Friday, October 23, 2015

Kejutan Birthday Aleesya di Tony Roma's

Sabtu lepas kan birthday Aleesya, kami sekeluarga berkesempatan meraikan birthdaynya secara sederhana di Tony Roma's. Walaupun dah agak lewat menyambutnya dalam jam 8 malam kerana tunggu ayah damia balik dari Expo di Danga City Mall Exhibition dulu, tapi memang puas hati!


Sampai sahaja di Pintu masuk Tony Roma's, kelihatan ramainya pengunjung beratur menunggu gilliran untuk mendapat tempat duduk termasuklah kami sekeluarga. Hampir 10 minit beratur, kemudian kami pun dapat tempat duduk. Masa nak order makanan, ayah damia sempat ke kaunter depan memberitahu bahawa harini adalah Harijadi Aleesya. Pihak Tony Roma's minta ayah damia isi kad birthday dan mereka akan uruskan kejutan untuk Aleesya.


Birthday girl yang berseri-seri haritu.


Ayyunie yang muka resah kelaparan sebab lambat menunggu makanan tiba. Sabar dik! Hujung minggu memang ramai orang. Hihi..


Minum chocolate milky blended ni dulu ya.


Yeayyy... makanan Ayyunie dah sampai. Ayyunie order menu kids Chicken Tender.


Aleesya pula order menu kids Pizza.


Ni ayah damia order beef ribs bersama quarter of chicken BBQ.
Sebenarnya nak order lamb ribs, tapi habis stock pula.


Dan menu saya pula set fish and chips.
Besar2 lah portionnya.
Jenuh nak habiskan.
Yang tak habis apa lagi, tapau lah kan.


Sementara tunggu pihak Tony Roma's buat kejutan untuk Aleesya, ayah damia sengaja mengalihkan perhatian Aleesya dengan mengajaknya membuat puzzle dan games yang diberi.


Dessert untuk Ayyunie pun sampai.


Dessert untuk Aleesya pun sampai.


Tidak lama kemudian, kejutan untuk Aleesya pun sampai.
Masa tu dia tengah leka main dengan handphone hadiah baru harijadinya.
Memang betul2 suprised lah.
(Boleh tgk video di link SINI)


Keluarga kecil kami yang raikan birthday Aleesya secara kesederhanaan.
Berseri-seri muka Aleesya.


Owh ada contest juga yang sedang berlangsung kat Tony Roma's ni.


Kami betul2 terkejut pabila bil sampai.
Sebab kenapa menu Aleesya dan menu Ayyunie tidak dikira dalam jumlah semua.
Hanya menu saya dan ayah damia serta air sahaja dikira.


Rupa2nya rezeki Birthday Girl dan Ayyunie lah.
Kids eat free sempena Ulangtahun ke 10 Tony Roma's.
Memang betul2 rezeki ni sebab kami pun tak tahu pada mulanya.
Alhamdulillah dengan nikmatNya.


Terima kasih kepada pihak Tony Roma's atas kerjasama dan kejutan yang diberi kepada Birthday Girls.
Birthday Girl siap dapat hadiah payung dan macam2 lagi ya.
Semoga kegembiraan ini menjadi kenangan untuk Aleesya pabila besar nanti.






 :::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment