut kreativiti masing2. Kemudian tuang bahan2 yang dikisar tadi. 
Selamat menikmati Jus Alpukat/ Avocado yang lemak-lemak sejuk ni.

p/s:  Ok nak siap2 gi KL sudah. Selamat Hari Deepavali kepada rakan2 saya yang beragama Hindu.







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, November 9, 2015

Menghabiskan sisa-sisa voucher Kemenangan di Pizza Hut


Sebelum expired date, jom cepat2 habiskan sisa2 voucher kemenangan disini. Dah banyak kali guna voucher2 ni untuk pembelian KFC. Kalini Pizza Hut menjadi pilihan dihati.


Hamboi! Meleleh sakan cheese Ayyunie. Mentang2 lah dia order Cheese Supreme.


Beef Pepperoni menjadi kegemaran Aleesya dan Ayah Mi diaorg.


Walaupun tak ramai org, tapi lambat juga pizzanya siap. Sampai makanan2 lain dulu. Dah siap habis makan semua yang lain baru sampai Pizza panas-panas. Ok lah, tak rushing pun sebab cuti sekolah kan. Lepas lunch terus ke office pula.




Sunday, November 8, 2015

Inovasi dalam order makanan


Setiap hari, ada saja pembangunan teknologi yang direka atau dicipta oleh generasi2 sekarang. Seiring dengan Wawasan 2020 kan. 

Ni lagi salah satu teknologi baru yang saya jumpa masa makan-makan dan jalan-jalan di Kilang Bateri hujung minggu lepas. Inovasi gadget dalam order makanan.


Kat atas ada diterangkan bagaimana gadget tu berfungsi. Pendek kata lepas ni boleh order makanan tanpa ternanti2 bila lah nak siapnya makanan tu. Memang Inovasi sungguh. Dengan sistem bunyi dan vibratenya.


Kami! Yang teruja nak makan semua menu kat Kilang Bateri tu. Hihi.. Macam2 makanan baru ada.

Thursday, November 5, 2015

Birthday Treat || Seafood Buffet di Nonie's Restoran

2 hari lepas adalah Hari Jadi saya iaitu bersamaan dengan 3 November 2015. Ayah Damia telah membawa saya dan keluarga untuk makan-makan sempena Birthday di Nonie's Seafood and Steakhouse Restoran di Pantai Senibong. 

Restoran ni saya recommended 200% bagi pengemar seafood. Selalu kita dengar buffet untuk Steambot kan. Tapi kalini buffet untuk Seafood pula. Memang seafoodnya segar-segar dan besar-besar. Boleh repeat dan repeat dan repeat makan sampai muntah hokey. Tapi tak baik! Berhenti makan sebelum kenyang! Hihi..

Selain daripada menikmati makanan yang disediakan, ada juga masakan panas. Which mean kita order, baru chef goreng panas2. Pun boleh. Dan macam2 stall lagi ada sebenarnya. Nanti tunggu gambar berbicara di bawah ya. 

Dan yang paling best saya review, adalah pulut mangga! Haha...memang tidak syak lagi! Sebab itu menu pertama saya dan Aleesya makan. Memang sedap lah santan pulut tu. Lepas tu makan lagi. Lepas tu makan lagi. Ntah berapa kali kami ambil menu pulut mangga. Haha.

Selain itu, bagi saya Ketam Nipah masak sambal telur dan juga makanan2 di Claypot Station memang win! 
Jom tgk gambar2 dibawah.


Depan pintu masuk.


Birthday girl bersama 2 pengiringnya..;-)


Mula2 sampai...wahhhh cantik konsepnya..


Macam-macam stall ada..


Bayar dulu baru bebas makan ya.


Grill Station.


Pilih2 nak grill ikan apa, udang atau sotong..


Claypot Station. Kat sini hanya ada udang dan ketam masak kari, tomyam, lemak cili api dan aneka kuah lagi..


Bahagian sayur-sayuran.


Aneka buah-buahan


Bahagian goreng-goreng.
Yang ni langsung saya tak makan.
Sebab dah kekenyangan sangat.


Western Stall.


Nasi lemak dengan aneka sambal sedap2.
Haishhh kalau lah perut saya ni besar, memang nak ratah je semua sambal2 yang sedap tu.


Adik ipar saya mula2 lagi dah order Siakap steam halia.
Dia makan sorang je ni.
Kalau kitaorg nak order siakap masak apa pu  boleh lagi.
Pendek kata unlimited lah makan kat sini.


Wahhhh...ini memang sedap!
Sampai 5 kali kami ambil menu pulut mangga ni.
Haha..


Ketam nipah masak sambal telur.
Sampai ke titisan terakhir saya ratah ketam tu.


Antara tetamu yang ada masa kami sampai.
Walaupun weekend, tapi agak ramai jugalah.
Cuma sebab restoran ni besar, so nampak banyak meja2 kosong lagi.


Tapi serius makan kat sini sangat tenang dan sunyi je.
Bersaksikan pula seberang laut Singapore.
Memang mengasyikkan.


Dah dapat makan, tak pandang kiri kanan..


Sotong grill panas2..
Pencicah tu sedap.


Ikan pari bakar dan udang bakar


Ayyunie komen keciknya fish and chips dia. Haha..
Tak cukup boleh tambah dik!


Dan macam2 lagi lah lauk. Goreng nestum ada, masak butter ada, masak apa lagi erkk ada..


Bahagian sayur-sayuran


Saya order Kailan goreng ikan masin.
Alahai banyak minyak pula...


Memang kreatif lah buat style stall macam ni kan.
Selalu gi makan kat Senibong style Restoran biasa2 tu.
Kalini style buffet lengkap dengan Chef si setiap stall.


Kami antara yang paling lambat balik..
Haha...sebab tu sunyi je masa ni kat sini..


Last minute order...ikan bakar..
Ratah je panas2 ni...
Memang marvelous.


Awwww...so sweet!
Dapat hadiah birthday dari ayah damia..
Ingat ke apalah..
Rupa2nya dapat Mas Kahwin weeiii...haha


Budak kuat makan..
Sambil makan sambil ketawa.
Orang lain dah berhenti makan, dia sorang je belum lagi..haha


Kan betul makan sampai termuntah!
See, Aleesya sampai muntah makan kenyang sangat.
Orang cakap dah, dia nak juga rasa sikit2 makan tu makan ni..
Dia tu dah lah perut kecik..hihi


Alolololo...so sweet..
My baby..Next year dah darjah 1 tak boleh panggil baby dah..


Cantikkan pemandangan.


Kepada yang tertanya2 berapakah bayaran buffet disini...
RM38 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak2.
Bagi saya memang sangat2 berbaloi.
Sebab kebanyakan menu adalah seafood, bukannya steambot.
Dah tu makan sampai puas lak tu..
So still reasonable harga tu..


Macam2 boleh makan.
Kalau nak pergi booking dulu terutamanya time weekends. Sebab rasanya ramai family yang suka bawa mak ayah atau company bawa staff suka makan kat sini. Tapi kalau weekdays ok je walk-in. Lagipun restoran ni memang besar.

Terima kasih banyak2 to MY SWEETY FAMILY  and LOVELY HUSBAND kerana dapat meluangkan masa bersama2 meraikan birthday saya malam haritu. Memang penuh gelak ketawa sampai keluar air mata malam tu. Hihi...Semoga keluarga kecil saya diberkati dan dibawah lindungan Rahmat Allah. Aaaamin..

Terima kasih Allah.