Thursday, October 29, 2015
Wednesday, October 28, 2015
JOM HEBOH bersama COCODAMIA
2 DAYS MORE TO GO!
< JOM HEBOH bersama COCODAMIA>
CocoDamia Coklat IQ, diformulasikan dari makanan sunnah, makanan penambah tenaga dan lubanah!
Sedap ke Coklat ni? Berapa harganya? Apa khasiatnya?
Kalau nak tahu bagi yang masih belum tahu, jom temui team CocoDamia di Jom Heboh Plaza Angsana di Pavillion BizChannel@MARA pada 30 dan 31 Oktober 2015 ni.
Boleh klik link di bawah untuk tengok Promo TV3
Bagi pengunjung luar dari Johor pula, jangan bimbang! Boleh shopping online produk-produk CocoDamia di www.cocodamia.com
Nak dapat hadiah free dari CocoDamia?
Sertai juga sesi soal jawab dan aktiviti-aktiviti bersama CocoDamia dalam slot BANANAN LAND nanti!
Temui anda disana disana disana!
Sebarang pertanyaan, order atau pembelian, boleh dirujuk pada hotline kami 010-6468383.
Percayalah,
CocoDamia
-Bukan sekadar coklat biasa-
Tuesday, October 27, 2015
Pertandingan Memasak PT3 Pusat Bahasa Pelangi
22 Oktober 2015 (khamis), jam 8 malam.
Berlangsungnya pertandingan memasak untuk pelajar-pelajar lepasan PT3 di Pusat Bahasa Pelangi.
Memang acara tahunan kalau pelajar2 UPSR, PT3 dan SPM habis exam, akan berlangsungnya pelbagai aktiviti untuk mengisi masa lapang mereka.
Antara aktiviti2 pelajar lepas exam. Kuiz, lakon layar, cipta sains, memasak, futsal, badminton dan lain2.
Jom layan gambar2 pelajar PT3 memasak ni.
Bukan main excited lagi masing2.
Persiapan sebelum start masak.
Bergambar adalah wajib..
Pandai ke potong cili tu?
Alamak, tak sempat nak rotate pula gambar ni..
Tepat jam 8 malam, pertandingan pun bermula dengan Group 1.
Peserta2 dan ahli group lain.
Saya selaku emcee dan ketua juri.
Elok2, nanti terkeluar pula kuew tiaw tu..
Dah siap! Kuew tiaw goreng dengan dessser ice cream oreo milo.
Penonton cilik..
Tukang rasa juga ni.
Group 2 ambil bahagian.
Macam sedap je group ni masak.
Mee goreng sedap ni.
Akhirnya mee goreng dengan ice milo blended.
Group 3.
Fuhhh...gaya profesional.
Salad buah yang mengancam
Akhirnya siap!
Nasi goreng Cinta, Salad bertaut kasih dan telur dadar bahagia.
Fuhh nama menu pun dasyat.
Dan tahniah kepada pemenang.
Memang best kan aktiviti2 pelajar ni.
Sebab setiap pemenang atau kumpulan yang menang.
Memang pasti akan mendapat habuan dan hadiahnya.
Semoga silaturahim kita semua berkekalan.
Sunday, October 25, 2015
Resepi ikan tongkol singgang semudah ABC
Aduss.. Dah 2 hari saya mengidam nak makan ikan tongkol singgang dengan budu. Sampaikan siap ajak ayah damia gi makan kat kedai makanan Kelantan di Kedai bawah Pokok Ceri kat bandar tu. Alaaa.. Yang depan Persada tu.
Tapi disebabkan jerebu tahap tidak sihat di JB ni, hurmmm hampalah jawabnya. Memang kami seboleh-bolehnya elakkan aktiviti luar rumah. Makan pun bertapau bagai.
Pagini seawal pagi lagi saya dan ayah damia ke Pasar Tani mencari ikan tongkol segar bugar. Tak kira nak masak juga ikan tongkol singgang ni. Alhamdulillah.. Jumpa pun ikan tongkol fresh.
Balik je terus masuk dapur masak ikan tongkol singgang. Simple aje resepinya. Semudah ABC. Jom kita tgk resepinya.
Bahan-bahannya:
Seekor ikan tongkol dipotong 5 bahagian dan dicuci bersih.
Seulas bawang merah besar dihiris nipis.
Dua ulas bawang putih diketuk.
Seinci lengkuas yang dihiris nipis.
3-4 biji cili api.
5 biji bendi yang dibuang kepalanya.
3 cawan air.
Garam dan aji secukup rasa.
Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama dengan bahan-bahan yang dihiris dan diketuk.
2. Pabila mendidih, masukkan ikan tongkol tadi.
3. Masukkan garam dan aji.
4. Akhir sekali masukkan cili api dan bendi.
Fuhh hirup kuah panas2 makan dengan ikan tongkol cicah budu dan ulam pula memang bertambah2 lah nasi jawabnya. Ada pula daging korban goreng panas2. Terbaik. Alhamdulillah..
Selamat mencuba!
Friday, October 23, 2015
Kejutan Birthday Aleesya di Tony Roma's
Sabtu lepas kan birthday Aleesya, kami sekeluarga berkesempatan meraikan birthdaynya secara sederhana di Tony Roma's. Walaupun dah agak lewat menyambutnya dalam jam 8 malam kerana tunggu ayah damia balik dari Expo di Danga City Mall Exhibition dulu, tapi memang puas hati!
Sampai sahaja di Pintu masuk Tony Roma's, kelihatan ramainya pengunjung beratur menunggu gilliran untuk mendapat tempat duduk termasuklah kami sekeluarga. Hampir 10 minit beratur, kemudian kami pun dapat tempat duduk. Masa nak order makanan, ayah damia sempat ke kaunter depan memberitahu bahawa harini adalah Harijadi Aleesya. Pihak Tony Roma's minta ayah damia isi kad birthday dan mereka akan uruskan kejutan untuk Aleesya.
Birthday girl yang berseri-seri haritu.
Ayyunie yang muka resah kelaparan sebab lambat menunggu makanan tiba. Sabar dik! Hujung minggu memang ramai orang. Hihi..
Minum chocolate milky blended ni dulu ya.
Yeayyy... makanan Ayyunie dah sampai. Ayyunie order menu kids Chicken Tender.
Aleesya pula order menu kids Pizza.
Ni ayah damia order beef ribs bersama quarter of chicken BBQ.
Sebenarnya nak order lamb ribs, tapi habis stock pula.
Dan menu saya pula set fish and chips.
Besar2 lah portionnya.
Jenuh nak habiskan.
Yang tak habis apa lagi, tapau lah kan.
Sementara tunggu pihak Tony Roma's buat kejutan untuk Aleesya, ayah damia sengaja mengalihkan perhatian Aleesya dengan mengajaknya membuat puzzle dan games yang diberi.
Dessert untuk Ayyunie pun sampai.
Dessert untuk Aleesya pun sampai.
Tidak lama kemudian, kejutan untuk Aleesya pun sampai.
Masa tu dia tengah leka main dengan handphone hadiah baru harijadinya.
Memang betul2 suprised lah.
(Boleh tgk video di link SINI)
Keluarga kecil kami yang raikan birthday Aleesya secara kesederhanaan.
Berseri-seri muka Aleesya.
Owh ada contest juga yang sedang berlangsung kat Tony Roma's ni.
Kami betul2 terkejut pabila bil sampai.
Sebab kenapa menu Aleesya dan menu Ayyunie tidak dikira dalam jumlah semua.
Hanya menu saya dan ayah damia serta air sahaja dikira.
Rupa2nya rezeki Birthday Girl dan Ayyunie lah.
Kids eat free sempena Ulangtahun ke 10 Tony Roma's.
Memang betul2 rezeki ni sebab kami pun tak tahu pada mulanya.
Alhamdulillah dengan nikmatNya.
Terima kasih kepada pihak Tony Roma's atas kerjasama dan kejutan yang diberi kepada Birthday Girls.
Birthday Girl siap dapat hadiah payung dan macam2 lagi ya.
Semoga kegembiraan ini menjadi kenangan untuk Aleesya pabila besar nanti.
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Thursday, October 22, 2015
Yeayyy! Anak-anak dah habis exam akhir tahun
Alhamdullillah..
Semalam Aleesya dan Ayyunie dah habis exam akhir tahun. Serentak pula tu habis. Memang terbaiklah. Senang ibu dan ayah nak merancang agenda seterusnya kan! Hihi..
Bangun pagi harini, anak2 buku pun dah tak nak pandang. Ya lah dah hampir 2 minggu bangun pagi je mengadap buku kan. Hari ni mereka berdua menyibuk tolong saya di dapur siapkan sarapan. Buat Subway kata anak-anak. Hihi..
Wednesday, October 21, 2015
Tuesday, October 20, 2015
Selesai sudah sesi penilaian
Alhamdulillah..
Selesai sudah sesi penilaian dan presentation untuk pertandingan produk peringkat HPPNK oleh juri-juri dari Jab. Pertanian Daerah, Jab Pertanian Negeri, Mardi, LKIM dan Jab Veterinar Negeri.
Semoga rezeki berpihak pada CocoDamia.
Aamin. Sesungguhnya CocoDamia bersungguh-sungguh memberi komitmen untuk mengapai dan mencapai segala kejayaan dan cita-cita yang diinginkan. Kita hanya berusaha dan sesungguhnya Allah jua tempat jaminan rezeki kita.
Monday, October 19, 2015
Homemade Kuew Tiaw Celup
Malam tadi merajinkan diri..
Buat kuew tiaw celup..
Sebagai santapan malam..
Kebetulan tulang dan daging Qorban masih ada lagi..
Tu datang idea nak buat kuew tiaw celup..
Lagipun sejak akhir2 ni memang nak makan yang berkuah2 masam dan panas2 je..
Resepi kuew tiaw celup ni boleh ikut kat SINI. Cuma kalau dalam resepi tu guna ayam, kali ni saya guna tulang dan daging. So prosesnya ada sikit berbeza. Iaitu kena rebus tulang dan daging bersama halia yang diketuk sehingga empuk, kemudian masukkan rempah ratus dan bahan2 tumis dalam periuk sup tu. Dan last sekali jangan lupa masukkan cuka ikut kemasaman masing2 nak.
Selamat mencuba!
Saturday, October 17, 2015
Yang ke 8 tahun
Bangun tidur..
Dengan rambut kusut masai..
Mandi pun belum lagi..
Muka pun masih mamai..
Sarapan apatah lagi..
Alih-alih dapat suprise nyanyian dan hadiah Hari Jadi!
Selamat Hari Jadi yang ke 8 tahun buat puteri sulung kami Damia Aleesya Bt. khairuddin.
Semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat dan ingat kami selalu dalam doamu nak!
Aaminn..
Thursday, October 15, 2015
Seafood Nasi Goreng Daun Pisang
Malam ahad lepas dalam jam 8:30 malam, saya ternampak viral di FB pasal tempat makan ni.
Seafood Nasi goreng daun pisang namanya.
Nampak macam menarik. Google kejap cari info lengkap.
Lepas baca beberapa review tempat makan ni, lepas habis kelas entra untuk PT3 malam tu, terus saya ajak ayah damia ke sini. Walaupun agak jauh juga nak ke Stulang malam2 dan esoknya anak2 pun sekolah, tapi kami sekeluarga tetap bersemangat nak makan kat sini.
Keywordnya adalah kedai 7-11 Stulang. Masuk parking dalam area car park situ, then tempat makan ni adalah berada di hujung bangunan i.e bawah tangga. Senang je nak cari tempat ni, sebab org selalu ramai kat sini. Kalau lalu ikut jalan belakang, ia mengadap flat Stulang.
Mula2 masuk, kena pilih seafood yang kita nak dulu. Pilihan seafood seperti ikan2, udang, sotong nampak segar. Masa ni juga pekerja akan tanya nasi goreng nak berapa? Saya order 2 bungkus je sebab saya baca review sebungkus boleh makan 2 orang. Lepas tu kita akan diberi no order dan barulah kita duduk di meja yang kita nak. Nanti pekerja lain akan datang order minuman pula.
Ni lah Seafood Nasi Goreng tu.
Memang goreng banyak2 sekali dalam pan besar tu.
Dalam nasi goreng tu ada udang dan sotong.
Telur tak yah cakap lah berapa banyakkan.
Kemudian, seafood nasi goreng panas2 tadi akan dibungkus dalam daun pisang.
Tu yang uniknya kat sini. Aroma bau daun pisang tu memang membangkit selera lah kan.
Sotong bakar butter pilihan ayam damia. Rasa so-so je. May be hangit kot...hihi..
Ikan bawal hitam bakar. Yang ni best. Sambalnya just nice. Tak pedas. Anak2 ratah sampai licin.
Walaupun nasi goreng order 2 bungkus je, jenuh juga nak habiskan 4 beranak. Hihi..
Sebagai rujukan untuk sapa2 yang nak pergi makan disini.
Siap ada nama kedai, alamat kedai, dan benchmark harga.
Siap ada nama kedai, alamat kedai, dan benchmark harga.